Monday, 2 February 2015

Miss CEO jatuh cinta bab 1

Bab 1




Bagaimana jika jawatan CEO di syarikat ternama dipegang oleh seorang perempuan?  Perempuan muda pula tu. Biasanya hanya seorang lelaki berkarisma sahaja yang akan dibayangi untuk memegang jawatan CEO.

Orang kata dia berlagak. Mana ada dia berlagak! Kalau dia berlagak dia tak beli anggur dekat pasar malam.

Dan…

Orang kata tak kenal maka tak cinta. Dah kenal maka jatuh suka.  Bagi Daiyan Humaira pula, kenal lah lama mana pun tapi kalau tak ada duit, jangan cakap soal cinta.

Daiyan  Humaira bukan orang miskin atau dari golongan sederhana , kalau dikira harta ayahandanya 7 keturunan pun makan tak habis. Tapi yang diburunya adalah lelaki KAYA!

Tetapi satu kelemahan Daiyan Humaira, dia cepat jatuh suka dengan lelaki yang boleh menyanyi sambil bermain gitar. Tapi lelaki yang satu itu tak kaya.
                                         

*****


‘’KAU  KATA kau meeting tapi kau dating. Kau kata kau jumpa klien tapi kau ke lain? Apa semua ni Ayyaz?’’ Tiba-tiba ada suara perempuan yang sedang menjerit-jerit seperti ingin menanggalkan anak tekak sendiri kedengaran datang menyerang dari belakang. Omg! Ini kes gawat. Macam mana minah sorang ni boleh terlepas dari zoo dan mengganggu ketenteraman awam? Tak ikat dengan besi kuat-kuat ke ?

‘’You buat apa dekat sini Helena? I kata I meeting kan? Yang you datang sini kenapa?’’ Ayyaz cuba untuk menarik perempuan yang datang menyerang itu  agar menjauh dari mereka tetapi oleh kerana Ayyaz lambat bertindak tangan perempuan yang bernama Helena tadi sempat mencapai gelas di atas meja dan menyimbah air yang tidak disentuh lagi ke muka Daiyan Humaira dan secara automatiknya membasahkan baju Daiyan Humaira dengan air yang berwarna merah.

‘’Helena! You dah gila ke?’’ Melengking suara Ayyaz menengking Helena yang sudah kehilangan akalnya. Kehilangan akal lah kut. Kalau betul lagi wayar-wayar yang ada dekat kepala dia tu mesti dia tak macam ni. Sudah lah ditempat awam. Memalukan sungguh !

‘’You kata I gila? You tu yang gila! You tipu I, you kata you ada meeting tapi you keluar dengan betina ni!’’ Keadaan masih sama. Helena masih lagi menjerit tanpa menghiraukan mata-mata yang sedang memerhatikan mereka. Tangannya pula laju ingin mencapai badan Daiyan  Humaira tetapi pantas sahaja dihalang oleh Ayyaz.

‘’Watch your mouth Helena! Pergi dari sini. Balik! I tak nak tengok muka you dekat sini.’’

Daiyan Humaira yang bengang akibat disimbah air tanpa menunggu lama terus bangun dan beredar dari situ. Malu? semestinya malu. Sudah lah kena simbah air. Siap pakej kena maki lagi dan orang disekeliling dia pula ada yang memandang dengan pandangan jelik macam dia adalah seorang perampas, ada juga yang memperlihatkan wajah bersimpati kepadanya. 

‘’Hell!’’ jerit Daiyan Humaira sebaik sahaja dia sampai di tempat parkir kereta. Tadi tak boleh menjerit. Kalau dia menjerit tadi maknanya dia sama sahajalah gilanya dengan manusia yang baru terlepas dari zoo tadi. Inilah perkara paling teruk yang pernah terjadi dalam hidupnya. Okay tipu sebenarnya, ada yang lagi teruk tapi ini yang paling teruk dalam tahun ni. Yalah, hari ni 5 januari 2015 kan. Awal tahun lagi. Ohh bad bad bad beginning.

‘’Miss Daiyan! Miss Daiyan!’’  jerit Ayyaz yang mengejarnya sedari tadi.

‘’You nak apa lagi Ayyaz? Settle your problem  then call me.’’ Tegas suara Daiyan Humaira. Hilang segala mood. Tiada kemesraan seperti biasa. Yalah dah kena simbah air kan ? takkan nak tersengih-sengih pulak. Haiwan pun marah bila ada orang tiba-tiba datang serang dia. Ini kan pula Daiyan Humaira yang ada hati dan  perasaan.

‘’I’m sorry Miss Daiyan. Helena tu …’’

‘’I tak perlu penjelasan you Ayyaz. Settle your problem first dan pastikan dia datang mintak maaf dengan I. Kalau tak you’re fired.’’ Tanpa mendengar penjelasan dari Ayyaz, Daiyan Humaira terus memotong patah perkataan Ayyaz. Dia terus membuka pintu kereta dan berlalu dari situ. Memandu dalam keadaan marah semestinya. Dia memang sudah lali diserang sebenarnya. Lebih-lebih lagi diserang dengan tuduhan perampas tapi apabila sesuatu perkara itu terjadi bukan kerana kesalahannya. Sungguh! Dia bengang. Daiyan Humaira memang begini mementingkan kerja sehinggakan dia berjumpa dengan client di luar waktu bekerja. Disebabkan itu ramai mak-mak datin yang pasang spy suruh ikut suami mereka menyerangnya kerana menyangkakan Daiyan Humaira ini kekasih suami mereka.

Hello! Daiyan Humaira ada taste okay! Takkan lah semua orang yang pangkat Datuk Datuk yang tua kerepot pun  dia nak buat kekasih?  Memang tak lah!  lagipun dia bukan laparkan harta orang lain.
Iphone didalam tas tangan miliknya dicapai. Dia perlu menghubungi seseorang untuk menenangkan dirinya. Setelah mencari nama ‘seseorang’ yang mahu dihubunginya didalam list contact number. Hansfree terus dipasang dan setelah beberapa deringan, panggilan tersebut disambut oleh si penerima.

‘’Nadhif. Where are you?’’ tanya Daiyan Humaira dengan  nada sedih dan  tentunya tanpa salam.

‘’Aku ada dekat Ipoh. Why?’’

‘’I need you Dhif.’’ Suara Daiyan Humaira yang kedengaran manja itu seperti sedang merengek kepada Nadhif Hilman.

‘’I’m sorry, I can’t be there. Kenapa ni? Kau dekat mana?’’ tanya Nadhif Hilman lembut. Bukan perkara luar biasa sangat pun kalau Daiyan Humaira berperangai macam ni. Adalah yang tak kena tu.

‘’I just need you. Aku adadalam kereta. Tengah drive.’’

‘’Listen Daiyan. I don’t know what happen to you. Tapi kau tahukan aku tak suka kau on the phone masa drive? Balik rumah. Aku tak nak kau singgah mana-mana. Then baru call aku.’’ kata-kata Nadhif Hilman kedengaran lembut ditelinga Daiyan tetapi sebenarnya kata-kata yang  diucapkan  Nadhif Hilman dihujung talian diucap dengan  nada yang tegas.

‘’Okay.’’ Klik! Talian dimatikan. Daiyan Humaira masih meneruskan pemanduannya dengan perasaan bengang. Bengang kepada perempuan gila tadi satu hal. Bengang kepada Nadhif yang tiba-tiba berada di Ipoh pun satu hal. Tapi nak bengang dengan Nadhif pun tak patut sebenarnya. Bukan salah Nadhif pun. Dia yang terlupa. Padahal dah lebih seratus kali Nadhif bagi tahu dia yang  Nadhif outstation.

Kalau lah dia ada di pejabat hari ini, mesti dia tak perlu melalui hal seperti ini. Dia di arah oleh ayahanda untuk menyiapkan tugasan luar harini. Dia dan Ayyaz pula hanya keluar atas dasar urusan kerja kerana ada perkara penting yang memerlukan persetujuannya. Walaupun keluar untuk urusan kerja di malam hari, takkan lah dia nak pakai pakaian formal juga kan? Mesti lah dia pakai pakaian biasa macam orang nak pergi dinner. Lagi pun takkan dia nak date dengan pekerja sendiri? Tidak ya! Tidak sama sekali. Daiyan Humaira ada citarasa dia yang tersendiri. Memang tak lah bercinta dengan pekerja sendiri. Conflict of interest.

Sesampai sahaja dirumah, kasut bertumit tinggi yang dipakainya dibaling di depan pintu. Malas nak menyusun lagi. Walaupun dia pernah terbaca satu artikel tentang ‘orang yang pandai menyusun kasutnya adalah orang yang pandai menguruskan hidupnya’ tapi memang dia tak ada masa nak melayan artikel tu buat masa ni. Tak ada mood. Badannya pun terasa melekit dengan air yang disimbah kepadanya tadi.

‘’Daiyan!’’ kedengaran suara bondanya memanggil. Jam ditangan dijeling sekilas.Tak lambat langsung rasanya. Tapi kenapa ada roadblock dekat ruang tamu rumahnya ini?

‘’Iya bonda?’’ jawab Daiyan Humaira dengan nada malas. Wajahnya dipalingkan ke arah bondanya.

‘’Dekat luar hujan ke?’’ tanya bondanya dengan nada sinis.

‘’Tak lah. Kenapa bonda?’’ riak hairan terpeta dimuka Daiyan Humaira. Bukan hairan sahaja sebenarnya ya. Lepas kena simbah tadi, Daiyan Humaira terus jadi blur secara tiba-tiba.

‘’Baju tu basah?’’ohh  ini sebab nya bonda main perli-perli ni. 

‘’Ohh nothing bonda. Didi masuk bilik dulu. Mandi.’’ Tanpa memandang wajah bondanya laju sahaja Daiyan Humaira memanjat anak tangga agar tidak ditahan lagi oleh polis-polis pencen yang berada didalam rumahnya. Ini baru bonda kalau ayahanda atapun nenda? Memang sempat dia berkawan dengan semut dululah jawabnya. Sudah lah Daiyan Humaira memakai baju mermaid cut pinafore yang bermaterialkan stretchy soft cotton yang berwarna pastel. Kalau nak kata hujan yang menyebabkan bajunya basah, nampak sangatlah menipunya dekat situ. Tak ada lagi dekat mana-mana tempat dekat dunia ini yang hujan warna merah.

Selesai sahaja mandi, dengan rambut yang masih lagi basah terus sahaja Daiyan Humaira berbaring diatas katil. Tangan menarik iPhone yang berada di dalam handbag. Nombor Nadhif Hilman terus sahaja didail semula.

‘’Yess hunn, are you okay?’’ tanya Nadhif Hilman yang tadinya betul-betul risau dengan keadaan Daiyan Humaira.

Daiyan Humaira dengan Nadhif Hilman. Masing-masing memerlukan antara satu sama lain. Bagi Daiyan Humaira, sekeras  mana pun hatinya yang boleh melembutkannya hanya lah Nadhif Hilman. Bagi Nadhif Hilman pula kalau sehari tak mendengar suara Daiyan Humaira mahunya segunung Everest rasa rindunya. Tu kalau sehari, kalau dua hari? Mahunya sampai langit ke tujuh tingginya. Nak kata mereka bercinta ? kata ganti diri mereka tak pernah berubah sejak mereka berdua kenal dan tak pernah lagi siapa-siapa antara mereka berdua ini yang meluahkan perasaan. Bila orang tanya apa hubungan mereka. Mereka hanya memberi jawapan ‘atas lagi dari pasangan bercinta tapi bawah sikit dari hubungan suami-isteri’.

‘’Aku okay. Cuma…’’ senyuman mula memekar dibibir. Daiyan Humaira mula mendapat idea untuk mengenakan Nadhif Hilman.

‘’Cuma?’’

‘’Cumaa…..’’

‘’Daiyan, jangan main-mainlah!’’ suara Nadhif Hilman naik satu oktaf dihujung talian.  Dan Daiyan Humaira pula menghamburkan tawanya. Risau betul Nadhif ni.

‘’Tak ada apa lah. Tadi aku dinner dengan PM aku. okay, bukan dinner saja-saja. Kita orang meeting sebenarnya, bincang pasal kerja macam biasalah. Tiba-tiba girlfriend dia datang serang kitorang lepas tu..’’

‘’Lepas tu?’’

‘’Lepas tu..’’ sekali lagi. Daiyan Humaira sengaja membuat Nadhif Hilman yang berada di hujung talian tertunggu-tunggu. .

‘’Daiyan. Don’t do it again.’’ Okay itu memang satu amaran dari Nadhif Hilman. Kalau Daiyan Humaira main-main lagi, memang dia akan dapat susah.

‘’Okay-okay lepas tu aku kena simbah dengan air minuman depan orang ramai.’’ Laju sahaja Daiyan Humaira mengahabiskan kata-katanya sambil membayangkan reaksi Nadhif Hilman  yang berada dihujung talian.

1 …
2 ….
3…..

‘’What?’’

Handphone sengaja dijauhkan dari telinga. Sudah dijauhkan pun masih lagi jelas kedengaran jeritan Nadhif Hilman. Nadhif Nadhif, you are just too protective.

‘’Chill bro, jangan lah menjerit. Kau nak buat aku pekak ke? Karang tak pasal-pasal orang cakap ‘harap muka je cantik. Tapi pekak’. Siapa nak tanggung?’’ Daiyan Humaira menegur dalam senyuman. Nasib baik lah Nadhif Hilman tiada dihadapannya.

‘’Siapa yang berani simbah air dekat princess seorang ni? Dia tak tahu ke yang dia simbah ni Tengku Daiyan Humaira Tengku Din Azman? Betul-betul cari pasal.’’

‘’Sebab dia tak tahu lah dia buat macam tu Dhif.’’

‘’Then, apa kau buat dekat perempuan tu?’’

‘’Nothing. Aku terus blah. Ayyaz ada lah juga kejar aku sebab nak explain tapi aku tak nak dengar. Aku cakap dekat dia, kalau perempuan tu tak datang mintak maaf dekat aku, aku pecat dia.’’

Amboi penuh emosi. Betul ke nak pecat ni? Bukan salah Ayyaz pun. Salah girlfriend dia yang gila tu tapi  punyalah ramai manusia waras dalam dunia ni, yang gila tu juga lah yang Ayyaz pilih. Patutnya aku bagi syarat, kalau Ayyaz tak break dengan girlfriend dia. Aku pecat dia. Baru betul.

‘’Nothing? Patutnya kau simbah lah dia balik.’’ Ujar Nadhif sambil ketawa.

‘’Gelak! Gelak! Gembira sangat aku kena macam ni. Kalau aku simbah dia balik. Samalah gilanya aku dengan dia. Hmm eh  kau bila balik sini?’’

‘’Seminggu lagi. Banyak problem dekat sini. Kalau tak disebabkan isteri Zamir bersalin. Jangan haraplah  aku  nak datang sini.’’

‘’Alah lamanya!’’

‘’Dah tu? nak buat macam mana?’’

‘’Itulah, aku dah cakap dah banyak kali. Pergi kerja dengan daddy kau. tapi kau degil.’’

‘’Kau tahu kan kenapa aku tak nak kerja dengan daddy?’’

‘’Yalah sebab nanti susah nak tipu kalau nak mc. Kalau kerja sendiri tak ada orang kenal kau. kau nak tipu apa-apapun senang. Apa apa ajalah engkau ni.’’

‘’Tahu pun. So kau dah okay lah sekarang ni? Tadi aku dengar suara macam kucing tercekik cheese je. sekarang ni dah boleh bergelak tawa. Kira dah okay lah tu kan?’’
Kucing tercekik cheese? Bukan main teruk dia punya perumpamaan . Bagilah  yang logik sikit.

‘’Dah okay dah. Emmm Nadhif, kalau aku nak keluar boleh tak?’’ Daiyan Humaira bertanya dengan nada sopan. Sekarang ni dah 10 malam dan dia tengah mintak izin dekat Nadhif untuk keluar bersuka ria. Nadhif pula tak ada dekat sini and the answer will be no! Kalau Nadhif kata ‘ya’ itu namanya Nadhif tengah buang tabiat.

‘’No!’’

Daiyan Humaira tertawa kecil. Sudah mengagak jawapan yang akan diberikan oleh Nadhif Hilman.

‘’Kenapa kau  ketawa?’’ tanya Nadhif Hilman. Pelik dengan gelagat Daiyan Humaira.

‘’Dah boleh agak dah jawapan kau.’’ jawab Daiyan

‘’Saja nak test aku kan? Dah lah pergi tidur. Esok kerja kan?’’ tanya Nadhif Hilman kembali.

‘’kerja. Ayahanda tak putus fius lagi nak bagi aku cuti. Nadhif, Aku lapar. Tadi tak sempat makan dan bermandi dekat restoran tu.’’ Jawab Daiyan Humaira sambil membuat suara manja. Masak sangat dah Nadhif dengan perangai Daiyan ni. Tapi tak ke awal sangat ke nak tidur masa-masa ni? Tak remajalah tidur awal-awal. Cehhh macam dia muda remaja lagi pula.

‘’Pergi makan lah sayang.’’

‘’Okay! Balik cepat Nadhif. Aku tak larat nak menanggung rindu ni.’’

‘’Baru sehari tak jumpa.’’ Sehari pun ingat sekejap ke? Dia sendiri tengah menanggung rindu.

‘’Sebab baru sehari lah aku suruh kau balik cepat. Kalau kau balik lagi seminggu tak ke naya aku ni? Nak keluar ke buat apa ke semua terkawal.’’

‘’Ya… Yaa doalah kerja-kerja aku dekat sini semua cepat settle. Aku pun tak nak berlama-lama dekat sini.’’

‘’Itu pasti. Okaylah aku  nak makan dulu. Bye. Love you.’’

‘’Makan tu pandang kiri-kanan sikit okay? Jangan makan macam tak pernah jumpa makanan. I love you too. Bye.

No comments:

Post a Comment