Bab 7
the last tulip
Petang itu, keluar sahaja dari banggunan TDA Holding
menuju ke tempat parkir kereta khas vvip, kaki Daiyan Humaira tiba-tiba terpaku
seketika apabila melihat sebuah Audi A6 diletakkan melintang menghadang
Maserati GranTurismo miliknya. Manakala
pemandunya pula sedang bersandar di pintu bahagian pemandu dengan sebelah
tangan memeluk tubuh dan sebelah lagi memusing-musingkan bingkai kaca mata Giorgio
Armani berwarna perang menggunakan jarinya.
Tanpa memperdulikan lelaki itu, Daiyan Humaira terus
berjalan ke keretanya. Lantak lah apa nak jadi pun. Kalau lelaki itu tak
mengalihkan keretanya jangan marah kalau ada kereta yang masuk hospital kejap
lagi. Masa tu jangan berani-berani lah nak mintak ganti rugi.
Masuk sahaja di dalam kereta tanpa sempat mengunci
pintu keretanya, pintu di bahagian penumpang di buka.
Muka menyampah dilemparkan. Matanya disorot tajam ke arah lelaki disebelahnya. Ohhh guess who?
Its Nadhif Hilman.
‘’Nak apa ni?’’ tanya Daiyan Humaira dengan nada kasar atau menyampah lebih tepatnya lagi.
‘’Please Daiyan jangan buat aku macam ni.’’ Suara Nadhif
Hilman kedengaran separuh merayu.
‘’Siapa yang buat siapa sekarang ni?’’ kalau tadi
suara Nadhif Hilman separuh merayu, ini pula suara Daiyan Humaira separuh
menjerit.
‘’Okay, aku tahu aku salah. Aku ikutkan sangat
perasaan marah aku tu, aku tak sensitive dengan perasaan kau tapi dengar lah
penjelasan aku dulu.’’ Ujar Nadhif Hilman sambil menarik kedua-dua belah tangan
Daiyan Humaira.
‘’Nak dengar apa lagi? Nak dengar kau marah-marah
aku? Macam tu?’’ kedua-dua tangannya yang berada didalam genggaman Nadhif
Hilman ditarik kasar. Mukanya
dipalingkan ke hadapan. Tak sudi untuk memandang wajah kacak Nadhif Hilman.
‘’Daiyan please.’’ Nadhif Hilman menyentuh perlahan
dagu Daiyan Humaira kemudian memalingkan wajah Daiyan Humaira supaya
memandangnya.
‘’I’m sorry okay? Aku tak boleh kalau kita macam ni.
Jangan seksa aku. I miss you so much.’’
Daiyan Humaira tersenyum sinis. Masa sakitkan hati
orang tak fikir. Lepas tu merayu-rayu suruh maaf dia diterima. Masa dia
marah-marah, orang mintak maaf bukan main memetir lagi suara dia. Sekarang ni
nak suruh orang bagi peluang pada dia dengan sangat mudah? Hello! Daiyan
Humaira pun ada ego dia juga okay.
Tabahkan hati Daiyan, jangan layan sangat ayat-ayat
manis dia ni. Kencing manis nanti. Ajar sikit biar dia tahu hargai orang lain. Biar
ini jadi peringatan yang pertama dan
terakhir untuk dia.
‘’Keluar Nadhif!’’ Daiyan mula memetir. What you
give you get back lah! Kawan baik tak kawan baik. Sahabat ke apa belakang
cerita, sakit hati kena dilayan dulu.
‘’Daiyan.’’ Hampir sahaja Nadhif Hilman memeluk
Daiyan Humaira namun cepat sahaja Daiyan Humaira mengelak dan terus keluar dari
keretanya kemudian membuka pintu kereta sebelah penumpang dari luar.
‘’Go!’’ ujar Daiyan tanpa memandang wajah Nadhif
Hilman.
‘’How could you do this to me Daiyan Humaira?’’ Nadhif
Hilman memandang Daiyan Humaira dengan riak tidak percaya.
‘’Daiyan tak pernah nak buat Nadhif macam ni tapi
sakit hati ni yang buat Nadhif macam ni. Baliklah Nadhif Hilman, tak ada apa
yang nak dibincangkan. Biarkan aku tenang sendiri. Aku akan cari kau nanti.’’
Nadhif Hilman berdiri berhadapan dengan Daiyan
Humaira. Anak matanya tunak memandang mata Daiyan Humaira. Nak biarkan Daiyan
Humaira sejuk sendiri? Susah!
Semasa Nadhif Hilman terserempak dengan Daiyan dan
Fattah tengah hari tadi, mata Daiyan punyalah menjeling tajam bagi isyarat lain
macam. Sebelum putus sahabat baiklah dia datang memujuk dulu. Daiyan Humaira bukan
kira, kawan ke boyfriend ke kalau dah marah bukan nak ingat dunia. Orang yang
merajuk dengan dia tapi orang yang kena pujuk dia balik.
‘’Tak! Aku tak nak. Kita settle kan semua ni hari
ni. Sekarang! Aku tak nak kau cari aku
bila kau dah okay. I’m sorry Daiyan. Aku janji dengan kau, aku akan tolong kau
cari siapa yang punya angkara yang kacau kau.’’
‘’Enough Nadhif. Balik! Aku tak perlukan pertolongan
kau.’’ Daiyan terus menutup pintu keretanya dan bergerak ke arah pintu bahagian
pemandu.
‘’Daiyan!’’ panggil Nadhif Hilman lagi.
‘’Just go.’’
‘’Tapi aku tak boleh kalau kita macam ni.’’
‘’Go Nadhif!’’
‘’Daiyan please.’’ Nadhif Hilman cuba untuk merayu
lagi.
‘’Move your car please. Aku tak nak bayar kalau jadi
apa-apa nanti.’’ Daiyan Humaira masuk ke dalam kereta dan menutup pintu
keretanya dengan kasar. Enjin keretanya pula terus dihidupkan.
Nadhif Hilman pula tanpa pilihan terus masuk ke
dalam kereta dan mengalihkan keretanya. Nak buat apa lagi? Daiyan dah berangin
semacam dah tu. Biarkan sahajalah dulu. Nak dipujuk pun bukan makan dengan
pujukan dah gayanya. Cara lain? Nanti
sahajalah dia fikirkan.
*****
‘’Yasmennnnnnn!!!!’’ jeritan yang tadinya ditujukan kepada Nadhif
Hilman kemudian menular kepada sahabatnya.
‘’Apa? Woiii agak-agak sikit nak menjerit. Aku tak
nak dapat gelaran muka lawa tapi pekak.’’ Sinis balasan dari Yasmeen yang berada
dihujung talian.
Siapa Yasmeen? Dia adalah satu-satunya sahabat
perempuan Daiyan Humaira yang akan ada tak kiralah saat genting macam mana pun.
Kenapa dia tak muncul lagi dari awal cerita? Sebab masa awal-awal cerita dia
dekat oversea. Hahahaha okay spoil mood sangat. Jangan ingat Daiyan Humaira hanya berkawan dengan lelaki sahaja
ya, dia ada kawan perempuan juga.
Yasmeen adalah seorang yang sangat spontan, tak
gedik langsung okay! Kata-kata dia agak sinis. Untuk manusia-manusia yang mudah
rapuh, yang kuat sentap jangan nak beranganlah boleh duduk minum espresso satu
meja dengan dia. Kalau dia rasa nak kutuk, dia ketuk je depan-depan.
Ohhh yaa, Yasmeen ni dalam kategori kawan Daiyan sewaktu
Daiyan belajar di luar negara. Campur tolak darab bahagi, sudah tujuh tahun
mereka berkawan. Dan masing-masing mestilah tahu perangai masing-masing. Daiyan
pula bukan jenis cepat sentap kecuali kalau dia dah sakit hati sangat. Contohnya
macam dengan Nadhif Hilman.
‘’Aku nak jumpa kau lah.’’
‘’Nak jumpa aku? Mimpi apa ni? Ke kau ada masalah.
Hishhh ni mesti ada yang tak kena, kalau tak jangan harap kau nak cari aku. Aku
ni stok-stok muka lepas perasaan sahaja. Tapi mana kau tahu aku dah balik?’’ Balas
Yasmeen lagi. Tak habis-habis nak menyembur orang. Kalau boleh keluar api dari
mulut dia, alamatnya ramailah yang dah rentung.
‘’Aku tahu lah! kau kan kawan aku. Ehhh aku nak
jumpa kau pun dah cukup baik tau. Mulut kau tu cubalah filter sikit Meen. Sakit
hati aku tau tak?’’
‘’Arghhhhh ada aku kisah? Aku tak kisah langsung
dengan sakit hati kau tu. Nak jumpa dekat mana?’’
See? Kan dah cakap dah! Mulut berbisa tapi jangan
risau. Hati dia baik. Tapi betul lah
Yasmeen dah balik. Tadi tu, Daiyan main acah-acah je kata nak jumpa.
‘’Hmmm tonight? Tempat biasa?’’
‘’Okay then. Cun! See ya!’’
****
Menjejak sahaja ke tingkat 33 Trader Hotel Daiyan
Humaira melilaukan pandangannya untuk mencari Yasmeen. Kelihatan Yasmeen
melambaikan tangannya kepada Daiyan
Humaira di suatu sudut. Agak dah dekat situ! Memang port favourite dia, kalau
datang sini memang ceruk inilah yang dijejak oleh Yasmeen.
‘’Yasmeen! oh my god I miss you so much’’
‘’Heyy! Aku tak rindu kau lah. ishhh apa ni!’’
Yasmeen berlagak selamba seraya menepis tangan Daiyan Humaira yang didepangkan
untuk memeluk dirinya. Sengaja berbuat demikian. Gila ke apa tak rindu minah
seorang ni? Lama sangat dah mereka tak
jumpa.
‘’Fine!’’ sentap Daiyan dengan memasamkan muka dan
menghentakkan kakinya.
‘’Elelelehh macam budak-budak. Yelah yelah, aku
rindu kau. come! Come!’’Yasmeen mendepangkan tangannya sambil berjalan ke arah
Daiyan Humaira seraya memeluk gadis itu.
Rindu nak tengok mucung itik Daiyan Humaira, sudah hampir lapan bulan
tak nampak.
‘’Ehhh bila kau touch down Kuala Lumpur ni? Tak
bagitahu pun nak balik. Tiba-tiba je call.’’
‘’Almost one week. Saja je nak buat surprise dekat
kau. terkejut tak?’’
‘’Ohh terkejut sangat. Dah nak seminggu jejak
Malaysia baru harini kau cari aku?’’
‘’Yalah. Kau bukan penting untuk aku pun. Mestilah
aku cari mommy daddy aku dulu. Boyfried aku then baru lah aku cari kau.’’
‘’Biadap punya member.’’ Daiyan Humaira memberikan
jelingan tajam kepada Yasmeen dan tidak lama kemudian mereka ketawa
bersama-sama bagai tiada manusia lain di sekeliling mereka. Bukan perkara
pelik, memang macam ni lah perangai perempuan bila sudah lama tidak berjumpa.
‘’Excuse me . Order please.’’
Yasmeen dan Daiyan terdiam seketika apabila seorang
lelaki berkemeja kemas bersama bow tie datang kepada mereka untuk mengambil
pesanan. Hisshhh jatuh saham anak dara terjerit-jerit macam ni.
‘’Eheeemm ehemmm.’’
‘’I want Malborough Sauvignon Blanc, salmon teriyaki,
Fight Night
Quesadillas with Vegetables, Knock Out Nachos with Chilli Beef and Signature
Spicy Buffalo Wings. Thank you.’’
‘’Mata D’ore mocktail just that.’’
Selesai membuat pesanan mata Yasmeen tunak memandang
Daiyan.
‘’What?’’
‘’Selalunya kalau kau datang sini kita order air
yang sama. Sejak bila selera kau berubah ni?’’
‘’Sejak balik Malaysia maybe. Aku dah lama tak
sentuh air haram tu lah.’’
Daiyan Humaira ‘minum’? Ya, bermula dia menjejakkan
kaki di US. Datang ke sana bukan sahaja untuk belajar tapi juga untuk
bergembira. Jika stress study, air kencing setan itulah yang diteguknya tapi
dia tak pernah kisah sebab di sana ada ‘seseorang’ yang sentiasa menjaga dia,
bawa dia pulang ke rumah bila dia dah tak larat nak berjalan. Kadang-kadang
‘orang’ itu jugalah yang akan mengelap muntah
dia.
Dekat sana mana ada Nadhif Hilman yang nak mengawal
dia bila dia keluar, balik pukul berapa, pergi ke mana. Di sana dia bebas untuk
melakukan apa sahaja tanpa kawalan. Nenda, ayahanda dan bonda? Kirim salam!
Sebab awal-awal lagi Daiyan Humaira letakkan syarat untuk mereka tidak
menjejakkan kaki ke US sepanjang Daiyan berada disana. Kalau dia rindu,
pandailah dia nak balik sendiri. Dani? Dengan Dani dia tak payah nak berlakon
sangat, Budak tu bukan beriman sangat pun, sekepala juga dengan Daiyan Humaira.
Nama sahaja duduk dengan keluarga tapi penyiasat ayah pun boleh jadi sekutu dia.
Nadhif Hilman pula mana tahu perangai sebenar Daiyan
Humaira di US nun. Yang dia tahu kalau dia datang dia nampak Daiyan sibuk
belajar sampai kadang-kadang nak curi
masa untuk dia pun tak sempat. Daiyan Humaira mana pernah ‘minum’ depan Nadhif.
Setakat pergi kelab cuci mata, menari tu biasalah. Dan sejak Daiyan balik
Malaysia memang Daiyan tak sentuh lah minuman-minuman haram tu. Rasa macam
zaman nak bergembira tu dah berakhir. Sekarang kena fokus pada kerjaya, bukan
zaman nak layan angin tak betul dekat kepala.
‘’Woi!!! Berangan ! Body guard kau tahu tak kau keluar
dengan aku ni?’’
Daiyan menjeling tajam ke arah Yasmeen. Hishhh minah
ni nak suruh member jalan cepat ke apa?
‘’Aku gaduh dengan dia.’’
‘’Sejak bila kau pandai bergaduh dengan dia?’’
Yasmeen menjongketkan keningnya seolah-oleh tidak percaya. Nadhif dengan Daiyan
bergaduh? Satu perkembangan baru ni.
‘’Sejak nenda buat hal. Kau tahu tak? Sepanjang aku
balik Malaysia nenda tak putus-putus
bawa calon pilihan dia untuk dijodohkan dengan aku.’’
‘’Nenda kau ingat ini abad ke berapa? Dah 2015 okay.
Mana relevan lagi main paksa-paksa kahwin lagi. Dulu boleh lah nak jodoh-jodoh
tapi sekarang? Hell no lah!’’ Yasmeen dah mula menarik bantal dan bersila di atas
cabana seat yang mereka duduki. Antara salah satu sebab mengapa mereka
menjadikan skybar sebagai pilihan ketika mereka berjumpa adalah kerana mudah
untuk mereka ber ‘pillow talk’ dan boleh buat macam rumah sendiri tapi apa-apa
pun dalam keadaan terkawal lagilah.
‘’Aku ikut kan je tapi calon yang paling latest yang datang jumpa
aku ni lain macam sikit. Romeo kelas pertama.’’
‘’Handsome tak?’’ Yasmeen menunjukkan muka terujanya,
dah ada boyfriend bukan bermakna tak boleh nak cuci mata lagi kan? Kalau for
fun rasanya boleh je lagi. Lagipun ‘menjadi’ boyfriend bukan tiket untuk si
lelaki control hidup perempuan, nak main control-control ajak kahwin lahhhh.
Jangan pula jadi macam Daiyan, kata tak ada hubungan langsung dengan Nadhif
Hilman tapi nak keluar melepak dengan member pun kena buat report, baik kahwin
je. sah-sah lah Nadhif tahu Daiyan kemana nanti.
‘’Not bad. Kau kena tengok sendiri lah kot.’’
Antara Daiyan dan Yasmeen ni, hanya mereka sahaja
yang memahami pengelasan playboy yang mereka buat. kelas pertama bermakna
bermulut gula buah-buahan, handsome dan menggoda perempuan sehingga kebilik
tidur. Mana Daiyan Humaira tahu perangai Fattah Aizudin begitu? Adalah report
yang sampai kepadanya, nak berkawan dengan lelaki bukan boleh berkawan
bodoh-bodoh je, yang penting tahu berapa kaya, dan perngai macam mana. Kekayaan
memang positif tapi part perangai, nak buat suami memang ragu-ragu lah.
‘’Woww mesti hot kan?’’
Daiyan Humaira hanya menjongketkan bahu. Hot? Memang
hot. Senyum je dah boleh buat orang jatuh hati. Belum lagi buka mulut.
‘’Bila kau nak kenalkan pada aku?’’
‘’Eh eh ada hati lagi nak kenal dengan lelaki lain!
Beringat sikit dekat boyfriend kau tu.’’
‘’Baru boyfriend. Lagipun boyfriend aku, boleh jadi
ex aku dan ex aku boleh jadi boyfriend kawan baik aku.’’ Yasmeen mengenyitkan
matanya kepada Daiyan Humaira. Nak tengok boyfriend dia bercinta dengan Daiyan?
No no no! boleh cetuskan kes pembunuhan ni.
‘’Kau sanggup?’’ Daiyan Humaira tersenyum sinis.
Macam lah Daiyan tak kenal Yasmeen macam mana orangnya. Kalau tak, tak ada lah
masa dekat US dulu mereka dengan teman serumah mereka putus sahabat. Semuanya
kerana teman serumah mereka itu terkantoi bercinta dengan teman lelaki Yasmeen.
Hampir sahaja perang dunia ke tiga tercetus.
‘’Of course not! Cukuplah dengan kisah lama kita,
kalau boleh aku tak nak benda tu berulang lagi. Ehhh kau tahu yang ‘dia’ dah
balik Malaysia?’’
Yasmeen sengaja mengalihkan topik agar kisah dirinya
dulu tidak menjadi perbualan mereka. Tetapi tiba-tiba sahaja dia teringatkan seorang lelaki yang
pernah ada dalam masa lalu dia dan Daiyan Humaira. Sudah hampir lima bulan
rasanya lelaki itu menjejakkan kaki di bumi Malaysia dan baru hari ini dia tergerak hati untuk memberi tahu Daiyan
Humaira.
‘’Dia?’’
nota najaa// maaf lah atas kehambaran bab ni *ajet ada orang nak baca* hahahaha. idea kering kontang. almaklumlah tak keluar rumah langsung. otak tak berkembang. nak improve cara penulisan pun macam tak tahu nak start dari mana. drop your komen okay? hihihi