Thursday, 27 November 2014

nafsu vs iman




Pertemuan di Cafe Kara pada petang itu membuatkan Aiman tidak senang duduk. Fikiran teringat akan seorang gadis yang berjaya membuat hati dia terbuai. It has been quite some time. Sejak form 1 lagi dan sekarang jumpa balik di universiti yang sama cuma berlainan course.


Dia seakan tak percaya perasaan yang sudah lama dipendam kini semakin hangat. bak kata orang, Kembali mendidih. Acap kali kedengaran istighfar meniti bibirnya. Akhirnya jari jemari menekan butang send. Audio 'you are the one' by raef.






Mata asyik tertumpu pada conversation whatsapp. Menunggu balasan dari si dia.


seminit...
dua minit...
tiga minit...
empat minit...


Bazzz. Bzzzz.

''Apa ni?''


''Hayati lirik lagu tu dan fahamkan. Then tell me the answer. Sudi ke tak?''


''Are you serious Aiman Arshad Shamsudin?''


''I am. Aku dah lama suka kau.''


''This is not the right way. I'm not ready.''


''Just tell me that you love me the way i do or not. Only then i'll be okay.''


''Aku pun suka kau.''


Bibir senyum sampai ke telinga. Sampai tak sedar Hafiz Aqil yang sedang murajaah Al-Quran surah AnNisa memandang aneh.


''Aku akan kahwini engkau satu hari nanti.''


''I'll wait for that thay day.''


''You just wait.''


Dan hari demi hari, Semakin kerap whatsapp dan berkongsi segala suka dan duka. Segalanya indah. indah semua apabila hati berbunga. Kan?




Sebulan berlalu ... 


Di satu sudut. Farah Aina sujud di atas sejadah. Lama. Usai salam terakhir, dia menangis sambil meraup muka.



Malu. Malu dengan diri sendiri yang makin tak tahu malu. Bermaksiat. Ye... Zina.. Zina hati je . 'JE' takkan ubah apa-apa. Yang dosa tetap dosa. 


''Ala ramai je orang boleh bercinta.''



What is wrong is wrong even if everyone is doing it. Hati segera menangkis.


''Tapi aku tak pernah langkau syariat!'' hati tetap membantah.


Betul ke? Setiap whatsapp. Even bertanya khabar tapi perasaan halus sentiasa menjalar di hati. Sentiasa tersengih sorang-sorang sampai kadang-kadang tertinggal date dengan Allah pukul 3 pagi semata nak melayan whatsapp dari si dia pada puul 1, 2 pagi. Selalu cemburu bila si dia digosipkan dengan akhowat lain. Selalu stalk profile dan segala yang berkaitan dengan dia sampai kadang menangis tak henti sebab cemburu.


''Aku....''


Dan masa tu, sejadah tempat air mata meresap. Mata bengkak. Badan lemah. Hanya pada Allah boleh diluah. Hanya Allah mengerti saat itu bertapa berdosanya diri tapi masih diselubungi perasaan 'takut untuk sakit bila berjauhan' jadi...


''Ya Allah.. Tolong bukakan hati si dia untuk sedar akan hakikat ini juga.. Tolong ya Allah.. Kurangkan sakit yang aku rasa ini...''


Dan malam itu, disaat yang lain nyenyak dibuai mimpi. Seorang gadis disudut ruang kamar menangis dan menangis kerana dosa.




*****




''A'ie. syok whatsapp? dengan siapa?'' tegur Hafiz memulakan bicara.


''Oh takdelah. dengan member sekolah lama.'' jawab Aiman sambil sengih.


''Aku bukan apa. tapi aku tengok kau di macam dah lain.'' berhati-hati Hafiz menuturkan.


''Lain macam mana?'' Aiman menegakkan badan dan bersila di atas kerusi.


''Boleh kita bincang kejap?'' ajak Hafiz.


''Sure.'' iPhone diletak tepi dan ditukar mode silent. something sounds fishy.


''Tengah berbunga ke?'' Hafiz senyum segaris. sekadar bermanis.


''Eh apa? What do you mean?'' Aiman kerutkan dahi tanda tak faham.


''Look, Let me be honest. Sebab kau membe aku since first time kita masuk uni lagi, satu course, satu bilik, satu kelas dan satu agama, Aku sayang kau.''


''Ehh jap.. jap.. apa hal ni?''


''Aku tak halang kau nak bercinta tapi biarlah cinta tu kerana Allah. bukan kerana nafsu. selagi belum halal, selagi tu ada jarak, got me?''


''Ohhh... Tapi aku tak adalah bersayang semua. Aku cuba limitkan pergaulan kami.''


''Hati?'' Aiman dia. gulp! tersedak. batuk dua kali untuk hilangkan payau di tekak.


''A'ie.. Even kita dah limitkan pergaulan. Contact tanya khabar ke. Sembang through phone kata sambil cakap benda baik ke. Ingat, Syaitan tu ada. Bunyi kecik simple gitu kan? Tapi, little we do now. Benda kecik macam tu lah yang kita orang belajar agama ni selalu rebah kena hentam dengan nafsu. Are you with me?''


''Proceed.'' mata merah tahan air mata dari tumpah ke lantai. muka ditunduk.


''Aku tahu kau sayang dia tapi jarak tu still exist. Kalau masa ni kau enjoy kenal dan suka-suka dengan dia. lepas tu , do you think and jamin yang lepas nikah pun boleh kenal lagi? Save. Save manja, save cinta, save kata-kata manis tu semua lepas nikah. Kau lelaki, dia tu perempuan. Aku rasa dia tu pun bukan calang-calang orang. Sebab aku tahu kau terpikat dengan agama dia. At first, perempuan ni umpama air mutlak. Kenapa kita nak musta'malkan dia? Kenapa nak sentuh hati dia awal-awal? Kenapa nak cemarkan hati dia dengan kita yang masih belum sedia salam tok kadi ni?''


Tersentak. Diam. air mata mula menuruni pipi. Dan sekarang Aiman Arshad Shamsudin sedang menangis sebab dosa.


Hafiz mendekat dan memeluk bahu Aiman dengan tangan sebelah kiri dan berbisik.


''Kita tak tahu dengan siapa kita akan nikah. Kita tak tahu bila kita akan nikah tapi kita kena ingat. Kita juga tak tahu bila kita kan mati dan macam mana kita akan mati. Persiapkan diri. Mana tahu, diri kita akan bernikah dengan sakaratul maut dulu?''


''Tapi aku sayang dia lillahitaala. Aku pilih dia sebab agama dia.''


''Sayang tu bukan dengan kata-kata. Jangan ucap sayang kerana Allah. Jangan syok berkata kerana Allah sedangkan Allah jelik dan tak redha dengan apa yang kita lakukan. Jangan syok sendiri. kadang-kadang, kita kena berbalik kepada fitrah. Jiwa bertuhan. memang cinta itu fitrah juga tapi, jangan sampai jadi fitnah.''


''Aku sayang dia Fiz.. Sakit sangat perpisahan tu. Aku tak sanggup hilang dia.''


''Yakin dengan Allah Ai'e. Jangan cakap macam kau takde tuhan. Kita merangcang. Tuhan yang menentukan.''


''Doakan aku berjodoh dengan dia Fiz.'' rintih Aiman dalam sendu.


''Aku takkan doakan kau berjodoh dengan dia tapi aku doakan kau berjodoh dengan orang yang terbaik untuk kau. Ai'e.. Barangkali, kita tak suka akan sesuatu tapi sesungguhnya ia baik untuk kita. Janji Allah Ai'e . Pegang betul-betul. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Strive untuk jadi lelaki yang baik.''


''Kalau aku takde jodoh dengan dia..''


''Redha. Aturan Allah tu the best. Jangan pernah persoalkan kenapa dan kenapa. Sebab sesungguhnya, semuanya berhikmah. Husnudzon Ai'e. Yang penting doa. Doa yang berterusan. aku tahu kau kuat.''


''Fizz...''


''Dah jom pergi surau. Sahut seruan Ilahi, Allah rindu nak dengar rintihn kau. Allah rindu beb.''




****



'Farah Aina Sanusi. Aku rasa aku dah buat keputusan yang terbaik. Aku akan stop contact kau lepasni. Aku tak janji tapi aku akan cuba yang terbaik. Buat masa ni, aku harap kau kuat dan tabah nak hadap dunia ni. Lepas ni dah takde aku untuk ingatkan kau dhuha. Sila paham sendiri. Lepasni tolong, behave attitude. Aku mintak maaf sebab pernah buai hati kau dan aku maafkan kau sebab pernah buai hati aku. Hati ni masih tak rela tapi in order to achieve mardhatillah. Aku buat keputusan ni. Jangan salah faham. Aku tak benci kau. Aku nak kita jaga sesama menjaga. Aku tak nak kita terus hipokrit. Senang buat apa sahaja atas nama cinta 'cinta lillah'. Aku nak jaga cinta ni sebab aku nak Allah redha cinta yang aku bina. InsyaAllah, kalau berjodoh. Aku sendiri akan berjumpa dngan wali kau ya. Salam. Jaga hati, Jaga iman.' 


Whatsapp yang baru diterima dibaca sebaik sahaja melipat kain solat. kaki disila dan bersandar di satu sudut masjid. Air mata bercucuran tapi tak mampu nak gambarkan apa rasa saat ini.


sakit.


gembira.


berbaur rasa.


'Allah makbulkan doa aku.. tapi.. ya Allah.. sakit..' air mata deras mengalir.


Sneakers hitam disarung ke kaki sambil kepala menegadah langit. langit mendung. Semendung hati. Air mata tak habis-habis menuruni pipi. Seakan ingin meluah segasa isi rasa yang ada. Gadis berbaju kurung biru laut memulakan langkah dengan lafaz mulia. Bismillahirrahmanirrahim. Setiap derapan kaki menandakan dia kini sudah tekad mahu melupakan setiap apa yang pernah terjadi demi cinta yang suci. Demi cinta Allah yang hakiki.




***



nota pesanan // ikhtilat tu bukan hanya dengan orang yang kita suka tapi dengan semua ajnabi.


saya bukan penulis cerpen ini dan niat saya hanya ingin berkongsi. 


jaga hati, jaga iman.
belum sampai masa
aku juga sedang bertatih
untuk menjaga hati dari dibuai ajnabi
ambil yang baik, tinggal yang buruk.
Allah is watching. Malaikat is writing. 
salam. 

No comments:

Post a Comment