Bab 4
‘’Janji dengan aku satu perkara?’’ tuntut Nadhif
Hilman dengan pandangan mengharap memandang Daiyan Humaira. Waktu itu mereka masih disekolah. Didalam
kelas tatkala teman-teman yang lain sudah pulang ke rumah.
‘’Apa?’’ Daiyan Humaira memandang pelik ke arah
Nadhif Hilman. Tak pernah-pernah dia beriak seperti ini. Nampak cemas semacam
sahaja.
‘’Janji dengan aku kalau kita jauh kau akan sentiasa
bagi respon pada call and text aku.’’ kata Nadhif Hilman sambil mencapai tangan
Daiyan Humaira yang sudah kembali menulis dan memfokuskan dirinya dengan buku
yang berada dihadapannya.
‘’Kenapa?’’ tanya Daiyan Humaira sambil menarik
tangannya yang berada didalam genggaman Nadhif Hilman dan kembali menulis tanpa
langsung memandang Nadhif Hilman yang berada dihadapannya.
‘’Risau. Tapi tak kesah lah apa pun sebab dia, kau
kena janji dengan aku tau.’’
‘’Ya, aku janji.’’ Daiyan menjawab endah tak
endah. Masih terfokus dengan latihan
yang sedang dijawabnya.
‘’Macam tak ikhlas je ni?’’ tanya Nadhif dengan riak
ragu-ragu. Mana tak nya Daiyan Humaira memberikan riak batu menandakan dia
malas mahu melayan Nadhif Hilman yang sedang mangarut.
‘’Hishh dia ni lah. Nadhif Hilman Bin Mustafa, saya
Daiyan Humaira Binti Din Azman berjanji akan respon kepada semua call dan text
awak bila awak call saya atau text saya tak kira lah hujan ke, panas ke atau
ribut melanda sekalipun. Okay, puas hati?’’
ujar Daiyan Humaira dengan muka serius sambil mengangkat tangan kanannya
tanda berjanji.
‘’Okay. Puas hati dah.’’ Nadhif Hilman tersenyum
senang. Puas hati.
‘’So boleh sambung study dah ni?’’
‘’Boleh. Boleh. Hehehe.’’
Mengingatkan kenangan lama di bangku sekolah
membuatkan Daiyan tambah bersalah. Hanya keluhan yang mampu dilemparkan.
Walaupun ketika itu usianya baru mencecah 16 tahun, tetapi sebaik sahaja janji
itu dimeterai olehnya, dia sendiri telah berjanji agar tidak mengingkari
janjinya itu.
Jam di dinding yang menunjukkan angka sebelas
ditilik. Awal lagi , takkan lah nak tidur waktu-waktu begini? Sudah lah hatinya sedang rawan
mengenangkan Nadhif Hilman yang menjar akkan diri daripadanya. Sekarang
ini, Nadhif Hilman pula memulangkan paku buah keras. Satu panggilan pun tidak
dijawabnya apatah lagi mesej maaf daripanya.
Semuanya diabaikan.
Niat dihati ingin keluar tetapi kalau nak ajak
Nadhif keluar memang tak lah kan
jawapannya. Tapi nak melayan diri yang sedang berduka lara tanpa membuat apa-apa lagilah parah jadinya.
N-Keluar.
A-Tak
D-Keluar
H-Tak
I-Keluar
F-Tak
Huhhh saka betul dia ni. Guna nama dia pun
jawapannya tetap tidak. Daiyan terus menukar gown malamnya kepada baju yang
lebih sesuai untuk melepak di malam hari dan terus mencapai iPhone yang berada di atas meja.
Satu pesanan ringkas dihantar kepada Nadhif Hilman. Lantaklah dia baca ke tak
baca ke, yang penting dia dah bagi tahu.
Langkah kakinya dikecilkan dan berjalan
terjengket-jengket supaya tiada yang megesan langkah kakinya sewaktu keluar.
Bonda bukan menghalang cuma riak polis pencen bonda yang malas mahu dilayannya.
Tetapi sebelum dia keluar dia menghala langkah kakinya ke bilik yang berada
dihujung tigkat atas.
Tangannya memulas tombol pintu tetapi berkunci.
Terpaksalah dia menunggu diluar dan mengetuk dahulu sebelum makhluk yang berada di dalam bilik itu keluar.
‘’Nak apa ni?’’ tanya tuan punya bilik bernada
kasar.
‘’Teman kan aku keluar Dani.’’ Jawab Daiyan Humaira
bernada separuh marayu.
‘’Nadhif mana? Bukan selama ni kau keluar dengan dia
ke?’’
‘’Alahhh. Jangan banyak tanya lah. Jom lah temankan
aku. pleaseeeeee.’’
‘’Mana? ’’
‘’Zouk, jalan Ampang.’’ Daiyan tersenyum. Tahu dah
si adik akan kalah dengan perkataan ‘please’ kakak dia yang cantik menarik
tertarik ni.
‘’Okay. Tuggu sekejap. Aku drive.’’ Dani Haykal
terus menutup pintu biliknya. Keluar dengan perempuan haruslah dia yang drive
kan? Kalau tak hilanglah kemachoan yang dia ada. Sungguhpun perempuan itu kakanya sendiri.
Daiyan pula hanya menjadi ‘pak pacak’ dihadapan
bilik adiknya. Nasib baiklah mood adiknya baik. kalau tidak, tak sempat dia nak
menghabiskan patah perkataan mahunya pintu dihempas kuat. Adiknya ini hanya
muda setahun daripanya, dia pula hanya ada tiga beradik. Kakaknya Tengku Dayana Hanisa Binti Tengku
Din Azman, dia Tengku Daiyan Humaira Binti Tengku Din Azman dan si manja yang
merupakan putera tunggal dalam keluarga Tengku Dani Haykal Bin Tengku Din Azman.
Si kakak sudah berkahwin dan sekarang menetap di Instanbul kerana suaminya, abang
An bekerja di sana. Beza umur dia dengan kak Nana pula lima tahun. Oleh sebab
itu, dia lebih rapat dengan Dani dari Kak Nana. Nak jumpa kak Nana pun susah
kerana belum tentu lagi bila raya dia akan pulang ke Malaysia. Merajuk dengan
ayahanda lah katakan sebab dulu ayahanda menentang perkahwinan Kak Nana dengan
Abang An. Tapi dah nama pun marah orang tua, bukan lama mana pun. Si anak
sahaja yang merajuk bukan main lama.
‘’Okay, ready?’’ tanya Dani Haykal yang sudah siap
berpakaian kemas dan sangat stylo pada pandangan mata Daiyan.
‘’Okay, lets go!’’ Jawab Daiyan Humaira sambil
menyilangkan tangannya kanannya dengan tangan kiri Dani Haykal dan beringan
melangkah ke luar dari rumah. Sampai sahaja dliaur rumah masing-masing berpeluk
tubuh memandang kereta yang diparkir di
garaj kereta.
‘’Audi.’’ Dani Haykal bersuara memilih kereta apa
yang mahu dipandunya.
‘’No! Bawa Swift ajalah.’’
‘’What? Are you kidding? Agak-agaklah nak bawa
kereta tu.’’
‘’Kita nak pergi kelab lah Dani. Identity kena lah
sorok sikit. Karang keluar pulak berita Tengku Din Azman tak pandai jaga anak.
Kita yang haru.’’
‘’Tapi Didi..’’
‘’Tak ada tapi-tapi. Take it or leave it.’’ Jawab
Daiyan Humaira walaupun dia tahu kalau Dani leave it dia yang rugi tapi nasib
baik lah nak tak nak Dani ikut juga arahannya.
Selepas hampir 20 minit didalam kereta tiba-tiba
perut Daiyan Humaira mula memulas.
‘’Dani! Dani! Dani! Berhenti dekat petronas depan
tu! aku nak pergi tandas. Dah tak tahan sangat dah ni! Cepat!.’’ Daiyan Humaira bernada cemas sambil menarik
tangan Dani Haykal yang sedang memandu. Tiba-tiba sahaja perutnya memulas.
‘’Hishh dia ni! Time-time ni lah nak pergi tandas
bagai.’’ Dani Haykal terus menjeling Daiyan Humaira disebelah. Bukan ke dia tak
suka ke dengan mana-mana tandas awam mahupun tandas berbayar? Biasanya tak
selesa lah, kotor lah. ini mesti kes tak tahan sangat.
Kereta diberhentikan dan Daiyan Humaira terus
memecut ke tandas. Tergopoh-gopoh dia berjalan menuju ke tandas sambil memegang
perutnya tanpa melihat ke hadapan dan memperdulikan sekeliling.
‘’Auchhh.’’ Alamak!
‘’Awak ni buta ke? Mata letak mana ?’’ tanya lelaki
yang dilanggarnya tadi dengan nada berapi. Relaks lah bang, abang bukan jatuh
tersungkur pun. Terlanggar bahu sikit
je.
‘’Sorry! Sorry! Nak marah sekejap lagi ya? Saya ada
hajat yang pelru dilepaskan.’’ Kata Daiyan Humaira tanpa memandang lelaki yang
dilanggarnya tadi. Dah mintak maaf kan?
Blah lah. bukan dia langgar dan buat bodoh. Lagipun apa sangat lah
setakat badan kecil dia langgar lelaki tinggi macam ni bukan luak pun , jatuh pun tidak. Entah-entah rasa macam kena tiup angin
sahaja.
Selesai sahaja melepaskan apa yang perlu dilepaskan
Daiyan terus keluar dari tandas. Tak tahan nak berlama-lama dalam tandas awam
macam ini. Loya. Tadi pun ditahankan sahaja perasaan loyanya mengenangkan perut
yang sakit secara tiba-tiba tetapi baru sahaja dia ingin melangkah ke luar
daripada tandas tersebut dia ditahan oleh seseorang.
‘’Ya ada apa?’’ tanya Daiyan dengan riak
terpinga-pinga. Apa hal main tahan-tahan orang ?
‘’Awak ni ada masalah hilang ingatan ke? Tadi kan
awak suruh saya marah awak selepas awak melepaskan hajat awak? So here I am.’’
Terangkat kedua-dua belah kening Daiyan Humaira.
Pelik. Ada juga ea manusia spesies macam ni? Muka tak macam tengah marah pun?
Entah-entah lagi suka kena langgar. Sanggup pulak tu dia menunggu di hadapan
tandas yang bau nya menusuk hingga ke ulu hati dan pangkal jantung.
‘’so awak nak marah saya apa?’’ tanya Daiyan sambil
berjalan meninggalkan lelaki itu dibelakang. Entah kenapa dia boleh layankan
sahaja perangai lelaki pelik ini.
‘’Nama saya Daim Harraz.’’ Lelaki itu memperkenalkan
dirinya. Tak ada orang tanya pun nama dia siapa. Ke cara baru nak marah orang?
Kenalkan diri dulu.
‘’Pardon?’’ Daiyan Humaira terhenti berjalan dan
tertoleh kebelakang. Sengaja berbuat demikian. Bukan dia tak dengar apa yang
lelaki itu katakana tadi.
‘’Nama saya Daim Harraz.’’
‘’So?’’
‘’So tak nak mintak maaf ?’’ tanya lelaki itu sambil
tersengih memandang Daiyan Humaira.
‘’Okay, sorry.’’
‘’Pardon?’’
‘’Sorry.’’
‘’Okay. See you when I see you Daiyan Humaira.’’
******
Suasana hingar didalam kelab membuatkan Daiyan
Humaira terhibur. Dia hanya duduk di meja bar sambil meneguk coke yang dipesan.
Melihatkan Dani yang sedang rancak menari membuatkan dia turut sama ingin
menari tetapi dia membatalkan sahaja niatya dulu. Perutnya masih tak sedap lagi. Dani, bukan susah baginya ingin mendapatkan
pasangan lebih-lebih lagi di kelab seperti ini dengan hanya berbekalkan wajah
yang tampan pasti ramai gadis yang mahu
mendekatinya.
‘’Seorang sahaja ke?’’ sapa seorang lelaki yang
tidak dikenali Daiyan Humaira sambil melabuhkan punggungnya di kerusi
bersebelahan Daiyan Humaira.
Pertanyaan itu tidak dijawab oleh Daiyan Humaira.
Dia hanya menjeling sekilas dan kembali memfokuskan matanya ke arah Dani yang
sedang sakan berhibur. ‘’you tak nak join dia ke? Dari tadi I tengok you
pandang sana je. Siapa? Boyfriend?’’
Daiyan Humaira masih mendiamkan diri. Orang seperti
ini tidak perlu dilayan. Dia di sini bukan untuk mencari teman tetapi hanya
mahu menenangkan diri. Entah bagaimana
dia boleh memilih tempat seperti ini untuk dijadikan tempat untuk menenangkan
diri. Dengan musik yang kuat dan lampu pelabagai warna yang sangat menyakitkan mata. Sangat hingar bingar.
‘’Jom lah. Kita menari . I’m sure that you won’t
come here just for looking and sit here drinking coke. Come! Lets have some
fun.’’ Lelaki tadi sudah menarik tangan Daiyan Humaira supaya Daiyan Humaira
mengikutinya. Daiyan Humaira pula hanya mendengus geram dan masih tidak
mengeluarkan suara tetapi merentap semula tangannya dan terus berlalu dari
tempat itu.
Selepas beberapa langkah kakinya dihalakan ke pintu
keluar. Tiba-tiba pinggangnya dipeluk dari belakang. Daiyan kaget dan meronta
sekuat hatinya tetapi lelaki itu masih tidak melepaskannya. Apalah dayanya mahu
melawan lelaki yang lebih tinggi dan lebih besar daripadanya. Orang
disekeliling pastinya hanya melihat sekilas atau mengendahkan sahaja kerana
perkara seperti ini adalah fenomena biasa bagi mereka.
Tubuhnya terdorong ke belakang apabila lelaki yang
memeluknya tadi diserang oleh seseorang.
Nadhif Hilman!
Teruk lelaki tadi dibelasah oleh Nadhif Hilman walaupun
hanya beberapa minit berlalu. Jelas kelihatan wajah tegang Nadhif Hilman.
Marahnya pasti ditahap paling maksima.
‘’Dah Nadhif! Dah!’’ ujar Daiyan Humaira sambil
menarik tangan Nadhif Hilman apabila lelaki tadi hampir separuh mati dikerjakan
oleh Nadhif Hilman. Pengawal kawasan itu juga sudah datang ke arah mereka kerana kekacauan yang mereka
lakukan. Tangan Nadhif Hilman ditarik sekuat hati oleh Daiyan agar lelaki
itu mengikutinya keluar dari tempat itu sebelum mereka dihalau.
‘’What are you trying to do Daiyan Humaira? Aku dah cakap kan never
ever come here without me!’’ sebaik sahaja mereka keluar dari tempat itu Nadhif
Hilman terus menghamburkan kemarahannya
kepada Daiyan Humaira.
Daiyan Humaira pula hanya mendiamkan diri dan
memandang tajam Nadhif Hilman yang berada dihadapannya. Kemudian berjalan ke
arah kereta yang diparkirkan dikawasan
parkir kereta. Hendak pulang pun kunci kereta ada pada Dani. Dia hanya berdiri
memeluk tubuh sambil besandar di pintu kereta bahagian penumpang. Malas mahu melayan kemarahan Nadhif Hilman.
‘’Didi! Arghhh thank god you’re safe!’’ jerit Dani
yang sedang berlari keluar dari kelab itu. Dia yang tadinya seronok
berhibur terus sahaja keluar apabila dia
menyedari kakaknya yang terlibat dalam pergaduhan didalam kelab itu tadi.
‘’Apa kau buat dengan dia dekat sini Dani? Aku
pernah cakap kan jangan pernah bawa dia pergi sini kalau aku tak ada?’’ Nadhif Hilman bersuara
dari belakang dengan riak yang masih bengang.
‘’Bukan salah Dani!’’ Daiyan mengeluarkan suara emasnya
yang kedengaran sangat sumbang di pendengaran Nadhif Hilman. Suara itu juga
membuatkan sorotan tajam Nadhif Hilman kembali ke wajah Daiyan.
‘’Hand me the key Dani. Kita balik!’’ Daiyan Humaira
memandang Dani dan menghulurkan tangannya supaya Dani menyerahkan kunci kereta
kepadanya.
‘’Kau balik dulu Dani. Tak pun masuk balik ke dalam.
Aku bawak kakak kau ni. ‘’ arah Nadhif Hilman kepada Dani. Kunci yang ingin
dihulurkan Dani Haykal kepada Daiyan Humaira ditolak kasar.
‘’Aku tak nak!’’
jerit Daiyan Humaira lantang jelas mahu melawan kata-kata Nadhif Hilman.
Dani pula masih berdiri disebelah Daiyan sambil memerhatikan drama yang sedang
mereka pentaskan. Hmm bukan drama ya, mereka memang betul-betul tengah
berperang sekarang ni. Baguslah, seorang keras kepala. Lagi seorang panas
baran.
‘’Siapa kata kau ada pilihan?’’ jawab Nadhif Hilman dengan nada suara yang
agak tinggi. dari matanya jelas kelihatan yang dia sedang mengawal
kemarahannya.
‘’Ikut aku!’’ Nadhif Hilman terus menarik tangan
Daiyan Humaira dan berjalan ke arah keretanya. Dani pula hanya melihat adegan
itu sehingga kereta Audi A6 Nadhif Hilman hilang dari pandangannya. Dia risau
dengan keadaan mereka yang saling bertegang urat, ini merupakan kali pertama
baginya melihat hubungan kakaknya bersama Nadhif Hilman seperti ini namun dia
yakin bahawa dalam apa keadaan pun Nadhif Hilman akan menjaga kakaknya itu.
No comments:
Post a Comment