Monday 20 July 2015

najaa's story

Assalamualaikum, hai 

Lamanyaaaaa tak update blog, agak-agak habuk tu dah boleh dibuat bedak ke belum eak? hehehe ada tak tunggu entry baru keluar? atau mungkin dah bosan tunggu? 

ada juga yang suruh siapkan cepat but lately ni busy cari idea, dua belas jam sehari membaca. engko ghase? bila idea datang melimpah ruah seperti banjir yang melanda malaysia dulu  mood nak menaip pula hilang. adehhh *ketuk kepala naja*

sorry, itu je yang mampu diucapkan. nak ucapan lain? Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. hiks 

pernah tak dengar ayat 'pernantian itu suatu penyiksaan' so menantikan keputusan upu tu keluar sangatlah menyiksakan sampai rasa macam nak cepatkan masa yang dah sedia cepat ni. nak buat apa pun fikir upu dulu. fikir kemungkinan. nak raya pun mood hilang. 

So yeahhh. ini mungkin update yang menyakitkan hati dan akan jadi draf juga akhirnya. doakan yang baik-baik sahaja buat naja. InsyaAllah entry baru akan terhidang di dada blog *eceh ayat* dalam bulan sepuluh ni. insyaAllah

Friday 17 April 2015

Miss CEO jatuh cinta! (Prolog)

Prolog *entry ini juga mungkin tak akan kekal lama di blog. mungkin*








‘’MOMMY, kenapa mommy kena balik? Kalau mommy balik siapa yang nak jaga Nara dekat sini?’’ anak kecil yang berusia tiga tahun ini merengek sambil memeluk erat leher Daiyan. Sekarang ini mereka berada di airport untuk menghantar kepulangannya ke tanah air.

‘’Mommy kena balik sayang. Study mommy dah habis, daddy mommy minta mommy balik. Nara tinggal dengan daddy dekat sini ya?’’ Daiyan menarik Naira dekat ke dada dan memeluk erat anak kecil itu. Pipi anak kecil itu juga dikucupnya. Bukan tak sedih untuk meninggalkan Naira tapi dia memang harus pulang ke Malaysia.

‘’Where you wanna go mommy? Daddy said you will back home. Isn’t this is your home mommy? Please don’t leave us.’’ Naira melepaskan pelukannya. Kata-kata Naira memang mampu merobek hati Daiyan. Perlahan-perlahan air matanya gugur juga satu persatu. ‘kalau boleh mommy nak bawa Nara balik dengan mommy, tapi mommy tak boleh sayang.’

‘’Nara, I’m not leaving you. Mommy still your mother. Daddy will take care of you.  Promise me that you will be a good daughter. Can you?’’

‘’I want you mommy! Please don’t leave me. I need you.’’

Naira mula menangis dan menghentak-hentakkan kakinya sehingga dia terduduk di atas lantai sambil mulutnya menyebut ‘I want you  mommy. Don’t leave me’ berulang-ulang kali. Hati siapa yang tak tersentuh? Daddy Naira pula hanya mampu memandang kami dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.

Ayash  Naira, you make things hard on me. How I wish I can always be with you.

‘’Sayang. Here sayang, here. Please. Stop crying. Don’t  you love mommy?’’

Tubuh kecil Naira ditarik semula ke dalam pelukan untuk menghentikan rontaannya. Selama ini Naira tak pernah berperangai seperti ini, kalau kena tinggal pun dia faham. Paling teruk pun dia akan cakap ‘mommy just go to class’ ‘mommy will come back home’ tapi tadi dari dalam kereta lagi Naira kelihatan gelisah apabila Daiyan keluar dari rumah dengan membawa bagasi yang besar.

‘’I love you mommy but you wanna leave me.’’ Rontaannya semakin lemah, yang kedengaran hanya sedu sedan kecil yang keluar dari bibir Naira. Daiyan merenggangkan pelukan mereka. Tengok muka Naira yang comot dengan air mata. Dah lah muka putih lepas tu bila nangis macam ni habis merah muka.  Daiyan  meraup wajah kecil itu untuk mengelap sisa-sisa air mata yang ada di pipi Naira. Anak mommy menangis pun comel.

‘’Nanti daddy akan bawa Nara balik Malaysia jumpa mommy but you need to be a good daughter first. Jangan susahkan daddy, jangan nakal-nakal. Bolehkan?’’

‘’Nara janji. Nara takkan nakal-nakal. Nara nak jumpa mommy, Nara loves you mommy.’’

‘’I love you too sayang. Come.’’ Daiyan memimpin tangan Naira dan berjalan ke arah daddy Naira yang hanya menjadi pemerhati sedari tadi. Pengumuman mengenai penerbagangan ke Kuala Lumpur juga sudah kedengaran.

‘’So, awak memang kena pergi?’’

‘’I don’t want but I have to. Saya mintak maaf sebab tinggalkan awak dengan Naira. Saya mintak maaf sebab saya dah mungkir janji tapi awak kena tahu satu perkara. Apa pun yang jadi, saya tetap mommy Naira. Saya harap awak dapat buat keputusan yang terbaik untuk kita.‘’

Daiyan memandang wajah lelaki yang sedang berdiri dihadapannya. Lelaki yang terlalu baik selama dia mengenali lelaki itu, Syed Amzar.  Dari hari pertama Daiyan menjejakkan kaki di UK sehingga hari ini, apa sahaja kesusahan yang dilaluinya, Amzar sentiasa ada dengannya dan menghulurkan bantuan.

‘’Saya harap awak tak akan lupakan kami.’’ Lirih suara Amzar.

Ini kali kedua Daiyan nampak kesedihan dalam mata itu. Kalau boleh Daiyan tak nak kecewakan Amzar tapi Daiyan juga ada keluarga dan memang tak akan selama-lamanya dia duduk di sini bersama Amzar walaupun Daiyan sudah berjanji kepada Amzar untuk membesarkan Naira bersama-sama dengannya.

‘’Tak! Saya tak akan lupakan awak, saya tak akan lupakan Naira. Please jaga Naira untuk saya, apa sahaja yang terjadi dekat sini. Cepat-cepat bagitahu saya. Awak boleh buat semua ini untuk saya kan?’’

Amzar hanya mampu mengangguk perlahan dan memandang Daiyan dengan pandangan helangnya. Daiyan pula memandang Amzar dan Naira silih berganti.

‘Terima kasih untuk lima tahun yang sangat berharga ini Amzar, lebih-lebih lagi bila Naira ada.’

Tetapi monolog ini hanya tersimpan dalam hatinya. Tak terkeluar di bibir untuk berkata sebegitu kepada Amzar.  

‘’Jaga diri awak baik-baik dekat sana.’’ Itu sahaja yang mampu Amzar katakan kepada Daiyan. Biasanya dia bagi tazkirah panjang lebar kalau Daiyan  nak keluar tapi tidak untuk kali ini.

Panggilan kedua penerbagan untuk ke Kuala Lumpur juga sudah kedengaran. Daiyan memang kena pergi.

‘’Saya pergi dulu. Thanks for everything.’’

Daiyan memeluk Amzar kejap. Walaupun Amzar bukan sesiapa baginya tetapi Amzar daddy Naira dan sayang Daiyan  pada Amzar sama seperti sayang Daiyan pada Naira.

‘’Nara, mommy pergi dulu sayang. Ingat pesan mommy. Nara kena dengar cakap daddy okay. Be a good girl.’’ Giliran Naira pula yang dipeluk oleh Daiyan. Naira hanya menangis dan menangis. Daiyan pun begitu, kerana hanya itu sahaja yang mampu dia lakukan. Pipi Naira  dikucup bertalu-talu, dia akan sangat rindu pada Naira. Itu pasti. Nasib baik Naira tak mengamuk hentak-hentak kaki lagi, kalau tak lagilah susah Daiyan nak tinggalkan  Naira.

‘’Farewell.’’

Daiyan mula melangkah ke balai perlepasan. Tak nak toleh belakang lagi, air mata yang gugur  dibiarkan sahaja. Kalau lap pun bukan air mata itu berhenti mengalir. 

‘’Mommyyyyyyyy.’’ Naira jerit kuat. Bila Daiyan pusing belakang dia nampak Naira sedang berlari ke arahnya. Daiyan pun melutut dan mendepangkan tangannya apabila Naira meluru memeluknya. Memang buat drama betul dekat tengah-tengah Birmingham airport ini.

‘’Mommy need to go sayang. Sorry.’’

‘’Don’t leave us.’’

‘’I’m so sorry sayang.’’ Daiyan bangun dan melepaskan pelukan Naira. Amzar juga sudah berdiri tepat dibelakang Naira.

‘’Saya tunggu awak dan Naira di Malaysia.’’ Hanya itu yang mampu Daiyan ucapkan kepada Amzar. Sampai bila Amzar nak marah dan mogok tak nak balik Malaysia? Kalau Amzar mampu maafkan orang tuanya dan lupakan kisah lalu pasti mereka boleh balik bersama-sama.

Daiyan berjalan terus tanpa menoleh ke belakang lagi. Daiyan dengar Naira memangis memanggilnya tetapi ditabahkan juga hatinya supaya dia tidak menoleh ke belakang. Tempat ini tidak sesuai untuk dirinya, dia ada keluarga yang lebih memerlukannya di Malaysia.
           
            ‘Nara, please pujuk daddy supaya dia lembut hati dan balik ke Malaysia.’ 



p/s: Prolog ni wewrite version. Kalau ada yang tak match dengan cerita yang sekarang ni, faham-faham je lah. 

Monday 9 March 2015

Miss CEO jatuh cinta bab 8


Bab 8 





‘’You! Berangan.’’

Saif mengetuk meja agar Daiyan Humaira tahu akan kehadirannya. Sudah setengah jam dia masuk ke dalam bilik miss CEO ini tapi tuan punya badan elok sahaja panggung dagu atas meja. Agaknya kalau orang masuk bilik dia nak merompak pun dia tak sedar.

‘’Sorry saif, ehhh bila you masuk ni?’’

‘’Bila I masuk? Soalan jenis apa ni? I dah setengah jam tau duduk memerhatikan you dalam bilik ni. Dah pukul 6 dah miss Daiyan ooii. Bila nak balik?’’

‘’Pukul 6? Really? Serious I tak perasan. You kenapa tak balik lagi ni?’’

Dalam gelabah, sempat Daiyan menarik telefon bimbitnya. Yalah, dah pukul enam petang. Macam mana dia boleh tak perasan langsung?

‘’I nak balik macam mana? You pun tak balik lagi. Kalau I ni perempuan dan you tu lelaki. I memang tinggal je you, tapi sekarang ni? Yang menawan cantik dan menarik tu boss I.’’

‘’You puji I ke ni? Alamak! I tak ada duit kecik lah nak bagi dekat you. Nanti gaji I bagi lebih eak?’’  Daiyan senyum tawar. Bergurau pun nak tak nak sahaja.

‘’Tak ada duit kecik? Tak apa, I terima cek.’’

Riang Saif ketawa, sengaja. Sejak kebelakangan ini dia nampak Daiyan Humaira seperti terganggu dengan urusan  luar. Masuk kerja pun lemah sahaja. Biasanya dia yang paling bersemangat.

‘’Amboi demand. Dah, dah you boleh kemas-kemas. Sepuluh minit lagi kita turun. Tunggu I tau.’’

‘’Okay.. Okay.. Tapi Daiyan…’’

Saif masih tak bergerak seperti ada sesuatu yang  ingin dia katakan. Biasanya, kalau orang lain boss suruh balik, terus pergi siap-siap sebab takut boss ubah fikiran. Saif ni memang boleh dikategorikan sebagai pekerja yang misali lah.

‘’What?’’

‘’You ada problem ke?’’ Saif bertanya tanpa teragak-agak. Nampak sangat yang Daiyan ada masalah. Kalau tidak, dia tak macam ni.  

‘’I ni nampak macam orang yang tengah ada masalah ke?’’ Daiyan bertanya kepada Saif sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah diri sendiri.

‘’Yes. Too obvious.  Lagi satu, dah berapa hari you tak balik rumah? Why?’’

‘’Wowww sampai benda ni pun you tahu? Impressive.’’ Daiyan tak terkejut pun kalau Saif dapat tahu perkara ni. Saif kan orang kepercayaan ayah. Mesti ayah suruh Saif tengok-tengokkan dia.

‘’Come on Daiyan. You tahu kan you boleh harapkan I? You boleh share apa sahaja dengan I. Takkan you nak pendam masalah you tu sorang-sorang? Bila pekerja lain tengok boss dia tak semangat, you ingat dia orang ada semangat ke nak bekerja? Boss pula layu je dalam bilik. Appointment you semua you batalkan. Nasib baik Ayyaz ada untuk gantikan tempat you. ’’  

Daiyan meraup wajahnya. Memang sejak dua tiga hari ini dia sangat terganggu. Dua tiga hari? Lebih tepatnya apabila pengkahabaran tentang ‘dia’ yang dibawakan oleh Yasmeen membuatkan Daiyan sangat terganggu.

‘’I tak tahu nak cakap apa Saif.’’ Daiyan hanya mampu memandang Saif yang masih duduk di sofa yang disediakan di dalam biliknya. Tak tahu lah apa tanggapan Saif tentang dirinya.

‘’Okay. Jangan pening-pening. Get ready, ambil apa yang patut. Jom pergi somewhere. I think, you need someone to talk to.’’



****



‘’Daiyan? Jangan cakap dengan I you berangan lagi.’’ Saif mencuit tangan Daiyan yang berada di atas meja.

‘’No. I tak berangan. I just think.’’

‘’Thinking of what?’’

‘’Lately ni I rasa hidup I huru-hara. Macam-macam jadi.’’

Daiyan mengeluh perlahan. Alang-alang Saif dah menawarkan diri untuk jadi pendengar. Cerita sahajalah. Mana tahu dia boleh membantu ke, paling tidak pun kekusutan yang ada dalam kepalanya berkurang selepas dia  meluahkannya kepada Saif.

‘’Macam-macam jadi?’’ Saif mengerutkan keningnya.

‘’Hmmm mula-mula ada orang ugut I. Dia hantar gambar I kena simbah air dengan girlfriend Ayyaz masa kita orang tengah meeting. Then dia suruh I jauhkan diri daripada Nadhif. You rasa benda ni masuk akal ke?’’

Daiyan berjeda seketika untuk melihatkan reaksi Saif. Dan seperti yang dijangka, Saif nampak terkejut dengan apa yang dikhabarkannya tadi.  

‘’Lepastu I ada terserempak dengan seorang lelaki ni dekat tandas awam. Waktu tu I keluar dengan Dani. Yang I peliknya dia boleh tahu nama I. Mula-mula I memang buat tak tahu tapi bila I fikir-fikir balik. Macam mana dia boleh ada dekat tempat yang I ada dan macam mana dia boleh tahu nama I’’

‘’Then nenda, nenda pula jodohkan I dengan entah sesiapa yang I tak kenal. Bila Nadhif dapat tahu dia mengamuk lepas tu kami bergaduh. Fattah, Fattah pula berusaha pikat I daripada nenda. Semua pasal I dia tahu, dia hantar tulip hari-hari. Tak masuk lagi call dengan text dia. But I’m chill setakat dia orang I tak kisah sangat walaupun I macam hilang kawan baik.’’

Daiyan menjulingkan matanya ke atas.

 ‘’I tak rasa benda tu buat I stress lagi tapi beberapa hari lepas when I met my girlfriend. Dia bagitahu I yang seseorang yang I memang nak jumpa sangat dah balik Malaysia.’’

‘’So what’s the problem? You nak jumpa dia kan? Kenapa you stress?’’

‘’I ada anak dengan dia…’’

‘’What?’’ terjerit Saif dekat situ mendengar apa yang dikatakan Daiyan. Dia ingat restoran ni abah punya ke sampai boleh menjerit sesuka hati dia.

‘’Ishhh apa you ni. I tak habis cakap lagi lah.’’ marah Daiyan. Orang tak habis cakap lagi yang dia dok menjerit kenapa? Memang lah kalau orang lain dengar yang dia ada anak pun orang lain akan menjerit juga tapi orang tak habis cerita lagi kot. Patutnya dengar lah dulu.

‘’You pun janganlah buat lawak dekat sini. Tak lawak okay.’’ Saif memandang Daiyan dari atas ke bawah. Takkan Daiyan dah pernah beranak?

‘’Dengar lah dulu. You ingat I ni apa?’’ Daiyan menjengilkan matanya kepada Saif. Geram pun ada. Rasa nak sepak-sepak je Saif ni.

‘’I kenal dia since hari pertama I jejak US. Dia sangat baik, dia faham I. dia tolong I, dia jaga I masa I sakit. Masa tu dia dah final year. Dia duduk sana dengan kakak dan abang ipar dia  tapi dia tak adalah duduk serumah dengan kakak dan abang dia. Tapi dia ada lah family dia dekat sana.’’

Jeda.

‘’Masa I second year dekat sana, satu hari diaorang pergi holiday dekat LA. Tapi masa dekat sana dia orang accident. It was a tragic day for him. Dia hilang abang ipar dia. Masa tu kakak dia tengah mengandung 8 bulan tapi kakak dia selamat. Dia bawa kakak dia balik Boston sebab dekat dengan rumah, then kami pun senang nak jaga kakak dia.’’

Daiyan menghembus nafas kasar. Perlahan-lahan air matanya mengalir. Pedih mengingatkan kisah lalu.

‘’Tapi because of complication kakak dia kena juga melahirkan kalau tak anak dia takkan selamat tapi sayangnya semasa melahirkan anak dia selamat. Kakak dia yang tak selamat. Yang ada masa tu I dengan dia. Kakak dia minta I dengan dia jadi ibu dan ayah untuk anak dia.’’

Saif hanya diam dan mendengar. Dia tak dapat merasakan bertapa peritnya perkara yang Daiyan lalui tapi dia boleh agak perkara ini berat untuk Daiyan lebih-lebih lagi apabila dia melihat seorang Daiyan mengalirkan air mata. CEO TDA Holding yang selama ini sentiasa tetap pendirian, yang tegas membuat keputusan mengalirkan air mata. Daiyan juga manusia biasa.

‘’Daiyan.. Kalau you rasa susah. You tak payah lah cerita.’’ ujar Saif dengan nada serba salah. Serba salah kerana menyebabkan Daiyan mengimbau masa lalunya.

‘’No. its okay. i nak you tahu. At the beginning it was hard for us to be mommy and daddy without guide. Hanya kami berdua dan langsung tak ada pengalaman. Tak ada perasaan excited langsung masa tu dan kami terima pemergian kakak dia dengan perasaan yang tak tahu macam mana nak zahirkan sebab kami hilang keduanya dalam satu masa, yang berbeza hanya beberapa hari sahaja.’’

‘’I ada suruh dia balik sebab masa tu dia dah kerja so anytime dia boleh balik Malaysia kalau dia nak. Tapi dia cerita dekat I yang dia ada masalah dengan family dia sebenarnya. Mama dengan papa dia tak terima perkahwinan kakak dia dan dia pula, selagi mama dan papa dia tak terima Naira sebagai cucu mereka dia tak nak balik sini untuk jumpa dengan family dia.’’

‘’Then on that day, the day we lost kak Alya. I promised to him untuk besarkan Naira bersama-sama dengan dia. Well, selepas haritu hidup kita orang memang agak huru-hara. Yelah kena besarkan baby. I dengan study I, dia dengan kerja dia. But thank god our friends yang dekat dengan kita orang tolong kita orang jaga Naira.’’

‘’Tapi bila I tamat belajar of course I kena balik. I tak boleh nak kata tidak pada ayah bila ayah suruh I balik sebab I tahu I ada tanggungjawab dengan family. I dah tak boleh harapkan kakak untuk handle syarikat. So I memang tak ada pilihan. I kena juga balik. I pujuk dia supaya dia balik juga dengan I tapi I tak tahu kenapa masa tu hati dia keras sangat. Dia langsung tak nak dengar cakap I.’’

‘’Then I broke my promise. I tak boleh besarkan Naira sama-sama dengan dia kalau dia dekat sana dan I dekat sini. Bulan pertama I tinggalkan dia orang, Naira’s condition was so bad. Yasmeen bagitahu I yang Naira demam, tak nak makan and she kept calling my name.’’

‘’I dekat sini memang tak boleh buat apa-apa selain call him but I don’t know why he won’t allow me to talk with Naira. Kalau I nak cakap dengan Naira pun, Yasmeen kena senyap-senyap ambil Naira baru I boleh bercakap dengan Naira. I tak tahu apa salah I. Even I am not Naira’s biological mother but the bonding was strong. I dapat rasa bila Naira sakit. Bila Naira perlukan I. Bila Naira rindukan I tapi kenapa dia tak nak faham I? kalau selama ni dia layan I teruk I tak marah dia buat I macam tu tapi dia buat seolah-olah yang I salah bila I tinggalkan dia.’’

‘’Sebulan je I dapat contact dengan Naira lepas tu I tak tahu apa yang jadi pada Naira. Yasmeen langsung tak dibenarkan jumpa Naira. I pula dah start kerja. And you know how busy I am bila I dah start holding ayah’s post right?’’

Daiyan masih lagi menangis. Rindunya pada Naira membuatkan perasaannya huru hara lebih-lebih lagi apabila dia mengatahui yang mereka sudah berada di Malaysia.

‘’I miss her Saif. I really miss her. Tapi I tak tahu dekat mana I boleh cari dia. I nak jumpa Naira. I nak jumpa anak I. Tapi dia balik sini pun dia tak bagitahu I. Dia lupa ke tiga tahun I dengan dia sama-sama besar kan Naira?’’  

Saif hanya memandang Daiyan yang masih lagi menangis sambil memikirkan apa yang harus dia lakukan untuk membantu Daiyan. Dia memang harus membantu Daiyan kalau tak makin lama lah dia melihat Daiyan bersedih. Siapa yang nak buat kerja yang bertimbun-timbun tu? Dia hanya setiausaha sahaja.

‘’You tak suruh orang cari dia?’’

Saif tahu Daiyan mempunyai penyiasat tersendiri tapi kalau dah nama pun orang tengah buntu, benda simple pun dia tak boleh fikir.

Daiyan hanya menggelengkan kepalanya.

‘’You mesti ada gambar dia kan? You whatsapp gambar dia pada I then I’ll settle this for you but give me some times. Can you?’’

‘’Okay. Thank you Saif. But please jangan bagitahu ayah pasal ni. Nadhif pun. Only you, Dani and Yasmeen yang tahu pasal ni.’’

‘’Okay. You don’t have to worry. Jom balik, dah maghrib dah ni.’’


love notes// finding any typo and grammar mistakes? sorry. 

Thursday 19 February 2015

Miss CEO jatuh cinta bab 7

Bab 7 




the last tulip 



Petang itu, keluar sahaja dari banggunan TDA Holding menuju ke tempat parkir kereta khas vvip, kaki Daiyan Humaira tiba-tiba terpaku seketika apabila melihat sebuah Audi A6 diletakkan melintang menghadang Maserati GranTurismo miliknya.  Manakala pemandunya pula sedang bersandar di pintu bahagian pemandu dengan sebelah tangan memeluk tubuh dan sebelah lagi memusing-musingkan bingkai kaca mata Giorgio Armani berwarna perang menggunakan jarinya.

Tanpa memperdulikan lelaki itu, Daiyan Humaira terus berjalan ke keretanya. Lantak lah apa nak jadi pun. Kalau lelaki itu tak mengalihkan keretanya jangan marah kalau ada kereta yang masuk hospital kejap lagi. Masa tu jangan berani-berani lah nak mintak ganti rugi.

Masuk sahaja di dalam kereta tanpa sempat mengunci pintu keretanya, pintu di bahagian penumpang di buka.

Muka menyampah dilemparkan. Matanya disorot tajam  ke arah lelaki disebelahnya. Ohhh guess who? Its Nadhif Hilman.

‘’Nak apa ni?’’ tanya Daiyan Humaira dengan  nada kasar atau menyampah lebih tepatnya lagi.

‘’Please Daiyan jangan buat aku macam ni.’’ Suara Nadhif Hilman kedengaran separuh merayu.

‘’Siapa yang buat siapa sekarang ni?’’ kalau tadi suara Nadhif Hilman separuh merayu, ini pula suara Daiyan Humaira separuh menjerit.

‘’Okay, aku tahu aku salah. Aku ikutkan sangat perasaan marah aku tu, aku tak sensitive dengan perasaan kau tapi dengar lah penjelasan aku dulu.’’ Ujar Nadhif Hilman sambil menarik kedua-dua belah tangan Daiyan Humaira.

‘’Nak dengar apa lagi? Nak dengar kau marah-marah aku? Macam tu?’’ kedua-dua tangannya yang berada didalam genggaman Nadhif Hilman  ditarik kasar. Mukanya dipalingkan ke hadapan. Tak sudi untuk memandang wajah kacak Nadhif Hilman.

‘’Daiyan please.’’ Nadhif Hilman menyentuh perlahan dagu Daiyan Humaira kemudian memalingkan wajah Daiyan Humaira supaya memandangnya.

‘’I’m sorry okay? Aku tak boleh kalau kita macam ni. Jangan seksa aku.  I miss you so much.’’
Daiyan Humaira tersenyum sinis. Masa sakitkan hati orang tak fikir. Lepas tu merayu-rayu suruh maaf dia diterima. Masa dia marah-marah, orang mintak maaf bukan main memetir lagi suara dia. Sekarang ni nak suruh orang bagi peluang pada dia dengan sangat mudah? Hello! Daiyan Humaira pun ada ego dia juga okay.

Tabahkan hati Daiyan, jangan layan sangat ayat-ayat manis dia ni. Kencing manis nanti. Ajar sikit biar dia tahu hargai orang lain. Biar ini jadi peringatan yang pertama dan  terakhir untuk dia.

‘’Keluar Nadhif!’’ Daiyan mula memetir. What you give you get back lah! Kawan baik tak kawan baik. Sahabat ke apa belakang cerita, sakit hati  kena dilayan dulu.

‘’Daiyan.’’ Hampir sahaja Nadhif Hilman memeluk Daiyan Humaira namun cepat sahaja Daiyan Humaira mengelak dan terus keluar dari keretanya kemudian membuka pintu kereta sebelah penumpang dari luar.

‘’Go!’’ ujar Daiyan tanpa memandang wajah Nadhif Hilman.

‘’How could you do this to me Daiyan Humaira?’’ Nadhif Hilman memandang Daiyan Humaira dengan riak tidak percaya.

‘’Daiyan tak pernah nak buat Nadhif macam ni tapi sakit hati ni yang buat Nadhif macam ni. Baliklah Nadhif Hilman, tak ada apa yang nak dibincangkan. Biarkan aku tenang sendiri.  Aku akan cari kau nanti.’’

Nadhif Hilman berdiri berhadapan dengan Daiyan Humaira. Anak matanya tunak memandang mata Daiyan Humaira. Nak biarkan Daiyan Humaira sejuk sendiri? Susah! 

Semasa Nadhif Hilman terserempak dengan Daiyan dan Fattah tengah hari tadi, mata Daiyan punyalah menjeling tajam bagi isyarat lain macam. Sebelum putus sahabat baiklah dia datang memujuk dulu. Daiyan Humaira bukan kira, kawan ke boyfriend ke kalau dah marah bukan nak ingat dunia. Orang yang merajuk dengan dia tapi orang yang kena pujuk dia balik.

‘’Tak! Aku tak nak. Kita settle kan semua ni hari ni. Sekarang!  Aku tak nak kau cari aku bila kau dah okay. I’m sorry Daiyan. Aku janji dengan kau, aku akan tolong kau cari siapa yang punya angkara yang kacau kau.’’

‘’Enough Nadhif. Balik! Aku tak perlukan pertolongan kau.’’ Daiyan terus menutup pintu keretanya dan bergerak ke arah pintu bahagian pemandu.

‘’Daiyan!’’ panggil Nadhif Hilman lagi.

‘’Just go.’’

‘’Tapi aku tak boleh kalau kita macam ni.’’

‘’Go Nadhif!’’

‘’Daiyan please.’’ Nadhif Hilman cuba untuk merayu lagi.

‘’Move your car please. Aku tak nak bayar kalau jadi apa-apa nanti.’’ Daiyan Humaira masuk ke dalam kereta dan menutup pintu keretanya dengan kasar. Enjin keretanya pula terus dihidupkan.

Nadhif Hilman pula tanpa pilihan terus masuk ke dalam kereta dan mengalihkan keretanya. Nak buat apa lagi? Daiyan dah berangin semacam dah tu. Biarkan sahajalah dulu. Nak dipujuk pun bukan makan dengan pujukan dah gayanya. Cara lain? Nanti  sahajalah  dia fikirkan.



*****


‘’Yasmennnnnnn!!!!’’  jeritan yang tadinya ditujukan kepada Nadhif Hilman kemudian menular kepada sahabatnya.

‘’Apa? Woiii agak-agak sikit nak menjerit. Aku tak nak dapat gelaran muka lawa tapi pekak.’’  Sinis balasan dari Yasmeen yang berada dihujung talian.

Siapa Yasmeen? Dia adalah satu-satunya sahabat perempuan Daiyan Humaira yang akan ada tak kiralah saat genting macam mana pun. Kenapa dia tak muncul lagi dari awal cerita? Sebab masa awal-awal cerita dia dekat oversea. Hahahaha okay spoil mood sangat. Jangan ingat Daiyan  Humaira hanya berkawan dengan lelaki sahaja ya, dia ada kawan perempuan juga.

Yasmeen adalah seorang yang sangat spontan, tak gedik langsung okay! Kata-kata dia agak sinis. Untuk manusia-manusia yang mudah rapuh, yang kuat sentap jangan nak beranganlah boleh duduk minum espresso satu meja dengan dia. Kalau dia rasa nak kutuk, dia ketuk je depan-depan.

Ohhh yaa, Yasmeen ni dalam kategori kawan Daiyan sewaktu Daiyan belajar di luar negara. Campur tolak darab bahagi, sudah tujuh tahun mereka berkawan. Dan masing-masing mestilah tahu perangai masing-masing. Daiyan pula bukan jenis cepat sentap kecuali kalau dia dah sakit hati sangat. Contohnya macam dengan Nadhif Hilman.  

‘’Aku nak jumpa kau lah.’’

‘’Nak jumpa aku? Mimpi apa ni? Ke kau ada masalah. Hishhh ni mesti ada yang tak kena, kalau tak jangan harap kau nak cari aku. Aku ni stok-stok muka lepas perasaan sahaja. Tapi mana kau tahu aku dah balik?’’ Balas Yasmeen lagi. Tak habis-habis nak menyembur orang. Kalau boleh keluar api dari mulut dia, alamatnya ramailah yang dah rentung.

‘’Aku tahu lah! kau kan kawan aku. Ehhh aku nak jumpa kau pun dah cukup baik tau. Mulut kau tu cubalah filter sikit Meen. Sakit hati aku tau tak?’’

‘’Arghhhhh ada aku kisah? Aku tak kisah langsung dengan sakit hati kau tu. Nak jumpa dekat mana?’’

See? Kan dah cakap dah! Mulut berbisa tapi jangan risau. Hati dia baik.  Tapi betul lah Yasmeen dah balik. Tadi tu, Daiyan main acah-acah je kata nak jumpa.

‘’Hmmm tonight? Tempat biasa?’’

‘’Okay then. Cun! See ya!’’



****



Menjejak sahaja ke tingkat 33 Trader Hotel Daiyan Humaira melilaukan pandangannya untuk mencari Yasmeen. Kelihatan Yasmeen melambaikan  tangannya kepada Daiyan Humaira di suatu sudut. Agak dah dekat situ! Memang port favourite dia, kalau datang sini memang ceruk inilah yang dijejak oleh Yasmeen.

‘’Yasmeen! oh my god I miss you so much’’  

‘’Heyy! Aku tak rindu kau lah. ishhh apa ni!’’ Yasmeen berlagak selamba seraya menepis tangan Daiyan Humaira yang didepangkan untuk memeluk dirinya. Sengaja berbuat demikian. Gila ke apa tak rindu minah seorang ni? Lama sangat dah  mereka tak jumpa.

‘’Fine!’’ sentap Daiyan dengan memasamkan muka dan menghentakkan kakinya.

‘’Elelelehh macam budak-budak. Yelah yelah, aku rindu kau. come! Come!’’Yasmeen mendepangkan tangannya sambil berjalan ke arah Daiyan Humaira seraya memeluk gadis itu.  Rindu nak tengok mucung itik Daiyan Humaira, sudah hampir lapan bulan tak nampak.

‘’Ehhh bila kau touch down Kuala Lumpur ni? Tak bagitahu pun nak balik. Tiba-tiba je call.’’

‘’Almost one week. Saja je nak buat surprise dekat kau. terkejut tak?’’

‘’Ohh terkejut sangat. Dah nak seminggu jejak Malaysia baru harini kau cari aku?’’

‘’Yalah. Kau bukan penting untuk aku pun. Mestilah aku cari mommy daddy aku dulu. Boyfried aku then baru lah aku cari kau.’’

‘’Biadap punya member.’’ Daiyan Humaira memberikan jelingan tajam kepada Yasmeen dan tidak lama kemudian mereka ketawa bersama-sama bagai tiada manusia lain di sekeliling mereka. Bukan perkara pelik, memang macam ni lah perangai perempuan bila sudah lama tidak berjumpa.

‘’Excuse me . Order please.’’

Yasmeen dan Daiyan terdiam seketika apabila seorang lelaki berkemeja kemas bersama bow tie datang kepada mereka untuk mengambil pesanan. Hisshhh jatuh saham anak dara terjerit-jerit macam  ni.

‘’Eheeemm ehemmm.’’

‘’I want Malborough Sauvignon Blanc, salmon teriyaki, Fight Night Quesadillas with Vegetables, Knock Out Nachos with Chilli Beef and Signature Spicy Buffalo Wings. Thank you.’’

‘’Mata D’ore mocktail just that.’’
Selesai membuat pesanan mata Yasmeen tunak memandang Daiyan.

‘’What?’’

‘’Selalunya kalau kau datang sini kita order air yang sama. Sejak bila selera kau berubah ni?’’

‘’Sejak balik Malaysia maybe. Aku dah lama tak sentuh air haram tu lah.’’

Daiyan Humaira ‘minum’? Ya, bermula dia menjejakkan kaki di US. Datang ke sana bukan sahaja untuk belajar tapi juga untuk bergembira. Jika stress study, air kencing setan itulah yang diteguknya tapi dia tak pernah kisah sebab di sana ada ‘seseorang’ yang sentiasa menjaga dia, bawa dia pulang ke rumah bila dia dah tak larat nak berjalan. Kadang-kadang ‘orang’ itu jugalah yang akan mengelap muntah  dia.

Dekat sana mana ada Nadhif Hilman yang nak mengawal dia bila dia keluar, balik pukul berapa, pergi ke mana. Di sana dia bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa kawalan. Nenda, ayahanda dan bonda? Kirim salam! Sebab awal-awal lagi Daiyan Humaira letakkan syarat untuk mereka tidak menjejakkan kaki ke US sepanjang Daiyan berada disana. Kalau dia rindu, pandailah dia nak balik sendiri. Dani? Dengan Dani dia tak payah nak berlakon sangat, Budak tu bukan beriman sangat pun, sekepala juga dengan Daiyan Humaira. Nama sahaja duduk dengan keluarga tapi penyiasat ayah pun boleh jadi sekutu dia.

Nadhif Hilman pula mana tahu perangai sebenar Daiyan Humaira di US nun. Yang dia tahu kalau dia datang dia nampak Daiyan sibuk belajar sampai kadang-kadang  nak curi masa untuk dia pun tak sempat. Daiyan Humaira mana pernah ‘minum’ depan Nadhif. Setakat pergi kelab cuci mata, menari tu biasalah. Dan sejak Daiyan balik Malaysia memang Daiyan tak sentuh lah minuman-minuman haram tu. Rasa macam zaman nak bergembira tu dah berakhir. Sekarang kena fokus pada kerjaya, bukan zaman nak layan angin tak betul dekat kepala.

‘’Woi!!! Berangan ! Body guard kau tahu tak kau keluar dengan aku ni?’’

Daiyan menjeling tajam ke arah Yasmeen. Hishhh minah ni nak suruh member jalan cepat ke apa?

‘’Aku gaduh dengan dia.’’

‘’Sejak bila kau pandai bergaduh dengan dia?’’ Yasmeen menjongketkan keningnya seolah-oleh tidak percaya. Nadhif dengan Daiyan bergaduh?  Satu perkembangan baru ni.

‘’Sejak nenda buat hal. Kau tahu tak? Sepanjang aku balik Malaysia nenda  tak putus-putus bawa calon pilihan dia untuk dijodohkan dengan aku.’’

‘’Nenda kau ingat ini abad ke berapa? Dah 2015 okay. Mana relevan lagi main paksa-paksa kahwin lagi. Dulu boleh lah nak jodoh-jodoh tapi sekarang? Hell no lah!’’ Yasmeen dah mula menarik bantal dan bersila di atas cabana seat yang mereka duduki. Antara salah satu sebab mengapa mereka menjadikan skybar sebagai pilihan ketika mereka berjumpa adalah kerana mudah untuk mereka ber ‘pillow talk’ dan boleh buat macam rumah sendiri tapi apa-apa pun dalam keadaan terkawal lagilah.  

‘’Aku ikut kan je tapi  calon yang paling latest yang datang jumpa aku ni lain macam sikit. Romeo kelas pertama.’’

‘’Handsome tak?’’ Yasmeen menunjukkan muka terujanya, dah ada boyfriend bukan bermakna tak boleh nak cuci mata lagi kan? Kalau for fun rasanya boleh je lagi. Lagipun ‘menjadi’ boyfriend bukan tiket untuk si lelaki control hidup perempuan, nak main control-control ajak kahwin lahhhh. Jangan pula jadi macam Daiyan, kata tak ada hubungan langsung dengan Nadhif Hilman tapi nak keluar melepak dengan member pun kena buat report, baik kahwin je. sah-sah lah Nadhif tahu Daiyan kemana nanti.

‘’Not bad. Kau kena tengok sendiri lah kot.’’

Antara Daiyan dan Yasmeen ni, hanya mereka sahaja yang memahami pengelasan playboy yang mereka buat. kelas pertama bermakna bermulut gula buah-buahan, handsome dan menggoda perempuan sehingga kebilik tidur. Mana Daiyan Humaira tahu perangai Fattah Aizudin begitu? Adalah report yang sampai kepadanya, nak berkawan dengan lelaki bukan boleh berkawan bodoh-bodoh je, yang penting tahu berapa kaya, dan perngai macam mana. Kekayaan memang positif tapi part perangai, nak buat suami memang ragu-ragu lah.

‘’Woww mesti hot kan?’’

Daiyan Humaira hanya menjongketkan bahu. Hot? Memang hot. Senyum je dah boleh buat orang jatuh hati. Belum lagi buka mulut.

‘’Bila kau nak kenalkan pada aku?’’

‘’Eh eh ada hati lagi nak kenal dengan lelaki lain! Beringat sikit dekat boyfriend  kau  tu.’’

‘’Baru boyfriend. Lagipun boyfriend aku, boleh jadi ex aku dan ex aku boleh jadi boyfriend kawan baik aku.’’ Yasmeen mengenyitkan matanya kepada Daiyan Humaira. Nak tengok boyfriend dia bercinta dengan Daiyan? No no no! boleh cetuskan kes pembunuhan ni.

‘’Kau sanggup?’’ Daiyan Humaira tersenyum sinis. Macam lah Daiyan tak kenal Yasmeen macam mana orangnya. Kalau tak, tak ada lah masa dekat US dulu mereka dengan teman serumah mereka putus sahabat. Semuanya kerana teman serumah mereka itu terkantoi bercinta dengan teman lelaki Yasmeen. Hampir sahaja perang dunia ke tiga tercetus.

‘’Of course not! Cukuplah dengan kisah lama kita, kalau boleh aku tak nak benda tu berulang lagi. Ehhh kau tahu yang ‘dia’ dah balik Malaysia?’’

Yasmeen sengaja mengalihkan topik agar kisah dirinya dulu tidak menjadi perbualan mereka. Tetapi tiba-tiba  sahaja dia teringatkan seorang lelaki yang pernah ada dalam masa lalu dia dan Daiyan Humaira. Sudah hampir lima bulan rasanya lelaki itu menjejakkan kaki di bumi Malaysia dan baru hari ini dia  tergerak hati untuk memberi tahu Daiyan Humaira.

‘’Dia?’’  




nota najaa// maaf lah atas kehambaran bab ni *ajet ada orang nak baca* hahahaha. idea kering kontang. almaklumlah tak keluar rumah langsung. otak tak berkembang. nak improve cara penulisan pun macam tak tahu nak start dari mana. drop your komen okay? hihihi