‘’Miss Daiyan!’’ panggil salah seorang receptionist
TDA Holding kepada Daiyan Humaira yang sedang leka ber’catwalk’ sewaktu
berjalan dihadapan mereka.
‘’Ya?’’ Daiyan hanya menoleh kemudian membuka kaca
mata hitamnya. Takkan nak masuk pejabat sendiri pun kena tahan?
‘’Ada orang datang hantar sesuatu untuk Miss Daiyan
tadi.’’ Si kecil molek yang menjadi receptionist itu masih tersenyum mesra
terhadap boss nya itu. Tengku Daiyan Humaira, mana pernah tak cantik? Pakai apa
pun cantik. Walaupun ada hari yang dia datang tanpa memakai sebarang alat
solek. Dia tetap indah dipandang .
‘’Apa Tasha?’’ tanya Daiyan Humaira kepada
pekerjanya sambil tersenyum. Jadi boss tak nak lah garang-garang, Nanti bukan
setakat kena kutuk atau kena carut hari-hari. Kerja pun stress sahaja. Tak
kiralah pangkat pekerja bawahan tu macam mana. Walau cleaner sekalipun mereka
masih juga manusia yang ada hati dan perasaan. So, no wonderlah Daiyan Humaira
disayangi pekerja-pekerjanya ya.
‘’Ini’’ sejambak tulip oren dihulurkan kepada Daiyan
Humaira. Pagi-pagi lagi ada encik kacak yang sangat tampan dan menawan serta
mempunyai tubuh yang menggiurkan datang bawak bunga ni. Bila ditanya nak beri
kepada siapa terus dijawab cik CEO TDA Holding. Hancur hati Natasha yang baru
berhajat ingin meggoda. Mana boleh lawan boss.
‘’Siapa bagi?’’ tanya Daiyan sambil perlahan-lahan
mencapai bunga yang dihulurkan gadis didepannya itu. Kalau dia main sambar tak
toleh kiri kanan nanti ada pulak dicop gelojoh. Matanya pula dilirikkan ke arah
bunga yang sudah ada ditangan. Dua belas kuntum semuanya. Simbolik sungguh.
Tulip oren wehhh! Ingat senang ke nak dapatkan?
‘’Entah, tapi orang yang hantar ni cakap Miss Daiyan
ni somenone special dia. Dia tak bagi tahu nama dia pun. Lepas hantar dia terus
pergi.’’
‘’Okay then. Its okay, See ya.’’ Daiyan terus berlalu
dan bergerak ke pejabatnya. Takkan nak menyembang lama-lama pulak pasal siapa
yang bagi bunga ini pada dia. Bukannya tak ada kad yang diselitkan pada bunga ni.
Kakinya dihalakan ke arah lift vvip yang disediakan
di banggunan itu kemudian butang lapan ditekan. Dah nama pun vvip lift kan?
Mesti orang tertentu sahaja boleh guna. Lagipun bukan boleh masuk saja-saja ya.
Ada pas masuk kalau tak tunggu lah sampai esok. Takkan terbuka punya pintu lift
ni.
Okay, berbalik kepada cerita asal kita tadi.
Takkanlah yang hantar bunga ni Nadhif Hilman? Tak pernah pula dia buat kerja gila
sampai hantar bunga. Bukan Nadhif tak tahu yang Daiyan kurang suka pada bunga. Ditekankan
ya, kurang suka bukan tak suka atau benci dan jangan sesekali berfikir yang
Daiyan Humaira akan buang bunga ini dekat tong sampah tepi meja dia macam tu
sahaja. Daiyan Humaira selalu dapat bunga tapi setakat bunga ros yang
berdozen-dozen banyaknya. Setakat bunga ros, ladang ros dekat Cameron Highland
pun dia boleh beli.
Ting! Level 8, you are arrived your destination.
Sampai sahaja dibiliknya. Tubuhnya dihempas diatas
sofa empuk yang diletakkan dibiliknya. Sabar! Sabar! Bagi Daiyan warming up
dulu sebelum mulakan kerja yang bertimbun tu.
Pintu biliknya pula diketuk beberapa kali sebelum
setiausahanya menjengulkan kepalanya selepas mendapat kebenaran untuk masuk kebiliknya.
‘’Ya Saif ada apa?’’
‘’Tanya lagi? I nak bentangkan jadual you macam
biasa lah.’’ jawab encik setiausaha dengan senyuman. Jangan tak tahu ya,
setiausaha Daiyan Humaira ni lelaki dan semsetinya kacak bergaya. Nak dijadikan
hidangan mata seharian kan? Mesti lah cari yang sedap mata memandang.
‘’Okay-okay . carry on.’’
‘’Pukul sepuluh nanti you ada meeting dengan
staff-staff lain untuk follow up projek
Mega Touch tu, then you ada lunch dengan client. Tempat you boleh pilih
sebab client tu kata tak kesah pun dekat mana asalkan dengan you, dan pukul
tiga nanti.. pukul tiga nanti you tak ada apa-apa. ehehehe’’ sempat pula dia
bergurau dengan boss dia. Sengaja nak menguji sebenarnya, bukan dia tak nampak
bunga yang dibawa oleh Daiyan tadi.
‘’Daiyan? Daiyan!’’ Tegur Saif apabila melihat Daiyan yang sedang
mengelamun. Haihhh pagi-pagi isnin dah termenung macam ni. Pagi jumaat nanti
macam mana pulak?
‘’Iya… ya.. apa?’’
‘’You berangan ke?’’
‘’Tak lah. I dengar lah ni.’’
‘’Macam nak terkeluar anak tekak I panggil you. you
cakap you okay? Ada yang tak kena ke ni?’’
‘’Tak adalah. You je yang hiperbola sangat. Biasalah
isnin kan? Monday blues lah.’’
‘’Okay, if you said so. Tapi ingat, kalau you ada
masalah. I sentiasa ada untuk you.’’ Ujar Saif sambil mengenyitkan matanya
kepada Daiyan Humaira dan keluar dari biliknya itu. saja nak menyakat.
Daiyan Humaira pula hanya mengeluh perlahan. Apa
yang dkeluhkan pun tak tahulah. Fokusnya kembali kepada bunga yang tadinya
diletakkan di atas meja.
Kad yang
tadinya terselit didalam jambangan bunga ditarik dan dibaca isinya.
‘Awak mungkin tak suka saya, awak mungkin juga
bencikan saya tapi saya tak akan berhenti buat awak jatuh kepada saya’ – F.A
F.A ? Fattah Aizudin? Aku? Daiyan? Bencikan Fattah
Aizudin? I’ve no reason to do that thing. Dia tak buat salah apa pun. Okay,
mungkin salah sebab dia hadir dalam hidup Daiyan tapi dia cuma diantara lelaki
malang yang dipilih nenda untuk dijadikan suami Daiyan.
Tapi dia guna cara memikat jenis apa ni? Arghhhh ni
mesti nenda punya angkara. Silap-silap semua benda pasal Daiyan Humaira, Fattah
tahu.
Masih tak nak buang lagi ke bunga tu Daiyan?
No!
Tiba-tiba iPhone milik Daiyan Humaira menjerit
memanggil tuannya. Dengan malas Daiyan mencapai dan melihat skrin untuk melihat
gerangan si pemanggil. Private number pulak tu. sudah lah Daiyan fobia dengan
bunyi telefon bimbitnya sejak dia diganggu oleh ‘seseorang yang misteri’, nak
jawab panggilan yang tak bernombor pun buat dia fikir tujuh puluh tujuh kali
tetapi disebabkan telefon bimbitnya tak lelah menjerit akhirnya dijawab juga
panggilan tersebut.
‘’Assalamualaikun sayang.’’ Sayang?
‘’Siapa ni?’’ naik seoktaf suara Daiyan Humaira.
‘’Tak nak jawab salam saya tadi?’’
Daiyan Humaira mendiamkan diri. Macam kenal soalan
ni, mesti orang yang sama yang tanya.
‘’Okay-okay sorry sebab Kacau awak pagi-pagi macam
ni. Saya cuma nak tanya, tulip saya tu
dah mendarat pada tuannya belum?’’ lelaki yang bersuara dihujung talian
kedengaran sangat romatik. Ni termasuk dalam senarai taktik memikat dia juga
ke?
‘’Apa maksud semua ni Fattah?’’ Daiyan bersuara agak
tegas. Kalau dia mengada-ngada buat suara gembira macam tak pernah dapat bunga
nanti Fattah Aizudin salah anggap pula. Dia takkan bagi peluang yang mudah
untuk seseorang lelaki menawan hatinya begitu sahaja.
‘’Bunga tu tak membawa maksud apa-apa Daiyan. Itu
cuma effort I untuk menawan hati bakal isteri I je. ohh anyway, apa kata kita
lunch together harini?’’
‘’Sorry. Saya busy. Awak cari lah orang lain untuk
temankan awak lunch. Okay? Assalamualaikum.’’
*****
‘’WHAT are you doing here Tengku Fattah Aizudin?’’
‘’Lunch? Dengan you.’’ Jawab Fattah Aizudin tanpa
sebarang rasa bersalah langsung. Ya, dia yang buat appointment untuk berjumpa
dan makan tengah hari bersama Daiyan Humaira hari ini.
‘’Arghhh macam mana …..’’
‘’Nenda. Dia yang set kan lunch ni untuk kita. Dia
yang call secretary you. I cuma ikut arahan dia je. I kan cucu menantu yang baik.’’
‘’Please lah Fattah. Takkan semua benda you nak ikut
cakap nenda? Lunch, those flower. Sampai bila Fattah?’’
Sepuluh minit Daiyan menunggu ‘klien’ yang
sepatutnya ada lunch meeting tapi bila ada yang menarik kerusi didepannya.
Tadaaa! Fattah Aizudin yang ajak dia lunch tadi dan dia dah tolak dah pun tiba-tiba
datang duduk depan dia kata ini lunch date mereka.
‘’Sampai you setuju nak kahwin dengan I. You tak
suka ke semua ni? Atau idea nenda ni lame sangat sampai you tak boleh terima?’’
‘’I tak boleh terima you Fattah!’’
‘’Waiter!’’ selamba Fattah mengangkat tangan untuk
memanggil pelayan restoran. Wajah masam Daiyan Humaira didepan mata diabaikan
sesuka rasa.
‘’You!’’ Daiyan Humaira mengetap bibirnya. Fattah
Aizudin! Kalau boleh dia nak memekik nama tu kuat-kuat. Sungguh mencabar
kesabaran yang senipis kulit bawang ini.
‘’Kita makan dulu, sebelum you makan I. I tahu I nampak
lazat untuk dimakan tapi janganlah jujur sangat. Order please.’’
Daiyan mencapai kasar menu yang dihulurkan oleh
Fattah Aizuddin. Kalau tak makan nanti dia juga yang kebulur. Siap pakej
gastric lagi nanti datang, siapa yang susah? Dia juga. Marah, marah juga tapi
perut tetap kena isi.
Selepas mengambil pesanan yang agak banyak dengan
harga yang boleh membuntangkan mata Daiyan berdiam diri di meja makan. Sengaja
dia mengambil pesanan seperti itu untuk mengubat sakit hatinya walaupun makanan
semahal tu langsung tak menjadi masalah untuk Fattah Aizudin tapi dia nak buat
juga. Bukan setakat makanan yang Fattah Aizudin boleh beli, resotoran itu pun
dia boleh beli. Tapi Daiyan kisah apa? Ini salah satu cara dia melepaskan
perasaan dalam diam. Sengaja buat orang tu menyampah.
‘’Daiyan, don’t get me wrong. Ni first time I keluar
dengan perempuan yang tak sudi keluar dengan I then makan macam ni pula? You memang lain dari
yang lain. Biasanya I selalu dapat alasan diet daripada perempuan lain. ’’
‘’So you selalu lah keluar dengan perempuan lain?’’
Daiyan menunjukkan reaksi yang agak menjengkelkan. Sah speasis buaya! Tengok cara pun tahu.
‘’Jealous much haa?’’ Fattah Aizudin tersenyum
menayangkan lesung pipitnya lalu mengenyitkan matanya kepada Daiyan Haumaira.
Nampak gatal? Tak. Kalau Fattah yang buat macam ni tak nampak gatal tapi nampak
macho atau lebih tepatnya seksi? Euwwwww
‘’Ohh please lah. I tak ada masa nak jealous okay.
You bukan ada kaitan dengan hidup I pun. Kita dekat sini sebab nenda tau. Kalau
tak jangan harap lah I nak tabahkan diri duduk sini mengahadap muka you. I
makan dengan pekerja I lagi bagus.’’
Fattah Aizudin tersenyum lagi mendengarkan jawapan
Daiyan Humaira. Kenapa lah dia dijodohkan dengan perempuan yang tak ada selera
apabila memandang dirinya. Biasanya bukan payah untuk dia memikat perempuan
tapi dengan Daiyan Humaira ni memang betul-betul kena usaha lebih. Kalau nak
memikat guna umpan wang ringgit gadis dihadapannya ini pun ada. Tapi bagus juga
Daiyan Humaira seperti ini baru thrill. Penolakan demi penolakan yang dia
terima akan membuatkan dia semakin bersemangat untuk memikat Daiyan Humaira.
‘’Yang you senyum kenapa?’’ Daiyan menunjukkan riak
awajah tidak puas hati apabila Fattah Aizudin tersenyum mendengar kata-katanya.
Dia tak ada perasaan ke? Lelaki apa dia ni sampai ada sikap sabar setebal ni?
Bukan lelaki biasanya ego tinggi ke?
‘’Salah? Hmmmm?’’ tanya Fattah Aizuddin sambil menayangkan
senyuman menggoda. Kalau gadis lain yang nampak pastinya sudah diabetis. Manis,
terlalu manis senyumannya.
‘’Huhhhhhh’’ Daiyan Humaira mengeluh kasar. Kalau
boleh dia nak ambil air yang ada atas meja ni dan simbah atas muka Fattah Aizudin.
Tapi orang yang tak ada taraf sahaja yang membuat onar sedemikian rupa.
‘’You memang tak dapat terima I eah?’’
‘’Yes!’’
‘’Why? Sebab you ada orang lain?’’
‘’Its none of your busines’’
‘’Of course it’s mine. You are my future wife.
Remember?’’
‘’Dream on.’’
Dan makan tengah hari antara mereka berjalan dengan
sunyi dan sepi. Rasanya kalau ada burung dalam restoran itu, burung lagi bising
daripada mereka. Manakan tidak? Bunyi sudu dan garfu pun jarang kedengaran
inikan pula suara mereka. Fattah Aizudin pula malas mahu menyakat Daiyan
Humaira kerana takut selera gadis itu hilang, Daiyan Humaira pula hanya makan
seperti dia sedang makan bersendirian. Halimunan agaknya Fattah Aizudin.
‘’Ehh bro. buat apa sini?’’ Fattah Aizuddin bersuara apabila melihat orang
yang dikenalinya. Waktu itu dia dan Daiyan Humaira baru sahaja selesai makan
dan ingin beredar dari restoran itu.
‘’Basuh kain. Tak nampak?’’ jawab lelaki itu sinis.
Daiyan Humaira yang tadinya menunduk mencapai tas
tangannya mula menyorotkan matanya ke arah lelaki yang ditegur oleh Fattah Aizudin.
‘’Ohooo too harsh bro.’’ Fattah Aizuddin bersuara
sambil memandang wajah Daiyan Humaira dan lelaki dihadapannya yang berada
dihadapannya silih berganti. Daiyan Humaira pula sebolehnya menunjukkan wajah
yang sangat tenang.
‘’So dah official lah ni sampai boleh keluar sama?’’
tanya lelaki itu dengan nada yang sinis. Sangat sinis.
‘’ Fattah, we are late. So please stop this
ridiculous conversation’’ Daiyan Humaira cepat-cepat mencantas sebelum Fattah
Aizudin sempat menyampuk. Dirinya didekatkan kepada Fattah Aizudin kemudian
tangannnya pula disilangkan dengan lengan Fattah Aizudin, atas tujuan apa dia
berbuat sedemikian pun dia tidak tahu.
‘’Okay. Kita orang pergi dulu Nadhif. See you when I
see you.’’ Sebelum berjalan keluar dari restoran tersebut sempat Fattah Aizudin
memberikan senyuman sinis tanda kemenangan kepada Nadhif Hilman. Buat kali
keduanya dia dapat mengawal Daiyan Humaira di hadapan Nadhif Hilman.
okay, bab terakhir. lepas ni freeze sampai najaa dapat idea. ngeee
No comments:
Post a Comment