‘’MOMMY, kenapa mommy kena balik? Kalau
mommy balik siapa yang nak jaga Nara dekat sini?’’ anak kecil yang berusia tiga
tahun ini merengek sambil memeluk erat leher Daiyan. Sekarang ini mereka berada
di airport untuk menghantar kepulangannya ke tanah air.
‘’Mommy kena balik sayang. Study
mommy dah habis, daddy mommy minta mommy balik. Nara tinggal dengan daddy dekat
sini ya?’’ Daiyan menarik Naira dekat ke dada dan memeluk erat anak kecil itu. Pipi anak kecil itu juga dikucupnya.
Bukan tak sedih untuk meninggalkan Naira tapi dia memang harus pulang ke
Malaysia.
‘’Where you wanna go mommy? Daddy
said you will back home. Isn’t this is your home mommy? Please don’t leave
us.’’ Naira melepaskan pelukannya. Kata-kata Naira memang mampu merobek hati
Daiyan. Perlahan-perlahan air matanya gugur juga satu persatu. ‘kalau boleh
mommy nak bawa Nara balik dengan mommy, tapi mommy tak boleh sayang.’
‘’Nara, I’m not leaving you. Mommy still
your mother. Daddy will take care of you.
Promise me that you will be a good daughter. Can you?’’
‘’I want you mommy! Please don’t
leave me. I need you.’’
Naira mula menangis dan
menghentak-hentakkan kakinya sehingga dia terduduk di atas lantai sambil
mulutnya menyebut ‘I want you mommy.
Don’t leave me’ berulang-ulang kali. Hati siapa yang tak tersentuh? Daddy Naira
pula hanya mampu memandang kami dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.
Ayash Naira, you make things hard on me. How I wish
I can always be with you.
‘’Sayang. Here sayang, here.
Please. Stop crying. Don’t you love
mommy?’’
Tubuh kecil Naira ditarik semula ke
dalam pelukan untuk menghentikan rontaannya. Selama ini Naira tak pernah
berperangai seperti ini, kalau kena tinggal pun dia faham. Paling teruk pun dia
akan cakap ‘mommy just go to class’ ‘mommy will come back home’ tapi tadi dari dalam
kereta lagi Naira kelihatan gelisah apabila Daiyan keluar dari rumah dengan
membawa bagasi yang besar.
‘’I love you mommy but you wanna leave
me.’’ Rontaannya semakin lemah, yang kedengaran hanya sedu sedan kecil yang
keluar dari bibir Naira. Daiyan merenggangkan pelukan mereka. Tengok muka Naira
yang comot dengan air mata. Dah lah muka putih lepas tu bila nangis macam ni
habis merah muka. Daiyan meraup wajah kecil itu untuk mengelap
sisa-sisa air mata yang ada di pipi Naira. Anak mommy menangis pun comel.
‘’Nanti daddy akan bawa Nara balik
Malaysia jumpa mommy but you need to be a good daughter first. Jangan susahkan
daddy, jangan nakal-nakal. Bolehkan?’’
‘’Nara janji. Nara takkan
nakal-nakal. Nara nak jumpa mommy, Nara loves you mommy.’’
‘’I love you too sayang. Come.’’ Daiyan
memimpin tangan Naira dan berjalan ke arah daddy Naira yang hanya menjadi
pemerhati sedari tadi. Pengumuman mengenai penerbagangan ke Kuala Lumpur juga
sudah kedengaran.
‘’So, awak memang kena pergi?’’
‘’I don’t want but I have to. Saya
mintak maaf sebab tinggalkan awak dengan Naira. Saya mintak maaf sebab saya dah
mungkir janji tapi awak kena tahu satu perkara. Apa pun yang jadi, saya tetap
mommy Naira. Saya harap awak dapat buat keputusan yang terbaik untuk kita.‘’
Daiyan memandang wajah lelaki yang
sedang berdiri dihadapannya. Lelaki yang terlalu baik selama dia mengenali
lelaki itu, Syed Amzar. Dari hari
pertama Daiyan menjejakkan kaki di UK sehingga hari ini, apa sahaja kesusahan
yang dilaluinya, Amzar sentiasa ada dengannya dan menghulurkan bantuan.
‘’Saya harap awak tak akan lupakan
kami.’’ Lirih suara Amzar.
Ini kali kedua Daiyan nampak kesedihan
dalam mata itu. Kalau boleh Daiyan tak nak kecewakan Amzar tapi Daiyan juga ada
keluarga dan memang tak akan selama-lamanya dia duduk di sini bersama Amzar
walaupun Daiyan sudah berjanji kepada Amzar untuk membesarkan Naira bersama-sama
dengannya.
‘’Tak! Saya tak akan lupakan awak,
saya tak akan lupakan Naira. Please jaga Naira untuk saya, apa sahaja yang
terjadi dekat sini. Cepat-cepat bagitahu saya. Awak boleh buat semua ini untuk
saya kan?’’
Amzar hanya mampu mengangguk
perlahan dan memandang Daiyan dengan pandangan helangnya. Daiyan pula memandang
Amzar dan Naira silih berganti.
‘Terima kasih untuk lima tahun yang
sangat berharga ini Amzar, lebih-lebih lagi bila Naira ada.’
Tetapi monolog ini hanya tersimpan
dalam hatinya. Tak terkeluar di bibir untuk berkata sebegitu kepada Amzar.
‘’Jaga diri awak baik-baik dekat
sana.’’ Itu sahaja yang mampu Amzar katakan kepada Daiyan. Biasanya dia bagi tazkirah
panjang lebar kalau Daiyan nak keluar
tapi tidak untuk kali ini.
Panggilan kedua penerbagan untuk ke
Kuala Lumpur juga sudah kedengaran. Daiyan memang kena pergi.
‘’Saya pergi dulu. Thanks for
everything.’’
Daiyan memeluk Amzar kejap.
Walaupun Amzar bukan sesiapa baginya tetapi Amzar daddy Naira dan sayang
Daiyan pada Amzar sama seperti sayang
Daiyan pada Naira.
‘’Nara, mommy pergi dulu sayang.
Ingat pesan mommy. Nara kena dengar cakap daddy okay. Be a good girl.’’ Giliran
Naira pula yang dipeluk oleh Daiyan. Naira hanya menangis dan menangis. Daiyan pun
begitu, kerana hanya itu sahaja yang mampu dia lakukan. Pipi Naira dikucup bertalu-talu, dia akan sangat rindu
pada Naira. Itu pasti. Nasib baik Naira tak mengamuk hentak-hentak kaki lagi,
kalau tak lagilah susah Daiyan nak tinggalkan Naira.
‘’Farewell.’’
Daiyan mula melangkah ke balai
perlepasan. Tak nak toleh belakang lagi, air mata yang gugur dibiarkan sahaja. Kalau lap pun bukan air mata
itu berhenti mengalir.
‘’Mommyyyyyyyy.’’ Naira jerit kuat.
Bila Daiyan pusing belakang dia nampak Naira sedang berlari ke arahnya. Daiyan
pun melutut dan mendepangkan tangannya apabila Naira meluru memeluknya. Memang
buat drama betul dekat tengah-tengah Birmingham airport ini.
‘’Mommy need to go sayang. Sorry.’’
‘’Don’t leave us.’’
‘’I’m so sorry sayang.’’ Daiyan
bangun dan melepaskan pelukan Naira. Amzar juga sudah berdiri tepat dibelakang
Naira.
‘’Saya tunggu awak dan Naira di
Malaysia.’’ Hanya itu yang mampu Daiyan ucapkan kepada Amzar. Sampai bila Amzar
nak marah dan mogok tak nak balik Malaysia? Kalau Amzar mampu maafkan orang
tuanya dan lupakan kisah lalu pasti mereka boleh balik bersama-sama.
Daiyan berjalan terus tanpa menoleh
ke belakang lagi. Daiyan dengar Naira memangis memanggilnya tetapi ditabahkan juga
hatinya supaya dia tidak menoleh ke belakang. Tempat ini tidak sesuai untuk
dirinya, dia ada keluarga yang lebih memerlukannya di Malaysia.
‘Nara, please pujuk daddy supaya dia lembut hati dan balik ke Malaysia.’
p/s: Prolog ni wewrite version. Kalau ada yang tak match dengan cerita yang sekarang ni, faham-faham je lah.
Smm panel
ReplyDeletesmm panel
is ilanlari blog
İNSTAGRAM TAKİPÇİ SATIN AL
hirdavatciburada.com
WWW.BEYAZESYATEKNİKSERVİSİ.COM.TR
servis
tiktok jeton hilesi
beykoz samsung klima servisi
ReplyDeletetuzla mitsubishi klima servisi
ataşehir arçelik klima servisi
ümraniye vestel klima servisi
kartal bosch klima servisi
ümraniye bosch klima servisi
kartal arçelik klima servisi
ümraniye arçelik klima servisi
beykoz daikin klima servisi