Tuesday, 3 February 2015

Miss CEO jatuh cinta bab 2

Bab 2





Pagi itu seperti yang dia jangka lah kan mesti ada yang datang ketuk pintu pejabatnya tanpa disuruh atau di arah dari intercom. Tepat jam 9 pagi Ayyaz Omar atau dipanggil Ayyaz muncul di depan pintu pejabatnya.

‘’Boleh saya masuk ?‘’ Ayyaz menjengulkan mukanya dihadapan pintu pejabat Daiyan Humaira. Kalau biasanya dia tak mengetuk pintu dan dengan selamba main terjah bilik Daiyan Humaira tapi harini nampak sangat lain sungguh cerita yang dibawanya.

‘’Yes. Come.’’ Tanpa melihat gerangan siapa yang berada dihadapan pintu Daiyan Humaira  cukup tahu siapa sebenarnya.

 Perlahan-lahan Ayyaz berjalan sambil menunduk ke kerusi dihadapan meja Daiyan Humaira. Sebijik macam pesalah yang nak disabit hukum bunuh, macam garang sangat je Miss Daiyan ni. Takut ditimpa daulat lah agaknya kut.

‘’Miss Daiyan, I ….’’

‘’Come on Ayyaz. Tak payah nak formal sangat . I tahu you  rasa bersalah.’’  

‘’Okay if you said so tapi seriously I rasa bersalah. Tiba-tiba you diserang dan kena simbah dengan air. Urghh sangat tak patut.’’

‘’Tak patut-tak patut pun yang buat tu girlfriend you juga. Ni girlfriend you yang ke berapa ni ? apahal perangai pelik semacam ? I dah banyak kali dah cakap dekat you, cari girlfriend yang ada otak sikit. Ni spesies bimbo juga yang you cari.’’ Sinis sebenarnya apa yang dikatakan Daiyan Humaira. Daiyan Humaira dan Ayyaz Omar pernah satu matrikulasi dulu sebelum Daiyan fly ke US untuk melanjutkan pelajaran jadi mereka akan jadi formal hanya didepan stuff lain sahaja. Jika mereka hanya berdua, panggilan ‘cik dan encik’ dihadapan nama mereka terlupus dengan sendirinya.

‘’Dia bukan girlfriend I lah. You jangan salah sangka pulak. Dia tu obsess dengan I .’’

Daiyan Humaira memandang Ayyaz dengan riak tak percaya. Hellooo? Adakah dia nak cakap yang sebenarnya dia tersangat handsome dekat sini sampai ada perempuan yang obsess dengan dia? Please lah.

‘’Kalau iya pun obsess dekat you, sepatutnya you pandai lah kawal . ini tidak! yang mana girlfriend you, yang mana bukan girlfriend you semua you layan sama sahaja. I dah banyak kali dah bagi tahu benda ni dekat you.’’ Daiyan memandang Ayyaz dihadapannya dengan muka sakit hati. Itulah nak jadi palayboy tapi tak pandai cover line.

Ayyaz tersengih seperti kerang busuk dihadapan Daiyan Humaira. Nak buat macam mana? Memang hobi dia bertukar teman wanita macam tukar baju.

‘’I’m sorry okay?’’ Ayyaz memohon maaf kepada Daiyan Humaira sambil memberikan pandangan menggoda. Ohh man, ingat muka tu handsome sangat ke? Daiyan memberi jelingan tajam kepada Ayyaz. Mentang-mentanglah muka dia baby face. Umur 27 pun nampak macam 19. Okay! Daiyan bukan tengah puji makhluk yang ada dekat depan dia ni tapi memang kenyataan yang tidak dapat disangkal.

‘’You patut bersyukur. Semalam masa perkara tu terjadi tak ada orang yang kenal I atau tak ada orang yang jahat sampai upload gambar apa yang terjadi semalam. Kalau tak, you faham-faham sahajalah ayahanda I kan ?’’

‘’Faham. I mintak maaf. I janji perkara macam ini takkan berulang lagi.’’

‘’Janji tu bukan dekat mulut sahaja Ayyaz, you dah ucap. Pandai-pandai lah you pegang. Okay?’’

‘’Okay-okay. So you nak I brief you balik pasal projek Mega Touch   tu ?’’

‘’No.  I ada kerja lagi nak buat. Apa-apa I akan panggil you balik.’’

‘’Okay . I pergi dulu. Thank you Daiyan. I owe you this.’’

Daiyan hanya mengahantar Ayyaz keluar dari pejabatnya dengan lirikan matanya. Kepalanya digelengkan. Macam mana lah dia boleh bagi muka dekat Ayyaz ni. Mengenangkan dia ni kawan lama sahaja kot. Kalau tidak, bukan sahaja dibuang kerja malah tak ada syarikat pun yang akan menerima Ayyaz untuk bekerja di syarikat mereka.

Iphone di atas meja berbunyi menandakan ada whatsapp masuk. Terus sahaja iphonenya dicapai dan  button home ditekan. Whatsapp dari nombor yang tidak dikenalinya dan yang lebih menghairankan nombornya bukan nombor Malaysia.

Beberapa gambar kejadian semalam menjadi isi kandungan whatsapp tersebut. Terbeliak mata Daiyan Humaira melihat gambar-gambar memalukan itu . Gambar yang berturutan daripada Helena datang menyerangnya sehingga gambar Ayyaz mengerjarnya ke tempat letak kereta. Bukan semalam tak ada wartawan ke?  Macam mana ada orang boleh ambil gambar semasa kejadian ni?

Tak tentu arah Daiyan Humaira dibuatnya.

Satu lagi whatsapp masuk.

‘Kalau awak tak mahu gambar ini tersebar luas. Awak hanya perlu ikut arahan saya.’

Hampir sahaja Daiyan Humaira menjerit semahunya tetapi mengenangkan dia berada di pejabatnya. Niatnya dimatikan. Inilah masalah yang sering dihadapinya apabila menjadi seorang ‘public figure’. Walaupun dia seorang yang ‘low profile’ tetapi wartawan sering mengejarnya. Tapi ini wartawan ke ? Rasanya jika ada wartawan sewaktu kejadian memalukan itu berlaku. Pasti harini beritanya sudah jadi front page dah. Tapi ini? Haishhhh manusia mana yang teringin bergurau dengannya?  tak kelakar okay!

Sekali lagi iPhonenya berbunyi.

‘Jauhkan diri dari Nadhif Hilman.’

Daiyan  merengus kasar. Ipnone ditangan dicampak ke atas sofa. Yalah kalau campak dekat atas lantai mahunya berkecai. Tahu kaya, tapi membazir bukan caranya. Daiyan Humaira meraup wajahnya. Hilang berterbangan moodnya pagi ini. So, this is all about Nadhif Hilman? Girlfriend Nadhif ? Nadhif  ada girlfriend ? Arghhhhhhh


*****


‘’CIK, langkah pertama tugas yang cik berikan sudah saya lunaskan. Yang saya tahu, sejam sahaja lagi akaun saya yang kosong penuh berisi duit. Jika tidak, cik tahu lah akibatnya.’’ Selesai sahaja Daim Harraz menyiapkan kerjanya terus sahaja panggilan dibuat kepada perempuan yang menawarkan dia pekerjaan ini. Dia tidak tahu siapa yang menyuruhnya. Yang dia tahu apabila diberikan tugas, dia harus menyelidik mangsanya agar tidak tersalah langkah.

Tugas yang diberikan kepadanya ini bukan mudah kerana mangsanya merupakan orang kenamaan tetapi oleh kerana perutnya harus diisi, kerja yang berisiko begini pun sanggup diambilnya. Jika sekarang ini dia membuka dompetnya, bukan setakat habuk. Kupu-kupu pun tiada yang keluar dari dompetnya.

Dia bukannya pembunuh bersiri. Membunuh pun dia tak pernah melainkan membunuh semut, lipas dan cicak. Dia hanya berkhidmat dengan orang yang ingin menyusahkan hidup orang lain. Yang pasti, membunuh tidak termasuk didalam senarai pekerjaannya. Nak kata samseng? Ohhh No! No! No! Lagilah jauh tersasar. Dia bukan ah long yang meminta hutang. Dia hanya melakukan peras ugut.

‘’Bagus. Aku tak nak identiti kau terbongkar dan lagi satu, aku tak nak pihak berkuasa tahu tentang ni. Kalau tidak! Nahas kau. Tunggu arahan aku yang selanjutnya dan buat masa ni aku hanya mahu kau terus  mendesak. Tentang bayaran, kau jangan risau. Aku tak miskin lagi setakat nak bayar kau.’’

Klik!

Huhh dasar orang kaya berlagak! Dia ingat semua benda boleh beli dengan duit ke? Maaf lah. Manusia mungkin kau boleh beli dengan duit tapi bukan  jiwa dan perasaan. Cehh sejak bila kau pandai berpuitis macam ini Daim Harraz?

Dia bersiul riang sambil berjalan. Mengingatkan peristiwa yang berlaku semalam, dia tersenyum sendiri. Orang-orang ternama macam itu pun boleh melalui adegan memalukan dalam hidup ke? Ingatkan jadi orang kaya dan berduit ni bodyguard kiri kanan. Tapi kesian juga dia melihat perempuan yang didalam gambar yang disimbah air itu. Musuh ? Pastinya ramai. Tak payah tanya lagi lah.

Zaman sekarang ini pula kamera dari sebesar-besar alam sampailah sekecik-kecik air kotak. Jadi, setakat nak mencuri gambar memang takdehal broo. Daim Harraz ini kalau nak diikutkan boleh sahaja menjadi wartawan tetapi sikap yang satu itulah yang membuatkan dia tidak bekerja dimana-mana syarikat ternama. Sikapnya yang malas dan bekerja mengikut masanya sendiri. Buat perabis duit mak bapak sahaja tanggung dia belajar. 

Daim Harraz melangkahkan kakinya ke kereta yang dipakirkan tadi. Niat tadi sebenarnya nak pergi makan selepas itu baru call bos bagi tahu yang kerja dah settle tapi bila buka dompet, cerita sedih sahaja yang keluar. Terbatal niat dia. Nak pergi mana lagi? Balik rumah sahaja lah. Sungguh lah dia tahu kalau balik rumah mama akan membebel sampai nak pecahl eardrum dia tapi mama tetap mama. Kalau dah itu hobi mama , nak buat macam  mana?

Lagi satu, mak mana lah yang tak membebel dan marah kalau dapat anak macam Daim Harraz ini?  Suruh kerja tak nak kerja. Kalau tak nak bekerja dibawah orang, Bukan tak boleh kerja dengan papa sendiri tapi sengaja bagi macam macam alasan. Kata tak ada pengalaman lah, tak berminat dengan perniagaan lah. Macam lah mama dia tak tahu yang dia tengah bagi alasan untuk mengelak. Oleh itu, memang  tak boleh nak salah kan mama dia kalau mama dia membebel macam orang lupa diri. Sakit jiwa tahu tak dapat anak macam  ini?

Kereta Daim Harraz dipandu laju oleh diri sendiri. Ingat ada masa ke nak bawa kereta perlahan-lahan waktu-waktu sebegini? Lapar! Lagi sejam  tak  makan, Memang inalillah lah jawabnya.

Sesampai sahaja diperkarangan banglo mewah Datin Noraini  dan Dato’ Marzuki, keretanya diparkirkan dibahagian belakang. Kalau parking kereta dekat depan-depan macam mengundang sangat. Elok-elok mama tak tahu dia balik, kantoi pulak nanti. Daim Harraz memanjangkan leher untuk melihat sekeliling rumahnya. Di tempat letak kereta hadapan hanya ada kereta Audi TT milik adik dan mpv milik mama. Papa dah sah lah kerja waktu macam ni. Haish mama tak meeting pulak. Biasanya manjang meeting dengan datin-datin vogue dia itu.

Daim Harraz berjalan terjengket-jengket seperti pencuri di rumah sendiri . Dan tiba-tiba….

‘’Abang!’’ kedengaran seseorang menjerit memanggilnya abang dari belakang kemudian menepuk bahunya kuat. Oleh kerana tindakan refleks, tangan kanannya dengan tidak sengaja menutup mulut orang yang memanggilnya itu.

‘’shutttttt. Diam lah adik nanti mama  dengarlah.’’Daim Harraz memandang sekeliling dengan muka panik.

‘’Hmmm.. Hmmmm.. Hmmm’’

‘’Apa?’’ tanya Daim kepada adiknya yang bercakap tetapi hanya hmmm hmmm hmmm dari tadi. Tak sedar yang tangannya masih menekup mulut adiknya itu.

Ariqa menolak tangan abangnya yang menutup mulutnya tadi. Macam mana nak bercakap kalau tangan dia dekat mulut orang?

‘’Apa abang ni. Haish busuk lah! Dah lah  balik macam pencuri.’’ Ariqa mengelap mulutnya  dengan tangannya. Dia ini kalau aku menjerit tadi. Sia-sia ajalah kena ketuk dengan mama. Tapi bukan tadi dia dah  menjerit ke ? hihihi selamat lah mama tak dengar.

‘’Aiqa lah ni. Cuba kalau nampak abang dekat rumah buat-buat macam tak nampak je. Tahu lah rindu dekat abang, tapi tak payah lah excited sangat.’’  Daim Harraz terus berjalan meninggalkan Ariqa yang terpinga-pinga. Nasib baiklah mama tak ada dekat sini. Apa yang dia takut sangat dengan mama pun dia tak tahu, takut kena bebel lah kot.

‘’Ehh abang! Ish dia ni. Nak salah kan orang pulak. Dah dia jarang balik. Kita terperanjat lah bila dia ada dekat rumah.’’ Ariqa menarik baju Daim Harraz yang sedang berjalan. Saja nak jadi polis pencen.

‘’Aiqa, boleh tak kalau nak lepas rindu ke apa atau nak jadi PI sekalipun bagi peluang abang makan dulu? Ni kalau tak makan ni. Sikit lagi boleh meninggal.’’ jawab Daim Harraz sambil melepaskan tangan adiknya yang melekat di bajunya sedari tadi dan meneruskan perjalanan ke dapur. Malas nak melayan budak kecik. Hari-hari macam ni boleh ada dekat rumah. Tak ada kelas agaknya? Tahu lah tempat belajar dengan rumah dekat sampai boleh menapak, suka lah tu duduk bawah ketiak mama lagi.

‘’Mak Mah tak masak lah abang, sia-sia je abang dengan gigih berjalan pergi dapur sekali tadaaaaa! Makanan tak ada.. Duit mana duit? Apasal tak makan dekat luar?’’ Ariqa mengejar abangnya dan menyaingi abangnya yang berjalan ke dapur. Kemudian tangannya meraba-raba poket abangnya untuk mencari dompet.

‘’Seriously? Ishhh  apa  adik ni main raba-raba ni? Orang just rindu masakan rumah jelah yang sampai nak tengok dompet orang ni dah kenapa?’’ liurnya sudah diletan.Laparrrrrrrrrrrrrrrr! Takkan lah Mak Mah tak masak. Tak mungkinlah.

 Tangannya menolak tangan Ariqa yang sibuk meraba pehanya untuk mencari dompet.

‘’Joking!’’ sengih Ariqa sambil menayangkan kesemua giginya yang putih bersih itu dan mengangkat tangan tanda menyerah. Boleh lah kot pakai alasan abang dia tu.

‘’Huhhh’’ Daim Harraz menjeling adiknya. Apahal rumah ni besar sangat ? Rasanya macam dah jalan 1 kilometer. Tapi kenapa tak jumpa dapur lagi?  Orang kalau dah lapar, berjalan 3 langkah pun kata 3 kilometer.

‘’Mak Mah ! Mak Mah masak apa ni?’’ dengan penuh semangat Daim Harraz menjerit memanggil orang gajinya itu apabila terlihatkan kelibat orang gajinya didapur. Nampak sahaja muka Mak Mah terus teringatkan asam pedas ikan pari yang umpppp tu. Mak Mah ini nama sahaja orang gaji tetapi tidak sedikit pun orang didalam rumah itu melayan Mak Mah seperti orang gaji. Sebabnya? Sebabnya Mak Mah yang menjaga makan pakai Daim Harraz dan Ariqa Qistina sejak dari kecil lagi. Dulu, mama pun sibuk bekerja. Cuma bila dah tua ni mama kurangkan aktivitinya dan lebihkan masa dirumah. Kadang-kadang sampaikan Daim Harraz merasakan dirinya lebih rapat daripada Mak Mah berbanding  Datin  Noraini, mamanya sendiri.

‘’Astaghfirullahalazim. Daim! Kamu tak boleh bagi salam dulu ke? Nasib baik tak kena ketuk dengan senduk ni.’’ Marah Mak Mah sambil bercekak pinggang. Sementara Ariqa hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya melihat telatah  mereka.

‘’Assalamualaikum  Mak Mah. Okay, sekarang dah boleh tanya, Mak Mah masak apa tu?’’

‘’Waalaikumussalam.. budak bertuah ni. Bukan nak tanya kita sihat ke tak tapi dia tanya makanan dulu. Berapa lama dah  tak makan?’’

‘’Nak tanya lah ni Mak Mah, tapi sebab perut lapar. So, tanya lah makanan dulu. Mak Mah sihat?’’

‘’Sihat . Alhamdulillah. Sebab macam tahu-tahu je Daim nak balik hari ni. Mak Mah masak ikan pari tau.’’

‘’Amboi Mak Mah! Vogue dah kau noks. Ada sixth sense!’’ tiba-tiba Ariqa yang hanya memerhatikan perangai orang gajinya dan abang nya menyampuk. Dah dia macam tunggul kayu je dari tadi. Jadi, kena lah bersuara untuk bagitahu yang dia sebenarnya wujud lagi dekat situ. Bukan patung cendana version lawa ya.

‘’Ishh Aiqa ni. Noks-noks. Ingat Mak Mah ni tenuk ke? Dah-dah jom makan. Duduk dulu. Mak Mah nak hidang sekejap. Nak makan dekat dapur je kan?’’ Mak Mah memandang Daim dan Ariqa  silih berganti.

Daim dan Ariqa kedua-duanya memandang sesama sendiri kemudian memandang Mak Mah dan mengangguk. Menahan ketawa sebenarnya. Kemudian Ariqa memandang abangnya dan membuat gerak mulut sehinggakan  dengan muka-muka sekali bergerak.

‘’ Tenuk?’’ akhirnya terpecah ketawa kedua-dua beradik itu.

Setelah makanan siap dihidang, tak sempat nak membaca doa, makanannya sudah selamat masuk ke dalam mulut Daim. Gelojoh ya ampun!

‘’Abang! Baru jumpa jalan balik rumah ke? Selama ni lupa nak install waze ke? Tak pun gps rosak? Ke Google instant street berjerebu?’’

Pertanyaan sinis dari Datin Noraini yang baru sahaja muncul di dapur. Dari tadi kedengaran bunyi riuh rendah dari dapur, rupanya anaknya pulang ke rumah. Boleh lah tulis dalam diarinya anak kesayangan pulang ke rumah selepas tiga bulan tak menjejakkan kaki ke rumah.

‘’Uhuk! Uhuk! Uhuk! Dik air dik! Nak mati dah ni! Nak mati dah!’’  akibat ditegur oleh Datin Noraini, Daim Harraz yang sedang enak mengunyah atau lebih tepatnya lagi mempelahap makanan terus tersedak. Mama ni pun nak muncul lambat lah sikit. Salah scene ni. Air yang dihulurkan oleh Ariqa diteguk rakus.

‘’Haa bagus lah tu. hidup mati dibuat main. Cakap kita sikit tak nak dengar.’’ Tambah Datin Noraini lagi.


‘’Maa! Please ma! Don’t start. Abang tengah makan ni kan?’’ balas Ariqa membela abangnya. Bukan nak membela sangat sebenarnya tapi tak sampai hati tengok orang yang tengah lapar sangat ini kena tembak dan dia pun tak betah bila dengar orang membebel waktu dia tengah makan. Spoil! Sungguhlah anak-anak yang tak kenal diuntung. Padahal kalau mak ayah tegur ke marah ke tandanya mereka sayang.

No comments:

Post a Comment