Monday 9 March 2015

Miss CEO jatuh cinta bab 8


Bab 8 





‘’You! Berangan.’’

Saif mengetuk meja agar Daiyan Humaira tahu akan kehadirannya. Sudah setengah jam dia masuk ke dalam bilik miss CEO ini tapi tuan punya badan elok sahaja panggung dagu atas meja. Agaknya kalau orang masuk bilik dia nak merompak pun dia tak sedar.

‘’Sorry saif, ehhh bila you masuk ni?’’

‘’Bila I masuk? Soalan jenis apa ni? I dah setengah jam tau duduk memerhatikan you dalam bilik ni. Dah pukul 6 dah miss Daiyan ooii. Bila nak balik?’’

‘’Pukul 6? Really? Serious I tak perasan. You kenapa tak balik lagi ni?’’

Dalam gelabah, sempat Daiyan menarik telefon bimbitnya. Yalah, dah pukul enam petang. Macam mana dia boleh tak perasan langsung?

‘’I nak balik macam mana? You pun tak balik lagi. Kalau I ni perempuan dan you tu lelaki. I memang tinggal je you, tapi sekarang ni? Yang menawan cantik dan menarik tu boss I.’’

‘’You puji I ke ni? Alamak! I tak ada duit kecik lah nak bagi dekat you. Nanti gaji I bagi lebih eak?’’  Daiyan senyum tawar. Bergurau pun nak tak nak sahaja.

‘’Tak ada duit kecik? Tak apa, I terima cek.’’

Riang Saif ketawa, sengaja. Sejak kebelakangan ini dia nampak Daiyan Humaira seperti terganggu dengan urusan  luar. Masuk kerja pun lemah sahaja. Biasanya dia yang paling bersemangat.

‘’Amboi demand. Dah, dah you boleh kemas-kemas. Sepuluh minit lagi kita turun. Tunggu I tau.’’

‘’Okay.. Okay.. Tapi Daiyan…’’

Saif masih tak bergerak seperti ada sesuatu yang  ingin dia katakan. Biasanya, kalau orang lain boss suruh balik, terus pergi siap-siap sebab takut boss ubah fikiran. Saif ni memang boleh dikategorikan sebagai pekerja yang misali lah.

‘’What?’’

‘’You ada problem ke?’’ Saif bertanya tanpa teragak-agak. Nampak sangat yang Daiyan ada masalah. Kalau tidak, dia tak macam ni.  

‘’I ni nampak macam orang yang tengah ada masalah ke?’’ Daiyan bertanya kepada Saif sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah diri sendiri.

‘’Yes. Too obvious.  Lagi satu, dah berapa hari you tak balik rumah? Why?’’

‘’Wowww sampai benda ni pun you tahu? Impressive.’’ Daiyan tak terkejut pun kalau Saif dapat tahu perkara ni. Saif kan orang kepercayaan ayah. Mesti ayah suruh Saif tengok-tengokkan dia.

‘’Come on Daiyan. You tahu kan you boleh harapkan I? You boleh share apa sahaja dengan I. Takkan you nak pendam masalah you tu sorang-sorang? Bila pekerja lain tengok boss dia tak semangat, you ingat dia orang ada semangat ke nak bekerja? Boss pula layu je dalam bilik. Appointment you semua you batalkan. Nasib baik Ayyaz ada untuk gantikan tempat you. ’’  

Daiyan meraup wajahnya. Memang sejak dua tiga hari ini dia sangat terganggu. Dua tiga hari? Lebih tepatnya apabila pengkahabaran tentang ‘dia’ yang dibawakan oleh Yasmeen membuatkan Daiyan sangat terganggu.

‘’I tak tahu nak cakap apa Saif.’’ Daiyan hanya mampu memandang Saif yang masih duduk di sofa yang disediakan di dalam biliknya. Tak tahu lah apa tanggapan Saif tentang dirinya.

‘’Okay. Jangan pening-pening. Get ready, ambil apa yang patut. Jom pergi somewhere. I think, you need someone to talk to.’’



****



‘’Daiyan? Jangan cakap dengan I you berangan lagi.’’ Saif mencuit tangan Daiyan yang berada di atas meja.

‘’No. I tak berangan. I just think.’’

‘’Thinking of what?’’

‘’Lately ni I rasa hidup I huru-hara. Macam-macam jadi.’’

Daiyan mengeluh perlahan. Alang-alang Saif dah menawarkan diri untuk jadi pendengar. Cerita sahajalah. Mana tahu dia boleh membantu ke, paling tidak pun kekusutan yang ada dalam kepalanya berkurang selepas dia  meluahkannya kepada Saif.

‘’Macam-macam jadi?’’ Saif mengerutkan keningnya.

‘’Hmmm mula-mula ada orang ugut I. Dia hantar gambar I kena simbah air dengan girlfriend Ayyaz masa kita orang tengah meeting. Then dia suruh I jauhkan diri daripada Nadhif. You rasa benda ni masuk akal ke?’’

Daiyan berjeda seketika untuk melihatkan reaksi Saif. Dan seperti yang dijangka, Saif nampak terkejut dengan apa yang dikhabarkannya tadi.  

‘’Lepastu I ada terserempak dengan seorang lelaki ni dekat tandas awam. Waktu tu I keluar dengan Dani. Yang I peliknya dia boleh tahu nama I. Mula-mula I memang buat tak tahu tapi bila I fikir-fikir balik. Macam mana dia boleh ada dekat tempat yang I ada dan macam mana dia boleh tahu nama I’’

‘’Then nenda, nenda pula jodohkan I dengan entah sesiapa yang I tak kenal. Bila Nadhif dapat tahu dia mengamuk lepas tu kami bergaduh. Fattah, Fattah pula berusaha pikat I daripada nenda. Semua pasal I dia tahu, dia hantar tulip hari-hari. Tak masuk lagi call dengan text dia. But I’m chill setakat dia orang I tak kisah sangat walaupun I macam hilang kawan baik.’’

Daiyan menjulingkan matanya ke atas.

 ‘’I tak rasa benda tu buat I stress lagi tapi beberapa hari lepas when I met my girlfriend. Dia bagitahu I yang seseorang yang I memang nak jumpa sangat dah balik Malaysia.’’

‘’So what’s the problem? You nak jumpa dia kan? Kenapa you stress?’’

‘’I ada anak dengan dia…’’

‘’What?’’ terjerit Saif dekat situ mendengar apa yang dikatakan Daiyan. Dia ingat restoran ni abah punya ke sampai boleh menjerit sesuka hati dia.

‘’Ishhh apa you ni. I tak habis cakap lagi lah.’’ marah Daiyan. Orang tak habis cakap lagi yang dia dok menjerit kenapa? Memang lah kalau orang lain dengar yang dia ada anak pun orang lain akan menjerit juga tapi orang tak habis cerita lagi kot. Patutnya dengar lah dulu.

‘’You pun janganlah buat lawak dekat sini. Tak lawak okay.’’ Saif memandang Daiyan dari atas ke bawah. Takkan Daiyan dah pernah beranak?

‘’Dengar lah dulu. You ingat I ni apa?’’ Daiyan menjengilkan matanya kepada Saif. Geram pun ada. Rasa nak sepak-sepak je Saif ni.

‘’I kenal dia since hari pertama I jejak US. Dia sangat baik, dia faham I. dia tolong I, dia jaga I masa I sakit. Masa tu dia dah final year. Dia duduk sana dengan kakak dan abang ipar dia  tapi dia tak adalah duduk serumah dengan kakak dan abang dia. Tapi dia ada lah family dia dekat sana.’’

Jeda.

‘’Masa I second year dekat sana, satu hari diaorang pergi holiday dekat LA. Tapi masa dekat sana dia orang accident. It was a tragic day for him. Dia hilang abang ipar dia. Masa tu kakak dia tengah mengandung 8 bulan tapi kakak dia selamat. Dia bawa kakak dia balik Boston sebab dekat dengan rumah, then kami pun senang nak jaga kakak dia.’’

Daiyan menghembus nafas kasar. Perlahan-lahan air matanya mengalir. Pedih mengingatkan kisah lalu.

‘’Tapi because of complication kakak dia kena juga melahirkan kalau tak anak dia takkan selamat tapi sayangnya semasa melahirkan anak dia selamat. Kakak dia yang tak selamat. Yang ada masa tu I dengan dia. Kakak dia minta I dengan dia jadi ibu dan ayah untuk anak dia.’’

Saif hanya diam dan mendengar. Dia tak dapat merasakan bertapa peritnya perkara yang Daiyan lalui tapi dia boleh agak perkara ini berat untuk Daiyan lebih-lebih lagi apabila dia melihat seorang Daiyan mengalirkan air mata. CEO TDA Holding yang selama ini sentiasa tetap pendirian, yang tegas membuat keputusan mengalirkan air mata. Daiyan juga manusia biasa.

‘’Daiyan.. Kalau you rasa susah. You tak payah lah cerita.’’ ujar Saif dengan nada serba salah. Serba salah kerana menyebabkan Daiyan mengimbau masa lalunya.

‘’No. its okay. i nak you tahu. At the beginning it was hard for us to be mommy and daddy without guide. Hanya kami berdua dan langsung tak ada pengalaman. Tak ada perasaan excited langsung masa tu dan kami terima pemergian kakak dia dengan perasaan yang tak tahu macam mana nak zahirkan sebab kami hilang keduanya dalam satu masa, yang berbeza hanya beberapa hari sahaja.’’

‘’I ada suruh dia balik sebab masa tu dia dah kerja so anytime dia boleh balik Malaysia kalau dia nak. Tapi dia cerita dekat I yang dia ada masalah dengan family dia sebenarnya. Mama dengan papa dia tak terima perkahwinan kakak dia dan dia pula, selagi mama dan papa dia tak terima Naira sebagai cucu mereka dia tak nak balik sini untuk jumpa dengan family dia.’’

‘’Then on that day, the day we lost kak Alya. I promised to him untuk besarkan Naira bersama-sama dengan dia. Well, selepas haritu hidup kita orang memang agak huru-hara. Yelah kena besarkan baby. I dengan study I, dia dengan kerja dia. But thank god our friends yang dekat dengan kita orang tolong kita orang jaga Naira.’’

‘’Tapi bila I tamat belajar of course I kena balik. I tak boleh nak kata tidak pada ayah bila ayah suruh I balik sebab I tahu I ada tanggungjawab dengan family. I dah tak boleh harapkan kakak untuk handle syarikat. So I memang tak ada pilihan. I kena juga balik. I pujuk dia supaya dia balik juga dengan I tapi I tak tahu kenapa masa tu hati dia keras sangat. Dia langsung tak nak dengar cakap I.’’

‘’Then I broke my promise. I tak boleh besarkan Naira sama-sama dengan dia kalau dia dekat sana dan I dekat sini. Bulan pertama I tinggalkan dia orang, Naira’s condition was so bad. Yasmeen bagitahu I yang Naira demam, tak nak makan and she kept calling my name.’’

‘’I dekat sini memang tak boleh buat apa-apa selain call him but I don’t know why he won’t allow me to talk with Naira. Kalau I nak cakap dengan Naira pun, Yasmeen kena senyap-senyap ambil Naira baru I boleh bercakap dengan Naira. I tak tahu apa salah I. Even I am not Naira’s biological mother but the bonding was strong. I dapat rasa bila Naira sakit. Bila Naira perlukan I. Bila Naira rindukan I tapi kenapa dia tak nak faham I? kalau selama ni dia layan I teruk I tak marah dia buat I macam tu tapi dia buat seolah-olah yang I salah bila I tinggalkan dia.’’

‘’Sebulan je I dapat contact dengan Naira lepas tu I tak tahu apa yang jadi pada Naira. Yasmeen langsung tak dibenarkan jumpa Naira. I pula dah start kerja. And you know how busy I am bila I dah start holding ayah’s post right?’’

Daiyan masih lagi menangis. Rindunya pada Naira membuatkan perasaannya huru hara lebih-lebih lagi apabila dia mengatahui yang mereka sudah berada di Malaysia.

‘’I miss her Saif. I really miss her. Tapi I tak tahu dekat mana I boleh cari dia. I nak jumpa Naira. I nak jumpa anak I. Tapi dia balik sini pun dia tak bagitahu I. Dia lupa ke tiga tahun I dengan dia sama-sama besar kan Naira?’’  

Saif hanya memandang Daiyan yang masih lagi menangis sambil memikirkan apa yang harus dia lakukan untuk membantu Daiyan. Dia memang harus membantu Daiyan kalau tak makin lama lah dia melihat Daiyan bersedih. Siapa yang nak buat kerja yang bertimbun-timbun tu? Dia hanya setiausaha sahaja.

‘’You tak suruh orang cari dia?’’

Saif tahu Daiyan mempunyai penyiasat tersendiri tapi kalau dah nama pun orang tengah buntu, benda simple pun dia tak boleh fikir.

Daiyan hanya menggelengkan kepalanya.

‘’You mesti ada gambar dia kan? You whatsapp gambar dia pada I then I’ll settle this for you but give me some times. Can you?’’

‘’Okay. Thank you Saif. But please jangan bagitahu ayah pasal ni. Nadhif pun. Only you, Dani and Yasmeen yang tahu pasal ni.’’

‘’Okay. You don’t have to worry. Jom balik, dah maghrib dah ni.’’


love notes// finding any typo and grammar mistakes? sorry.