Thursday, 19 February 2015

Miss CEO jatuh cinta bab 7

Bab 7 




the last tulip 



Petang itu, keluar sahaja dari banggunan TDA Holding menuju ke tempat parkir kereta khas vvip, kaki Daiyan Humaira tiba-tiba terpaku seketika apabila melihat sebuah Audi A6 diletakkan melintang menghadang Maserati GranTurismo miliknya.  Manakala pemandunya pula sedang bersandar di pintu bahagian pemandu dengan sebelah tangan memeluk tubuh dan sebelah lagi memusing-musingkan bingkai kaca mata Giorgio Armani berwarna perang menggunakan jarinya.

Tanpa memperdulikan lelaki itu, Daiyan Humaira terus berjalan ke keretanya. Lantak lah apa nak jadi pun. Kalau lelaki itu tak mengalihkan keretanya jangan marah kalau ada kereta yang masuk hospital kejap lagi. Masa tu jangan berani-berani lah nak mintak ganti rugi.

Masuk sahaja di dalam kereta tanpa sempat mengunci pintu keretanya, pintu di bahagian penumpang di buka.

Muka menyampah dilemparkan. Matanya disorot tajam  ke arah lelaki disebelahnya. Ohhh guess who? Its Nadhif Hilman.

‘’Nak apa ni?’’ tanya Daiyan Humaira dengan  nada kasar atau menyampah lebih tepatnya lagi.

‘’Please Daiyan jangan buat aku macam ni.’’ Suara Nadhif Hilman kedengaran separuh merayu.

‘’Siapa yang buat siapa sekarang ni?’’ kalau tadi suara Nadhif Hilman separuh merayu, ini pula suara Daiyan Humaira separuh menjerit.

‘’Okay, aku tahu aku salah. Aku ikutkan sangat perasaan marah aku tu, aku tak sensitive dengan perasaan kau tapi dengar lah penjelasan aku dulu.’’ Ujar Nadhif Hilman sambil menarik kedua-dua belah tangan Daiyan Humaira.

‘’Nak dengar apa lagi? Nak dengar kau marah-marah aku? Macam tu?’’ kedua-dua tangannya yang berada didalam genggaman Nadhif Hilman  ditarik kasar. Mukanya dipalingkan ke hadapan. Tak sudi untuk memandang wajah kacak Nadhif Hilman.

‘’Daiyan please.’’ Nadhif Hilman menyentuh perlahan dagu Daiyan Humaira kemudian memalingkan wajah Daiyan Humaira supaya memandangnya.

‘’I’m sorry okay? Aku tak boleh kalau kita macam ni. Jangan seksa aku.  I miss you so much.’’
Daiyan Humaira tersenyum sinis. Masa sakitkan hati orang tak fikir. Lepas tu merayu-rayu suruh maaf dia diterima. Masa dia marah-marah, orang mintak maaf bukan main memetir lagi suara dia. Sekarang ni nak suruh orang bagi peluang pada dia dengan sangat mudah? Hello! Daiyan Humaira pun ada ego dia juga okay.

Tabahkan hati Daiyan, jangan layan sangat ayat-ayat manis dia ni. Kencing manis nanti. Ajar sikit biar dia tahu hargai orang lain. Biar ini jadi peringatan yang pertama dan  terakhir untuk dia.

‘’Keluar Nadhif!’’ Daiyan mula memetir. What you give you get back lah! Kawan baik tak kawan baik. Sahabat ke apa belakang cerita, sakit hati  kena dilayan dulu.

‘’Daiyan.’’ Hampir sahaja Nadhif Hilman memeluk Daiyan Humaira namun cepat sahaja Daiyan Humaira mengelak dan terus keluar dari keretanya kemudian membuka pintu kereta sebelah penumpang dari luar.

‘’Go!’’ ujar Daiyan tanpa memandang wajah Nadhif Hilman.

‘’How could you do this to me Daiyan Humaira?’’ Nadhif Hilman memandang Daiyan Humaira dengan riak tidak percaya.

‘’Daiyan tak pernah nak buat Nadhif macam ni tapi sakit hati ni yang buat Nadhif macam ni. Baliklah Nadhif Hilman, tak ada apa yang nak dibincangkan. Biarkan aku tenang sendiri.  Aku akan cari kau nanti.’’

Nadhif Hilman berdiri berhadapan dengan Daiyan Humaira. Anak matanya tunak memandang mata Daiyan Humaira. Nak biarkan Daiyan Humaira sejuk sendiri? Susah! 

Semasa Nadhif Hilman terserempak dengan Daiyan dan Fattah tengah hari tadi, mata Daiyan punyalah menjeling tajam bagi isyarat lain macam. Sebelum putus sahabat baiklah dia datang memujuk dulu. Daiyan Humaira bukan kira, kawan ke boyfriend ke kalau dah marah bukan nak ingat dunia. Orang yang merajuk dengan dia tapi orang yang kena pujuk dia balik.

‘’Tak! Aku tak nak. Kita settle kan semua ni hari ni. Sekarang!  Aku tak nak kau cari aku bila kau dah okay. I’m sorry Daiyan. Aku janji dengan kau, aku akan tolong kau cari siapa yang punya angkara yang kacau kau.’’

‘’Enough Nadhif. Balik! Aku tak perlukan pertolongan kau.’’ Daiyan terus menutup pintu keretanya dan bergerak ke arah pintu bahagian pemandu.

‘’Daiyan!’’ panggil Nadhif Hilman lagi.

‘’Just go.’’

‘’Tapi aku tak boleh kalau kita macam ni.’’

‘’Go Nadhif!’’

‘’Daiyan please.’’ Nadhif Hilman cuba untuk merayu lagi.

‘’Move your car please. Aku tak nak bayar kalau jadi apa-apa nanti.’’ Daiyan Humaira masuk ke dalam kereta dan menutup pintu keretanya dengan kasar. Enjin keretanya pula terus dihidupkan.

Nadhif Hilman pula tanpa pilihan terus masuk ke dalam kereta dan mengalihkan keretanya. Nak buat apa lagi? Daiyan dah berangin semacam dah tu. Biarkan sahajalah dulu. Nak dipujuk pun bukan makan dengan pujukan dah gayanya. Cara lain? Nanti  sahajalah  dia fikirkan.



*****


‘’Yasmennnnnnn!!!!’’  jeritan yang tadinya ditujukan kepada Nadhif Hilman kemudian menular kepada sahabatnya.

‘’Apa? Woiii agak-agak sikit nak menjerit. Aku tak nak dapat gelaran muka lawa tapi pekak.’’  Sinis balasan dari Yasmeen yang berada dihujung talian.

Siapa Yasmeen? Dia adalah satu-satunya sahabat perempuan Daiyan Humaira yang akan ada tak kiralah saat genting macam mana pun. Kenapa dia tak muncul lagi dari awal cerita? Sebab masa awal-awal cerita dia dekat oversea. Hahahaha okay spoil mood sangat. Jangan ingat Daiyan  Humaira hanya berkawan dengan lelaki sahaja ya, dia ada kawan perempuan juga.

Yasmeen adalah seorang yang sangat spontan, tak gedik langsung okay! Kata-kata dia agak sinis. Untuk manusia-manusia yang mudah rapuh, yang kuat sentap jangan nak beranganlah boleh duduk minum espresso satu meja dengan dia. Kalau dia rasa nak kutuk, dia ketuk je depan-depan.

Ohhh yaa, Yasmeen ni dalam kategori kawan Daiyan sewaktu Daiyan belajar di luar negara. Campur tolak darab bahagi, sudah tujuh tahun mereka berkawan. Dan masing-masing mestilah tahu perangai masing-masing. Daiyan pula bukan jenis cepat sentap kecuali kalau dia dah sakit hati sangat. Contohnya macam dengan Nadhif Hilman.  

‘’Aku nak jumpa kau lah.’’

‘’Nak jumpa aku? Mimpi apa ni? Ke kau ada masalah. Hishhh ni mesti ada yang tak kena, kalau tak jangan harap kau nak cari aku. Aku ni stok-stok muka lepas perasaan sahaja. Tapi mana kau tahu aku dah balik?’’ Balas Yasmeen lagi. Tak habis-habis nak menyembur orang. Kalau boleh keluar api dari mulut dia, alamatnya ramailah yang dah rentung.

‘’Aku tahu lah! kau kan kawan aku. Ehhh aku nak jumpa kau pun dah cukup baik tau. Mulut kau tu cubalah filter sikit Meen. Sakit hati aku tau tak?’’

‘’Arghhhhh ada aku kisah? Aku tak kisah langsung dengan sakit hati kau tu. Nak jumpa dekat mana?’’

See? Kan dah cakap dah! Mulut berbisa tapi jangan risau. Hati dia baik.  Tapi betul lah Yasmeen dah balik. Tadi tu, Daiyan main acah-acah je kata nak jumpa.

‘’Hmmm tonight? Tempat biasa?’’

‘’Okay then. Cun! See ya!’’



****



Menjejak sahaja ke tingkat 33 Trader Hotel Daiyan Humaira melilaukan pandangannya untuk mencari Yasmeen. Kelihatan Yasmeen melambaikan  tangannya kepada Daiyan Humaira di suatu sudut. Agak dah dekat situ! Memang port favourite dia, kalau datang sini memang ceruk inilah yang dijejak oleh Yasmeen.

‘’Yasmeen! oh my god I miss you so much’’  

‘’Heyy! Aku tak rindu kau lah. ishhh apa ni!’’ Yasmeen berlagak selamba seraya menepis tangan Daiyan Humaira yang didepangkan untuk memeluk dirinya. Sengaja berbuat demikian. Gila ke apa tak rindu minah seorang ni? Lama sangat dah  mereka tak jumpa.

‘’Fine!’’ sentap Daiyan dengan memasamkan muka dan menghentakkan kakinya.

‘’Elelelehh macam budak-budak. Yelah yelah, aku rindu kau. come! Come!’’Yasmeen mendepangkan tangannya sambil berjalan ke arah Daiyan Humaira seraya memeluk gadis itu.  Rindu nak tengok mucung itik Daiyan Humaira, sudah hampir lapan bulan tak nampak.

‘’Ehhh bila kau touch down Kuala Lumpur ni? Tak bagitahu pun nak balik. Tiba-tiba je call.’’

‘’Almost one week. Saja je nak buat surprise dekat kau. terkejut tak?’’

‘’Ohh terkejut sangat. Dah nak seminggu jejak Malaysia baru harini kau cari aku?’’

‘’Yalah. Kau bukan penting untuk aku pun. Mestilah aku cari mommy daddy aku dulu. Boyfried aku then baru lah aku cari kau.’’

‘’Biadap punya member.’’ Daiyan Humaira memberikan jelingan tajam kepada Yasmeen dan tidak lama kemudian mereka ketawa bersama-sama bagai tiada manusia lain di sekeliling mereka. Bukan perkara pelik, memang macam ni lah perangai perempuan bila sudah lama tidak berjumpa.

‘’Excuse me . Order please.’’

Yasmeen dan Daiyan terdiam seketika apabila seorang lelaki berkemeja kemas bersama bow tie datang kepada mereka untuk mengambil pesanan. Hisshhh jatuh saham anak dara terjerit-jerit macam  ni.

‘’Eheeemm ehemmm.’’

‘’I want Malborough Sauvignon Blanc, salmon teriyaki, Fight Night Quesadillas with Vegetables, Knock Out Nachos with Chilli Beef and Signature Spicy Buffalo Wings. Thank you.’’

‘’Mata D’ore mocktail just that.’’
Selesai membuat pesanan mata Yasmeen tunak memandang Daiyan.

‘’What?’’

‘’Selalunya kalau kau datang sini kita order air yang sama. Sejak bila selera kau berubah ni?’’

‘’Sejak balik Malaysia maybe. Aku dah lama tak sentuh air haram tu lah.’’

Daiyan Humaira ‘minum’? Ya, bermula dia menjejakkan kaki di US. Datang ke sana bukan sahaja untuk belajar tapi juga untuk bergembira. Jika stress study, air kencing setan itulah yang diteguknya tapi dia tak pernah kisah sebab di sana ada ‘seseorang’ yang sentiasa menjaga dia, bawa dia pulang ke rumah bila dia dah tak larat nak berjalan. Kadang-kadang ‘orang’ itu jugalah yang akan mengelap muntah  dia.

Dekat sana mana ada Nadhif Hilman yang nak mengawal dia bila dia keluar, balik pukul berapa, pergi ke mana. Di sana dia bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa kawalan. Nenda, ayahanda dan bonda? Kirim salam! Sebab awal-awal lagi Daiyan Humaira letakkan syarat untuk mereka tidak menjejakkan kaki ke US sepanjang Daiyan berada disana. Kalau dia rindu, pandailah dia nak balik sendiri. Dani? Dengan Dani dia tak payah nak berlakon sangat, Budak tu bukan beriman sangat pun, sekepala juga dengan Daiyan Humaira. Nama sahaja duduk dengan keluarga tapi penyiasat ayah pun boleh jadi sekutu dia.

Nadhif Hilman pula mana tahu perangai sebenar Daiyan Humaira di US nun. Yang dia tahu kalau dia datang dia nampak Daiyan sibuk belajar sampai kadang-kadang  nak curi masa untuk dia pun tak sempat. Daiyan Humaira mana pernah ‘minum’ depan Nadhif. Setakat pergi kelab cuci mata, menari tu biasalah. Dan sejak Daiyan balik Malaysia memang Daiyan tak sentuh lah minuman-minuman haram tu. Rasa macam zaman nak bergembira tu dah berakhir. Sekarang kena fokus pada kerjaya, bukan zaman nak layan angin tak betul dekat kepala.

‘’Woi!!! Berangan ! Body guard kau tahu tak kau keluar dengan aku ni?’’

Daiyan menjeling tajam ke arah Yasmeen. Hishhh minah ni nak suruh member jalan cepat ke apa?

‘’Aku gaduh dengan dia.’’

‘’Sejak bila kau pandai bergaduh dengan dia?’’ Yasmeen menjongketkan keningnya seolah-oleh tidak percaya. Nadhif dengan Daiyan bergaduh?  Satu perkembangan baru ni.

‘’Sejak nenda buat hal. Kau tahu tak? Sepanjang aku balik Malaysia nenda  tak putus-putus bawa calon pilihan dia untuk dijodohkan dengan aku.’’

‘’Nenda kau ingat ini abad ke berapa? Dah 2015 okay. Mana relevan lagi main paksa-paksa kahwin lagi. Dulu boleh lah nak jodoh-jodoh tapi sekarang? Hell no lah!’’ Yasmeen dah mula menarik bantal dan bersila di atas cabana seat yang mereka duduki. Antara salah satu sebab mengapa mereka menjadikan skybar sebagai pilihan ketika mereka berjumpa adalah kerana mudah untuk mereka ber ‘pillow talk’ dan boleh buat macam rumah sendiri tapi apa-apa pun dalam keadaan terkawal lagilah.  

‘’Aku ikut kan je tapi  calon yang paling latest yang datang jumpa aku ni lain macam sikit. Romeo kelas pertama.’’

‘’Handsome tak?’’ Yasmeen menunjukkan muka terujanya, dah ada boyfriend bukan bermakna tak boleh nak cuci mata lagi kan? Kalau for fun rasanya boleh je lagi. Lagipun ‘menjadi’ boyfriend bukan tiket untuk si lelaki control hidup perempuan, nak main control-control ajak kahwin lahhhh. Jangan pula jadi macam Daiyan, kata tak ada hubungan langsung dengan Nadhif Hilman tapi nak keluar melepak dengan member pun kena buat report, baik kahwin je. sah-sah lah Nadhif tahu Daiyan kemana nanti.

‘’Not bad. Kau kena tengok sendiri lah kot.’’

Antara Daiyan dan Yasmeen ni, hanya mereka sahaja yang memahami pengelasan playboy yang mereka buat. kelas pertama bermakna bermulut gula buah-buahan, handsome dan menggoda perempuan sehingga kebilik tidur. Mana Daiyan Humaira tahu perangai Fattah Aizudin begitu? Adalah report yang sampai kepadanya, nak berkawan dengan lelaki bukan boleh berkawan bodoh-bodoh je, yang penting tahu berapa kaya, dan perngai macam mana. Kekayaan memang positif tapi part perangai, nak buat suami memang ragu-ragu lah.

‘’Woww mesti hot kan?’’

Daiyan Humaira hanya menjongketkan bahu. Hot? Memang hot. Senyum je dah boleh buat orang jatuh hati. Belum lagi buka mulut.

‘’Bila kau nak kenalkan pada aku?’’

‘’Eh eh ada hati lagi nak kenal dengan lelaki lain! Beringat sikit dekat boyfriend  kau  tu.’’

‘’Baru boyfriend. Lagipun boyfriend aku, boleh jadi ex aku dan ex aku boleh jadi boyfriend kawan baik aku.’’ Yasmeen mengenyitkan matanya kepada Daiyan Humaira. Nak tengok boyfriend dia bercinta dengan Daiyan? No no no! boleh cetuskan kes pembunuhan ni.

‘’Kau sanggup?’’ Daiyan Humaira tersenyum sinis. Macam lah Daiyan tak kenal Yasmeen macam mana orangnya. Kalau tak, tak ada lah masa dekat US dulu mereka dengan teman serumah mereka putus sahabat. Semuanya kerana teman serumah mereka itu terkantoi bercinta dengan teman lelaki Yasmeen. Hampir sahaja perang dunia ke tiga tercetus.

‘’Of course not! Cukuplah dengan kisah lama kita, kalau boleh aku tak nak benda tu berulang lagi. Ehhh kau tahu yang ‘dia’ dah balik Malaysia?’’

Yasmeen sengaja mengalihkan topik agar kisah dirinya dulu tidak menjadi perbualan mereka. Tetapi tiba-tiba  sahaja dia teringatkan seorang lelaki yang pernah ada dalam masa lalu dia dan Daiyan Humaira. Sudah hampir lima bulan rasanya lelaki itu menjejakkan kaki di bumi Malaysia dan baru hari ini dia  tergerak hati untuk memberi tahu Daiyan Humaira.

‘’Dia?’’  




nota najaa// maaf lah atas kehambaran bab ni *ajet ada orang nak baca* hahahaha. idea kering kontang. almaklumlah tak keluar rumah langsung. otak tak berkembang. nak improve cara penulisan pun macam tak tahu nak start dari mana. drop your komen okay? hihihi

No comments:

Post a Comment