Sepanjang perjalanan yang tidak diketahui ke mana
arahnya Daiyan hanya mendiamkan diri. Malas mahu bertegang urat dengan Nadhif
Himan nanti dia juga yang sakit hati. Riak Nadhif Hilman pula masih sama
seperti tadi. Mungkin masih bengang lagi agaknya. Daiyan Humaira menyandarkan
badannya dan duduk dengan selesa untuk menenangkan hati sendiri.
‘’Turun!’’ arah Nadhif Hilman. Hamboi! Ini suara
manusia ke bunyi guruh? Bukan main kuat lagi vokal dia.
Daiyan pula hanya mengerutkan dahi dan tidak
berganjak dari duduknya. Tempat apa ni? Ada tasik dengan track jogging tetapi
suasana disitu kelihatan suram kerana kekurangan lampu dan tak ada seorang
manusia pun berada disitu selain daripada
mereka. Nak ajak aku jogging pun agak-agaklah. Dah Nampak macam aku ni
gemuk sangat ke sampai ajak aku pergi tempat macam ni malam-malam buta?
‘’Tak nak!’’ perlahan sahaja suaranya dikeluarkan
agar Nadhif Hilman faham keadaannya dan tidak marah-marah seperti tadi. Salah
satu cara untuk melembutkan hati Nadhif Hilman mungkin. Mungkin lah sebab marah dia ini macam orang
kena tinggal bini.
Nadhif Hilman terus keluar dari kereta dan membuka
pintu dibahagian penumpang yang diduduki oleh Daiyan Humaira. ‘’I’m not giving
you a chance to make a choice. Remember?’’ kemudian dia menarik tangan Daiyan
Humaira agar gadis itu mengikutinya. Ingat anak Tengku Din Azman anak patung
ke?
‘’Nadhif...’’ Daiyan bersuara perlahan dan sengaja
dileretkan. Takut pun ada juga sebenarnya. Yalah kalau tiba-tiba dia buat
perangai gila dia macam mana? Tak ke naya? Tapi apa je yang Nadhif ni boleh
buat? ngeee
Nadhif Hilman masih mendiamkan diri dan menarik
Daiyan sehingga mereka betul-betul berada dihadapan tasik dan terus melabuhkan
tubuhnya diatas rumput. Daiyan Humaira pula dalam takutnya hanya ikut apa yang
dilakukan oleh Nadhif Hilman. Muka ketat macam spanar saiz 16.
‘’Nadhif, aku takut. Kalau ada pegawai pencegah
maksiat macam mana?’’ Daiyan Humaira merapatkan dirinya dengan Nadhif Hilman.
Takut pegawai pencegah maksiat tapi tubuhnya semakin dirapatkan dengan Nadhif
Hilman. Dia bukan apa dia takut orang yang mengekori dia selama seminggu ini
masih mengekorinya. Sudah lah orang itu menyuruhnya dia menjauhi Nadhif Hilman.
‘’Itu yang kau takutkan Daiyan? Dekat tempat tadi
kau tak takut pula? Kalau aku tak ada tadi macam mana? Siapa nak tolong kau?
Dani?’’ akhirnya bersuara juga Nadhif Hilman. Tetapi matanya dihalakan ke tasik
yang gelap gelita itu bukan pada wajah Daiyan Humaira.
Daiyan mengeluh perlahan. Kalau dijawab nanti makin
teruk dia kena tapi kalau tak jawab Nadhif tak tahu. Iphone yang berada didalam
poket jeans dikeluarkan dan dibelek mana yang perlu. Dia perlu memberi tahu
kenapa dia bertindak menjauhkan diri daripada Nadhif Hilman. Bukan dia sengaja
dan saja-saja.
‘’Ada apa-apa yang perlu kau bagitahu aku?’’ tanya
Nadhif Hilman apabila melihat Daiyan mengeluarkan telefon bimbitnya. Takkan nak
main candy crush masa-masa ni?
Daiyan Humaira tidak menjawab. Hanya menyerahkan iPhone
yang mengandungi whatsapp yang dihantar oleh seseorang yang mahu dia menjauhkan
diri daripada Nadhif Hilman. Dalam seminggu ini bukan satu sahaja whatsapp yang
dia dapat oleh orang itu. Banyak! Sehinggakan ketakutannya pudar sedikit demi
sedikit.
‘’Nadhif tak nampak macam terkejut.’’ Daiyan Humaira
bersuara apabila melihat reaksi Nadhif Hilman.
‘’Why should i?’’
‘’Awak tahu siapa yang buat kerja ni?’’
‘’Maybe yes, maybe no. I’ll find it later.’’ Sangat
relaks reaksi Nadhif Hilman. Memang relaks lah sebab bukan dia yang kena ugut,
bukan dia yang kena jauhkan diri dari Daiyan Humaira. Apa-apa terjadi, yang
tanggungnya Daiyan Humaira. Bukan Nadhif. Jawab pun macam main-main je. Marah
ke apa? Patutnya Daiyan lawan balik masa dia kena tarik tadi. Kalau tak
disebabkan dia nak terangkan semua ini pada Nadhif, jangan harap dia nak ikut
Nadhif derma darah pada nyamuk dekat sini.
‘’Kenapa tak suruh Raimi siasat pasal perkara ni?’’
‘’Sebab tak rasa ada yang membahayakan. Dia tak buat
apa-apa pun. Just hantar mesej ugutan. So nothing serious.’’
Nadhif Hilman mengeluarkan kotak rokok dan
menghidupkan lighternya. Baru perasaan banyak nyamuk agaknya, itu yang sibuk
nak berasap sakan. Daiyan Humaira menjauhkan diri dari Nadhif Hilman. Biarlah
dia dalam keadaan takut pun. Malas nak hirup udara tak sihat malam-malam macam
ni, pendek umur pula dia nanti.
Nadhif memang perokok tetapi bukan lah seorang
perokok tegar dan dia pun tak pernahlah merokok secara terang-terangan begini di
hadapan Daiyan Humaira. Mungkin rasa didalam hati sama membaranya dengan
nyalaan baraan api rokok itu. Tapi sebenarnya dekat sini siapa yang patut marah?
Macam mana lah dia orang ni boleh berkawan lama dengan perangai masing-masing
yang macam ni?
Salah siapa ketegangan ni terjadi? Salah Nadhif
Hilman dengan perangai panas barannya atau salah Daiyan Humaira yang mungkir
janji? Hmm mungkin salah Fattah Aizudin yang tiba-tiba muncul diantara mereka.
‘’Nadhif.’’
Daiyan mengeluh kuat.
‘’Boleh tak rasional sikit. Aku tak ignore kau
saja-saja je lah.’’
‘’Bukan saja-saja? Ke sebab Fattah Aizudin? Benda ni
semua cuma alasan aje kan?’’
Daiyan Humaira mahu membalas. Tetapi mulutnya
terkunci. Kaluhan berat dilepaskan. Sangkaannya
bila dia berjumpa dengan Nadhif Hilman dan menjelaskan sendiri perkara yang
berlaku keadaan akan menjadi seperti sediakala tetapi entah kenapa semuanya
menjadi semakin teruk dan berlarutan. Tidak pernah dia bergaduh bergini dengan
Nadhif Hilman. Entah hantu mana merasuk Nadhif malam ini. Selama ini dia
seorang yang sangat memahami. Tapi sejak balik dari Ipoh perangai macam membela
saka. Panas baran yang ada tu bukan tak ditapis, macam api yang disimbah minyak lagi adalah.
Daiyan Humaira terus berdiri dan mula melangkah
menuju ke kereta. Lantaklah. kalau Nadhif Hilman tak nak hantar. Dia jalan kaki
pun tak kisah lah walaupun jam menunjukkan lebih daipada angka 1 . Makin lama
dia duduk di sini makin teruk pula jadinya.
‘’Daiyan!’’ Jerit Nadhif Hilman dari belakang dan
mencapai lengannya. Dia pula hanya menepis dan merentap kuat lengannya agar
dilepaskan oleh Nadhif Hilman. Dan mulutnya dibiarkan membisu. Perang dingin
lebih baik dari perang bersuara. Kalau tidak, ada sahaja yang didebatkan Nadhif
Hilman. Berlawan cakap dengan Nadhif Hilman bukan mudah nak menang. Serupa berlawan
dengan tok majistreet.
Daiyan Humaira mengeluarkan semula iPhonenya dengan
niat nak call Dani tapi dia sendiri tak tahu dia kat mana. Nampak sangat lah dia
jarang pergi tempat-tempat macam ni. Kalau suruh je Dani cari dia guna GPS
‘aci’ tak? Tengok orang dekat sebelah ni pun macam tak ada keinginan je nak
hanta orang balik ke rumah je.
‘’Dah lah aku hantar kau balik. Naik!’’ arah Nadhif
Hilman sambil mencampakkan rokok yang masih bersisa di celahan jari ke tanah.
Dia ni kalau jadi pengarah dah menang award berlambak gamaknya. Tak jadi bos
lagi mengarah bagai nak rak. Aku yang CEO pun tak mengarah macam dia. Ishh
******
Dari kejauhan Daim Harraz hanya ketawa kecil seorang
diri bagi menutup rasa yang tidak enak didalam hati. Entah mengapa perlunya
perasaan seperti ini. Haisshh kena jampi serapah apa sampai dia nampak Daiyan
Humaira dengan Nadhif Hilman pun dia boleh cemburu?
Bukan dia orang duduk bermesra pun. Dia orang
bertekak dari awal jumpa dekat Zouk tadi sampailah sekarang tapi hati dia tetap
juga sakit. Dia bukan jahat sangat sampai nak hancurkan hubungan dua orang tu
tapi nak buat macam mana? Dia cuma ikut arahan yang dikeluarkan oleh bosnya
mengenangkan profession dia sekarang sebagai pegacau hidup orang.
Apabila dia melihat kereta Nadhif Hilman mula
bergerak dia pun terus mengekori dari belakang. Dah habis bergaduh dah?
Ingatkan nak bergaduh sampai esok.
Daim Harraz mengekori Daiyan Humaira dan Nadhif Hilman
sehinggalah Daiyan selamat sampai ke rumah. Haihh aku ni spy ke bodyguard? Aku
rasa macam buah kerja 2 in 1 pulak. Kalau bukan Nadhif yang menyelamatkan Daiyan Humaira
tadi pasti dia dulu yang melangkah pergi membantu Daiyan. Bukan dia tak ada
dalam Zouk tadi, dia nampak adegan Daiyan Humaira dengan si pengacau dari awal
sampai akhir. Sampailah muka orang itu dah tak berupa selepas dibelasah oleh
Nadhif Hilman yang menyelamatkan Daiyan Humaira . selamatkanlah sangat padahal melepas
geram.
Daiyan pun dah selamat dihantar ke rumah oleh Nadhif
Hilman. Dia pun apa lagi? Baliklah! Nak bertapa lama-lama pun dekat kawasan
perumahan orang kaya ni sia-sia je nanti kena cekup lepas itu dituduh mencuri.
Tak ke haru?
Bunyi siulan burung menandakan ada notification
masuk ke dalam telefon Samsung galaxy note 4 milik Daim Harraz. membuatkab dia
cepat-cepat mencapai handphonenya.
‘Bro, malam ni lepak tempat biasa. Ada game best
ni.’
Daim Harraz mengerling jam di dashboard, 2.13 pagi.
Awal lagi, nak merambu sampai subuh pun tak apa. Bukan ada isteri tunggu kat
rumah pun. Mama? Dia kan duduk rumah sendiri. Apadehal?
‘okay, tunggu aku dekat sana’
Setelah membalas whatsapp daripada temannya. Daim
Harraz terus memecutkan kereta ke kedai mamak biasa mereka melepak. Dah lama
dah tak melepak dengan teman-temannya ini. Almaklumlah lepas satu-satu job yang
dia dapat. Cehh macam berjaya sangat je kerja dia ni.
‘’Bro, lama tunggu?’’ tanya Daim Harraz kepada
teman-temannya yang sedang duduk melihat perlawanan bola sepak. Teh tarik dah
tinggal separuh dah tapi baru segelas. Nampaknya baru setengah jam diaorang duduk
sini.
‘’Tak tunggu kau pun. Order wehh.’’
‘’Ehh game apa malam ni? Kau orang dua orang je ke?
Izzad mana?’’
‘’Man U dengan Liverpool lah. Izzad? Macam kau lah.
Menghilang entah ke mana.’’
‘’Ada lah tu job dia. Cehh game dah nak habis dah
pun.’’
Dummmmm !
‘’Wehh kau tepuk-tepuk meja apahal?’’ marah Daim
Harraz kepada temannya yang sedang memandangnya. Apalah masalah budak ni? Nasib
baik aku tak ada heart attack.
‘’Kau tu yang apahal! Aku ajak datang sini melepak.
Yang kau termenung kenapa? Game dah habis. Goal dah sumbat 3-1 dah. Tapi kau
duk tenung je meja tu.’’
‘’Aku rasa aku dah jatuh cinta lah .’’ ujar Daim Harraz dan serta merta membuatkan
Aiman dan Nazrin yang berada dihadapannya ternganga.
‘’Kau? Jatuh cinta? Biar betul bro. Sepanjang aku
kenal kau bertahun-tahun ni. Ini lah pertama kali kau cakap yang kau jatuh
cinta. Perempuan malang mana yang kau terpikat ni?’’
‘’Ehh mulut tu
jaga sikit eah. Bercakap macam aku ni gay je.’’
‘’Okay. Siapa?’’
‘’Tengku Daiyan Humaira Binti Tengku Din
Azman.’’ Sepotong nama meniti bibir Daim
Harraz.
‘’Wehh! Kau gila ke apa? Kerabat tu. Taste kau pun
janganlah tinggi sangat. Setakat kerja macam kau ni, kau ingat dia pandang ke?
Dia tu CEO tau. C.E.O! Kau tu? Kalau ada duit yalah menghilang. Kalau tak ada
duit. Kita orang lah yang kau cari ajak busking dekat Bukit Bintang. Kau ingat
Tengku Din Azman tu nak ke menantu yang menyanyi tepi jalan macam kau ni?’’ provoke
Aiman kepada Daim Harraz. Tak padan dengan kerja cikai, nak anak dara orang
kenamaan. Mimpi bangun balik pun belum tentu dapat.
‘’Tak apalah kalau dia tak nak. Aku boleh je usaha
sampai dia terima aku. By the way, esok kita busking macam biasa nak?
Rindu lah nak menyanyi.’’ Senang sahaja
apa yang difikirkan Daim Harraz, yang penting usaha. Tak usaha mana nak dapat?
Buah dekat pokok kalau pandang je, bila boleh
merasa? Kena pergi ambil galah, jolok sampai jatuh lepas tu kupas dan
suap sendiri dalam mulut baru dapat merasa. Samalah macam kes dia ni. Yang
penting usaha, niat je tak cukup.
Tapi tak apa, Aiman kata macam tu pun sebab dia tak
kenal lagi siapa Daim Harraz yang sebenar. Kalau tahu mesti dia tak cakap macam ni, paling
tidak pun ayat dia tak akan macam ni lah. Mungkin akan berbudi bahasa sikit. Mungkinlahhh
‘’Nak busking? Bukan ajak ni sebab kau tak ada
duit?’’Nazrin pula menyampuk. Biasanya mereka busking bila tak ada duit. Kalau
rindu dia orang akan pergi jamming. Tak ada maknanya bagi alasan rindu nak
nyanyi tapi ajak busking.
Daim Harraz hanya tersengih dan menjongketkan
bahunya. Fikirlah apa pun dia tak kisah.
Daiyan
Humaira. Ya, susah untuk digapai. Mungkin kerana status kita sekarang. Ohhh mungkin
kerana aku yang sekarang. Aku boleh berubah tapi aku nak kau kenal dunia aku dulu.
An intelligent man will open your mind, a handsome
man will open your eyes, and a gentleman will open your heart.
‘I am an intelligent, handsome and a gentlemen. So I will open her mind, eyes and
heart’ Daim Harraz menggumam sendirian didalam hati.
No comments:
Post a Comment