Wednesday, 4 February 2015

Miss CEO jatuh cinta bab 3

Bab 3 









Tok ! tok! Tok!

‘’Cik muda! Cik muda! Cik muda!’’

Tok! Tok! Tok!

‘’Apa Fina? Memekaklah!’’

Bunyi ketukan pintu yang mengganggu tidur Daiyan Humaira masih tak berhenti lagi. Tangannya mencapai bantal dan menekup telinganya. Pagi-pagi lagi bonda sudah menyuruh orang gajinya memekak di hadapan biliknya. Bonda tak tahu ke yang hari ini hari cuti? Bagilah dia peluang untuk dia  berasmaradana dengan katil lama sikit pada hari cuti ni.

Tok! Tok! Tok! Selepas beberapa ketukan pintu biliknya yang berkunci dibuka. Ini mesti bonda bagi kunci pendua ni.

‘’Eh kau bol….’’ Tanpa mengangkat bantal yang menutup mukanya tadi, Diayan terus bersuara tetapi Daiyan tersentap seketika apabila ada orang menarik bantal dimukanya. Terhenti kemaharan yang ingin dihamburkan  kepada orang gajinya sebentar tadi.

‘’Eh nenda!’’ Daiyan Humaira terduduk apabila melihat nendanya sedang berdiri bercekak pinggang di tepi katilnya. Ohh man!

‘’Tengku Daiyan Humaira Binti Tengku Din Azman. Awak janji dengan nenda yang awak akan jumpa dengan calon pilihan nenda harini. Remember?’’  what! Again? Daiyan Humaira yang masih mamai menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Ada ea janji dengan nenda macam tu? bosanlah! Ini bukan calon pertama yang nenda bawa untuk berjumpa dengan dia.

‘’esok lah nenda! Hari ini Didi nak tidur lah. Bagi lah chance kat Didi nak rest.’’  Daiyan memandang nendanya kemudian mengerdip-kerdipkan matanya. Tahulah muka macam Barbie doll tapi kalau buat macam tu depan nenda. Nenda takkan kesian punya. ehh tapi  ada ke Barbie yang muka arab?

‘’dia dah tunggu dekat bawah Daiyan. Mandi! Dan turun sekarang.’’ Muktamad! Kalau dah nenda cakap lepas tu main blah je maknanya memang kena ikut lah kalau tak ada denda yang bakal menanti. Daripada kena denda, dengan tak rela Daiyan Humaira bangun dan mandi.

Selesai sahaja bersiap Daiyan Humaira turun dari biliknya dan langkah kakinya terus dihalakan ke buaian di taman yang terletak di bahagian tepi rumah. Lapar. Tapi malas nak makan. Entah macam mana lah calon yang nenda pilihkan dia pun tak tahu. Nenda ni, sekarang ni zaman dah maju. Mana ada lagi orang kena kahwin guna sistem jodoh-jodoh ni. Ini bukan zaman dulu-dulu, mak ayah yang kenal, anak-anak kena sambung persahabatan. Bonda pun tak boleh nak kata apa.

‘’Assalamualaikum’’ kedengaran satu suara dari belakang. Satu markah untuk salam yang diberi. Daiyan yang sedang duduk atas buai dari tadi hanya diam sahaja. Malas mahu memandang. Dengar suara macam macho,  entah-entah muka hancur. Bukan boleh percaya sangat taste nenda. Sebelum-sebelum ini pun macam-macam rupa dan gaya lelaki yang nenda bawa jumpa dia tapi satu pun tak menepati piawaian antarabangsanya.

‘’Tak nak jawab ke salam saya tadi?’’ tanya lelaki yang masih berada dibelakang Daiyan Humaira. Okay, tolak balik satu markah. Kalau Daiyan jawab salam dalam hati pun bukan dia tahu.
Daiyan masih mendiamkan diri. Malas nak bagi apa-apa respon, takut perkataan yang bakal dikeluarkan akan menyakitkan hati. Jadi lebih baiklah ambil langkah berjaga-jaga dengan mendiamkan diri.

‘’Nama saya Tengku Fattah Aizudin. Dan awak?’’ Fattah Aizudin memperkenalkan dirinya  sambil duduk dibuaian berhadapan dengan Daiyan Humaira.

‘’Ohh tak perlu bagi tahu. Grandma saya dah banyak cerita pasal awak, Tengku Daiyan Humaira.’’ Baru sahaja Daiyan Humaira ingin membuka mulutnya tetapi Fattah Aizudin kembali bersuara.

Fattah Aizudin melihat Daiyan Humaira sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk. Dan yang membuat sengihannya semakin melebar apabila melihat wajah masam Daiyan Humaira yang berada dihadapannya. Macam Barbie tercekik asam jawa. Comel. 

‘’Tengku Fattah Aizudin.’’ Daiyan Humaira memandang tajam lelaki yang duduk berhadapan dengannya.

‘’Ye saya.’’

‘’Awak tahu tak first impression tu penting?’’ tanya Daiyan Humaira kepada Fattah Aizudin dengan nada yang tegas.

‘’Yes I am. So what is your  first impression about me Miss Daiyan?’’

‘’ Annoying, uncontrolled and  handsome’’

Terangkat kening Fattah Aizudin apabila mendengar kata-kata sinis berserta pujian bercampur menjadi satu ayat dari Daiyan Humaira. Dia tersenyum. Betul kata grandma. Daiyan Humaira lain dari yang lain. Jika ditanya first impressionnya terhadap Daiyan Humaira memang lulus serba serbi lah untuk dijadikan bakal isteri. Kalau soal bahasa yang Daiyan gunakan ni langsung tak berbekas dihatinya. Dia pun baru sahaja mengenali Daiyan Humaira di alam realiti. Selama ini dia hanya mengenali Daiyan Humaria di alam fantasi yang grandma ceritakan sahaja.  Dan satu lagi perkara yang membuatkan dia semakin ingin mengenali gadis dihadapannya. Keangkuhan yang terpapar dari riak wajahnya. 

Selama ini gadis yang bertemu dengannya pasti akan menjaga kelakuan dan bermulut manis sepanjang masa. Tak kurang juga yang sanggup menyerahkan apa sahaja kepadanya. Yang pertama dipandangnya sudah pastilah tebal nipis poketnya. Kemudian, baru lah pada ketampanan wajahnya. Wanita mana yang tak mahu mendekatinya apabila mengetahui pangkal namanya mempunyai Tengku? Itu belum lagi jika mereka tahu siapa papanya. Bukan nak cakap besar tetapi apa sahaja yang dia mahukan dia boleh dapatkan selagi dia mempunyai wang. Okay, macam bahaya je statement ini.

Daiyan Humaira memandang tajam wajah lelaki dihadapannya. Bukan tak ada rupa, wajahnya yang pan asian menambah lagi pakej yang ada pada dirinya. Kemeja yang fit dibadannya berserta lengan baju kemejanya yang dilipat sehingga ke paras siku manjadi ‘pemanis’ nyata menunjukkan bertapa gagahnya lelaki yang sedang duduk dihadapannya. Lelaki full pakej macam  ini pun setuju  ke dengan perjodohan  kolot ni? Daiyan  tersenyum sinis.

‘’Kenapa ?’’ tanya Fattah Aizudin kepada Daiyan Humaira yang sedang tersenyum sinis sambil memandangnya.

‘’Pelik.’’

‘’Pelik?’’

‘’Yalah. Pelik. Lelaki macam awak, ada rupa, kaya, metroseksual, badan tegap, muka pan asian, bila senyum ada lesung pipit. Tapi sanggup terima perjodohan kolot macam ni. Are you sure that you don’t have any special girlfriend?’’ Daiyan Humaira bertanya kepada Fattah Aizudin dengan ayat yang berterabur. Entah kenapa dia tiba-tiba tak pandai susun ayat selepas sahaja menilik muka Fattah Aizudin.

‘’Daiyan… Daiyan… Kalau awak rasa yang saya ni ada full packej sebagai jejaka idaman Malaya. Kenapa tak terima je perjodohan ni? Nenda bagi kita masa untuk kita kenal hati budi masing-masing. Bukan esok-esok kita terus kahwin.’’

‘’Awak tak kesah kalau kita tak bercinta?’’ soalan sebegini bahaya sebenarnya sebab macam ada bunga-bunga persetujuan dekat situ  tapi niat Daiyan Humaira hanya mahu menguji.

‘’Saya datang jumpa awak ni, kira first step nak ajak bercinta lah. Kalau awak rasa zaman sekarang tak relevan lagi nak berjodoh-jodoh. Kita jangan lah jadikan perkara ni macam perjodohan klise  yang ada dalam novel  atau drama melayu sekrang. Kita bercinta for real.’’

‘’Siapa nak bercinta dengan awak?’’

‘’nak tak nak. Awak kena juga bercinta dengan saya dear future wife. Awak tahu tak? ramai orang berfikir yang sesebuah percintaan itu harus diakhiri dengan perkahwinan tapi mereka salah.Sebenarnya, sesebuah percintaan itu dimulakan dengan gerbang perkahwinan sebab itulah ramai orang yang dah bertahun-tahun bercinta tapi lepas semingggu dua kahwin, bercerai. Salah konsep’’  Fattah Aizudin tersenyum menggoda sambil mengenyitkan matanya kepada Daiyan Humaira. Siapa yang tak tergoda dengan lesung pipitnya ini? Mana tahu kalau dia tersenyum seperti ini Daiyan Humaira betul-betul tergoda pada dia walaupun dia tahu perkara seperti itu amatlah tak mungkin  untuk terjadi.

‘’Whatever!’’ jawab Daiyan Humaira sambil bangun dan berjalan ke arah taman mini milik bondanya. Malas mahu melayan kerenah Fattah Aizudin yang mula menunjukkan taring drakulanya. Tengok bunga lagi bagus. Takut nanti ada pulak yang terjatuh suka. Bukan dia boleh percaya sangat hati dia ini. Lagi-lagi dengan lelaki yang handsome seperti Fattah Aizudin. Dia bukan bengkok sampai boleh buat- buat  tak  nampak pada  lelaki handsome depan mata ni.

‘’Daiyan!’’ ehh Fattah ni. Orang tak pekak lagi lah. Tak payah lah nak menjerit begini kuat sekali. Tapi… Ehh kejap! Kejap! Suara  tu  familiar  lah.  Takkan lah..

‘’Daiyan! Rindu tak? Kenapa call tak jawab? Text tak reply?’’  Nadhif Hilman berjalan laju ke arah Daiyan Humaira dan melingkarkan  tangannya di bahu Daiyan Humaira.

‘’Hmmm Daiyan… Daiyan.. Ehhh macam mana Nadhif masuk?’’ jawab Daiyan tergagap tambah-tambah lagi bila mata Fattah Aizudin tajam menikam ke arahnya. Bukan dia takut, bukan juga dia tak biasa, kalau bersama Nadhif Hilman memang begini gerak lakunya.  Tapi ada sesuatu pada pandangan Fattah Aizudin yang membuat hatinya berdebar-debar dan tak tentu arah. Ahhh come on Daiyan, kau jumpa dia pun tak sampai sejam. Takkanlah sampai macam ni sekali?

‘’Bonda yang bagi tahu kau dekat sini. Ehh sejak bila pandai bangun awal? Biasanya hujung minggu  macam  ini  selagi  matahari tak tegak  atas kepala selagi itulah  kau  tak bangun.’’

‘’Emmm nenda paksa bangun pagi tadi. Ehh bila balik ni ? Tak bagi tahu pun?’’

‘’Tak bagi tahu?’’

Nadhif Hilman memandang tepat ke arah anak mata berwarna hazel milik Daiyan Humaira. Tak bagitahu apa? Aku punya jari macam nak patah call dia tak berangkat. Nak kata aku ada buat salah. Sebelum ini okay sahaja.

‘’Okay-okay. Sorry  sebab abaikan kau. Ada sesuatu yang berlaku. So, aku cuma mampu tunggu kau balik je.’’ ujar Daiyan sambil memetik bunga mawar yang ditanam oleh Bondanya. Ni kalau bonda tahu ni, boleh bergegar satu rumah. 

‘’Sesuatu yang berlaku? Apa dia? ‘’ Nadhif Hilman mengerutkan keningnya. Macam ada sesuatu yang buruk sudah terjadi. Dia menarik Daiyan Humaira yang berdiri disebelahnya supaya berdiri dihadapannya. Kemudian, kedua-kedua tangannya memegang bahu Daiyan Humaira .

‘’Aku ada buat salah dekat kau ke?’’ tanya Nadhif Hilman kepada Daiyan Humaira sambil mengubah nada. Nada sayu. Iyalah, seminggu dia diabaikan. Dah lah rindu, jumpa Daiyan ni pun muka yang dia tunjuk muka air batu dia. Muka tak ada perasaan, layan  pun nak  tak nak sahaja.

‘’Nanti aku cerita dekat kau’’

‘’Ehem-ehem!’’ kedengaran bunyi deheman seseorang. Deheman dari Fattah Aizudin. Aku bukan patung atau tiang elektrik ye nak berdiri saja-saja dekat sini tengok drama kau orang dekat sini.

‘’Daiyan, siapa dia ni?’’ tanya Nadhif Hilman sambil melepaskan tangannya yang berada di bahu Daiyan Humaira. Terkejut dengan kehadiran Fattah Aizudin secara tiba-tiba.

‘’Dia ni… Hmmm.. Dia’’ Daiyan Humaira mengetap bibirnya. Tidak tahu jawapan apa yang perlu diberikan kepada Nadhif Hilman. Takkan nak cakap ‘dia ni lah calon nenda yang ke 22. Handsome tak? pandai kan nenda pilih?’

‘’Aku Tengku Fattah Aizudin Bin Tengku Farid. Aku boyfriend merangkap future husband kepada Daiyan Humaira.’’ Jawab Fattah Aizudin sambil berjalan ke arah mereka berdua dan melingkarkan tangan kirinya di bahu Daiyan Humaira dan menghulurkan tangan kanannya kepada Nadhif Hilman untuk bersalaman. Bagai memahami kesulitan Daiyan Humaira yang sukar untuk menjelaskan siapa dia dan siapa mereka tetapi jawapan yang diberikan oleh Fattah Aizudin sangatlah  kontra dengan jawapan yang diharapkan  oleh Daiyan Humaira.

Nadhif Hilman hanya memandang tangan yang dihulurkan kepadanya. Tengku Fattah Aizudin Bin Tengku Farid? The most wanted bachelor in town. Full packej termasuk lah pakej ketebalan poketnya sebab ayah dia tersenarai dalam 20 orang yang terkaya dekat Malaysia . Memang tak boleh nak kata apa lah tapi sejak bila Daiyan Humaira ada teman lelaki?

‘’Nadhif Hilman’’ Nadhif memperkenalkan dirinya sambil menyambut huluran tangan dari Fattah Aizudin. Matanya tepat memandang anak mata Daiyan Humaira. Inilah perkara yang terjadi tu sampai tak boleh nak jawab call, tak boleh nak balas mesej. Sebab ini?

Daiyan Humaira mengesan perubahan pada wajah Nadhif Hilman. Sudah lah minggu ini dia sengaja mengabaikan Nadhif Hilman. Saja mahu mendera perasaan  Nadhif Hilman yang berada jauh darinya. Mesti dia akan salah faham. Tubuhnya dijarakkan sedikit daripada Fattah Aizudin manakala tangannya melepaskan  pautan tangan Fattah Aizudin di bahunya.

‘’Apa ni Daiyan?’’ tanya Nadhif kepada Daiyan Humiara dengan riak hampa. Hampa dengan Daiyan Humaira yang ingkar pada janjinya walaupun ini adalah pertama kali Daiyan berkelakuan seperti itu tetapi ia tetap menyakitkan hatinya dan hampa melihat lelaki yang sedang bergandingan dengan Daiyan Humaira.

‘’Nadhif, I will explain it.’’ Balas Daiyan Humaira sambil tangannya meraih tangan Nadhif tetapi direntap semula oleh Nadhif Hilman.

‘’okay, I bagi you masa untuk explain benda ni.’’ Ujar Nadhif Hilman sambil memeluk tubuhnya dan  menunggu jawapan dari Daiyan Humaira.

‘’Nadhif, Daiyan.. I … I will explain it but not now. Give me some times untuk betulkan semua ni. ‘’

‘’Kenapa ? Kenapa bukan sekarang? Sebab dia?’’

‘’Nadhif! Please. Semua ni tak macam apa yang kau fikir. Ya, aku salah sebab abaikan kau seminggu ni. Aku tak tunaikan janji aku but please bagi aku masa’’ jawab Daiyan Humaira separuh merayu. Bukan dia tak tahu kalau Nadhif Hilman sudah marah bagaimana perangainya. Mahunya berminggu-minggu dia diabaikan.

‘’Berapa banyak masa yang kau nak Daiyan? Ambil lah berapa banyak masa yang kau nak. I’m off’’ tanpa membuang masa lagi Nadhif Hilman terus meninggalkan Daiyan Humaira. Hatinya perlu disejukkan dulu. Marah pada Daiyan Humaira satu hal tapi marah kepada lelaki yang berdiri disebelah Daiyan pastinya lebih tinggi dari gunung kinabalu. Atas sebab apa dia perlu marah kepada lelaki itu pun dia tidak tahu tetapi hatinya cukup panas ketika memandang lelaki itu.

‘’Nadhif!!’’ panggil Daiyan kepada Nadhif yang sudah melangkah meninggalkan dia dan Fattah Aizudin. Apabila kakinya mula melangkah mengejar tangannya pula ditarik Fattah Aizudin menahannya daripada mengejar Nadhif.


‘’Stay.’’ Tegas. Sejuk. Beku.  Arahan yang dekeluarkan oleh Fattah Aizudin.

1 comment:

  1. Titanium White Fennec Hot Sauce - All Natural
    The hottest titanium stud earrings chile in the world, the 'Tatian White' is a green sauce 토토 사이트 with no titanium engine block heat or snow peak titanium flask heat. The taste of the Habanero is sweet titanium network surf freely and floral in $11.99 · ‎In stock

    ReplyDelete