Friday, 19 December 2014

babak memikat






Babak memikat!


‘’Edina! Kau sahabat aku kan?’’ Anggun menekankan perkatan ‘sahabat’ didalam ayatnya tadi. Sengaja mahu memberi hint kepada Edina bahawa dia mahukan sesuatu daripada sahabatnya itu. Nak orang tolong kan? Mestilah berbaik-baik dulu.

‘’Kau ! Kalau dah buat muka seposen lepas tu buat ayat-ayat manis macam tu mesti ada yang kau nak daripada aku kan?’’ Edina mengecilkan matanya ketika memandang Anggun yang  sedang duduk berhadapan dengannya . Sesuatu sangat! Ada yang tak kena  ni.

‘’Kau akan tolong aku kan kalau aku mintak tolong dengan kau?’’ tanya Anggun kepada Edina dengan nada yang sangat sukar ditafsirkan oleh Edina. Sambil tangan Anggun menggenggam tangan Edina agar permintaannya yang satu ini akan dilayan oleh Edina.

‘’Depends on ‘pertolongan’ yang kau minta. Kalau bagi keuntungan untuk aku. Aku terima.’’ Jawab Edina sambil memberikan senyuman sinis. Tak ada benda free sekarang ni. Tak kiralah ‘title’ yang kita guna tu sahabat ke kawan ke atau kekasih sekalipun.

‘’Tawaran aku takkan pernah merugikan kau, Edina.’’ Anggun tersenyum jahat.

‘’Okay! Whatever. Tell me! Tell me!’’

‘’Aku nak kau pikat boyfriend aku Tengku Fayyad. Dan aku akan penuhi satu permintaan kau. Apa sahaja yang kau nak. Tapi ingat, hanya satu’’

‘’No way! You don’t need to going this far! He is your boyfriend.’’ Naik satu oktaf suara Edina apabila mendengarkan permintaan yang tak masuk dek akal oleh Anggun. Gila! Dia memang gila.

‘’Please Edina! Aku tahu kau memerlukan sesuatu. Aku tolong kau! Kau tolong aku. Kita berdua tak akan rugi.’’ Anggun memandang wajah Edina dengan penuh yakin. Dia tahu permintaan ini tak akan ditolak oleh Edina.

‘’Tapi kenapa?’’

‘’Sebab aku dah ada orang lain?’’

‘’Kenapa kau tak minta putus je dengan dia?’’

‘’Kalau itu semudah yang kau cakap aku akan buat. Tapi hakikatnya tak! Dia tahu aku ada orang lain. Dan dia akan buat apa sahaja untuk dapatkan aku, hanya ini sahaja cara yang aku ada Edina!’’

Edina menjeling Anggun. Susah kan jadi orang cantik? Orang yang jatuh cinta. Akan cinta mati kepada mereka. Bukan dia tidak pernah melalui hal yang dilalui oleh Anggun. Pernah! Tetapi dia tidak sebodoh Anggun sehingga mengupah seseorang   untuk menambat hati si dia.

Mereka ini adalah antara model yang terkenal di Malaysia. Bersahabat baik sejak mereka mula bertatih dalam bidang ini lagi tetapi mereka saling tidak mencampuri hal peribadi masing-masing. Oleh sebab itu, dia tidak pernah tahu siapa yang didampingi oleh Anggun.

‘’okay, since aku pun available sekarang. Aku terima, tapi ingat! Aku ada satu permintaan yang perlu kau penuhi!’’

‘’anything for you my dear. Nanti aku hantar detail dekat kau okay?’’ Anggun tersenyum gembira sambil berdiri dan memeluk Edina. Misinya untuk menjauhkan diri daripada Tengku Fayyad akan tercapai. Selamat tinggal kekasih!



****



Lokasi : berhadapan Mega Touch Holding
Jam : 8.30 malam.

Edina Sofea mula keluar daripada kereta dan berdiri sambil bersandar ditepi pintu kereta bahagian pemandu. Dia bukan saja-saja nak berdiri dekat sini malam-malam macam ni ya? Kereta dia rosak dan dia dapat maklumat ada orang yang akan menolongnya sebentar lagi.

‘’Cik, ada apa ni?’’ Edina tersentak apabila ada seseorang menegurnya dari belakang.  Tetapi perlahan lahan senyuman terbit dari bibirnya. Right person baby.

‘’ Ohh I’m glad ada orang tegur I. My car, I don’t know what happen tapi tak boleh hidup.’’ Ujar Edina yang kelihatan sangat bersyukur apabila melihat si dia di hadapan mata. Beryukur sebab lain sebenarnya.

‘’Dah call mekanik?’’

‘’Belum. My phone punya battery flat.  I tak tahu nak buat apa sekarang ni.’’ Jelas Edina sambil menunjukkan wajah risau. Mengaharapkan lelaki itu akan membantunya. Jika tidak sia-sia sahaja usahanya berdiri sambil menderma darah kepada nyamuk malam ini.

‘’Apa kata I hantar you balik? ‘’ lelaki itu tersenyum sambil menawarkan diri. Ehh mudahnya?

‘’Kereta I?’’

‘’Tak apa. Tinggal je sini . Nanti mekanik I akan datang tolong you betulkan kereta ni.’’

‘’Tak menyusahkan you ke?’’

‘’Tak lah. Jom.’’  Ajak lelaki itu sambil memberi isyarat supaya Edina mengikutinya.
Dalam beberapa langkah mereka berjalan lelaki itu berhenti di sebuah kereta dan berdiri di sebelah kereta dibahagian penumpang. Sementara Edina hampir ternganga apabila melihat kereta milik lelaki itu. Maserati GranTurismo berwarna hitam berkilat terhidang di depan mata. Uwarhhh kereta  idaman.

Lelaki itu membukakan pintu keretanya dan mempersilakan Edina untuk masuk ke dalam  keretanya. Lelaki se’gentleman’ ini, Anggun boleh tolak? Hilang akal ke apa? Bukan setakat gentlemen ya, lelaki ini bermata coklat serta berbadan tegap yang mampu mencairkan wanita-wanita di luar sana tambahan pula jambang nipis melengkapkan penampilannya. Itu tak termasuk lagi pangkat yang disandangnya, Bukan Edina tak tahu Tengku Fayyad merupakan pengarah Mega Touch Holding.  Macam mana Edina tahu? Edina dah kaji awal-awal dan semua tentang Tengku Fayyad sebelum dia menjalankan misi memikat ini.

‘’Rumah you dekat mana?’’ tanya lelaki itu  sebaik sahaja dia memulakan pemanduannya.

‘’ Aviva Green, Seremban 2.’’

‘’What?’’ hampir menjerit Tengku Fayyad mendengarnya.

‘’Sorry sorry I’m joking. Rumah I dekat Damansara Height.’’ Ujar Edina sambil ketawa kecil. Tidak menyangka reaksi seperti itu yang ditunjukkan oleh lelaki itu.

‘’Ohhh terkejut I. kalau rumah you betul-betul dekat seremban I berhentikan you dekat tepi jalan ni.’’

‘’kejamnya you!’’

Tengku Fayyad  pula hanya tersenyum dan menjongketkan bahu.

‘’ehh by the way, I  Fayyad. You?’’

‘’I Edina Sofea.’’

‘’wowww such a beautiful name.’’ ya, nama saya cantik tapi tak secantik Anggun Herlina kan? Tapi jangan risau nama Anggun Herlina perlahan-lahan akan bertukar menjadi Edina Sofea.

‘’thank you. Hmmm Fayyad, I rasa bersalah sangat dengan you. Mesti you penat kan baru balik kerja. Lepas tu kena hantar I balik pula sekarang ni.’’

‘’ishh tak susah pun lah. I bukan kena hantar you sampai ke bulan pun. Setakat Damansara Height je.’’ ujar Tengku Fayyad sambil tersenyum manis. Manis! Mungkin sampai boleh bagi penyakit kencing manis kepada gadis-gadis.

‘’cara you cakap ni macam rumah you dekat je dengan rumah I je. Rumah you dekat mana?’’

‘’adalah. Somewhere special.’’

Edina Sofea tersenyum. Rahsia? Semua rahsia awak, saya tahu. Jangan risau, saya tahu lelaki seperti awak susah untuk dimenangi hatinya tapi lama kelamaan awak mesti cair juga kan? Awak perlukan cinta Tengku Fayyad dan saya yang akan bagi awak cinta.

‘’okaylah kalau you cakap macam tu. I pun tak berniat nak merompak rumah you.’’

Dan mereka masing-masing mendiamkan diri melayan perasaan masing-masing sambil mendengar lagu yang disantap oleh radio yang terpasang.

‘’yang mana satu rumah you?’’ Tengku Fayyad bersuara memecah kesunyian dengan bertanya Edina di mana rumahnya.

‘’jalan depan tu. you turn left, then rumah yang hujung .’’

‘’okay, kita dah sampai.’’

‘’thank you Fayyad. I tak tahu nasib I kalau you tak ada tadi. Ohh yaa this is my card. Sebagai terima kasih I, you boleh call I bila-bila sahaja untuk dinner treat, lunch treat or else.’’

‘’my pleasure.’’ Jawab Tengku Fayyad sambil mencapai kad yang dihulurkan oleh Edina dan tersenyuman mesra.

‘’bye!’’ Edina tersenyum lalu menghadiahkan sebuah ciuman di pipi Tengku Fayyad sebelum keluar daripada kereta. Suatu tindakan yang agak keterlaluan namun dia senang. Tengku Fayyad, saya jadi murah kerana awak.



*****



Lokasi : tempat letak kereta

‘’tolong! Tolong! Tolong!.’’

Tidak beberapa jauh darinya kedengaran suara seorang perempuan menjerit meminta pertolongan kerana bag tangannya diragut. Oleh kerana dia bukan dalam keadaan tergesa-gesa dia terus berlari mencuba mendapatkan peragut yang meragut perempuan itu.

Haru juga lah mengejar peragut dengan berpakaian kemas. Baju kemeja yang dipakai termasuk lah blazer yang tersarung kemas agak menyusahkan pergerakkannya. Namun dia gagahkan juga dirinya untuk membantu perempuan itu. Sampai sahaja di satu jalan mati, sempatlah juga dia bergelut dengan peragut itu. mujur si peragut tiada senjata yang tajam ataupun pistol. Hanya beberapa buah tangan di pipi sahaja yang  membuatkan dia menyeringai kesakitan.

‘’Ini handbag awak.’’ Jelas Tengku Fayyad kepada seorang perempuan yang sedang terduduk dan menutup mukanya dengan kedua-dua belah tapak tangan. Kalau tak silap perempuan inilah yang menjerit meminta tolong tadi. Nasib baik dia Berjaya mendapatkan beg tangan ini. Walaupun wajahnya yang menajdi mangsa.

‘’thank you! Thank you sebab tolong I. semua barang-barang penting ada dalam ni…. Ehh you!’’ Edina sedikit terjerit apabila melihat lelaki yang membantunya tadi. Buat-buat menjerit sebenarnya. Right person again baby.

‘’hai!’’ Tengku Fayyad hanya mengangkat tangan dan tersenyum.

‘’ehhh muka you, muka you lebam lah. mesti you bergelut dengan peragut tu kan? Jom pergi klinik.’’ Edina yang terlihat lebam-lebam di muka Tengku Fayyad beriak cemas. Segera dia menarik Tengku Fayyad agar mengikutinya ke klinik. Ini bukan berlakon ya, ini memang risau betul-betul.

‘’tak payah lah. sikit je ni. Doctor pun malu nak ubat kan.’’

‘’okay, kalau awak cakap macam tu tapi apa kata kita pergi mana-mana sekejap. I  tuamkan muka you ni. Takut makin teruk nanti.’’

Tengku Fayyad pula hanya mengangguk apabila melihat reaksi bersungguh Edina. Lagipun bukan dia rugi kalau dia tak tolak permintaan Edina kan?

Selepas mereka duduk di dalam sebuah restoran cepat-cepat Edina meminta pelayan restoran membawakan kain bersama dengan ais. Kemudian ais itu dibalut dengan kain dan perlahan-lehan diletakkan di muka Tengku Fayyad yang kebiruan akibat ditumbuk oleh peragut tadi.

‘’auchhh!’’

‘’ops sorry! Sorry.’’

Selesai sahaja dia menuam kawasan lebam lelaki itu. kain yang basah tadi diletakkan diatas meja.
Matanya tepat menyorot anak mata milik Tengku Fayyad. Menawan! Mata ini yang dia rindukan sejak pertama kali mereka berjumpa.

‘’I mintak maaf sebab susahkan you. Dah dua kali dah I susahkan you. You memang penyelamat I. Kalau you tak ada tadi, tak tahu lah apa jadi dekat I.’’

‘’kalau orang lain nampak pun tadi, mesti dia akan tolong you juga.  Don’t worry lah. tak ada yang susahnya pun.’’

‘’sebagai ucapan terima kasih I, apa kata I belanja you makan malam ni?’’

Tengku Fayyad hanya diam. Apa yang dikatakan Edina saat ini hanya seperti angin lalu. Matanya lebih tertarik pada pasangan merpati dua sejoli yang sedang bermesra disatu sudut restoran. Dia kenal perempuan itu. Mana mungkin dia tak kenal kepada kekasihnya. Enam tahun mereka menyemai kasih dan ini sebab mengapa perempuan itu ingin memtuskan hubungan mereka?

‘’Fayyad! Fayyad!’’panggil Edina seraya menggawang-gawangkan tangannya dihadapan muka Tengku Fayyad. Matanya juga diarahkan memandang ke arah yang sama dengan lelaki itu.

‘’Anggun Herlina.’’  



******


Tengku Fayyad mencapai telefon bimbitnya yang berada diatas  meja berdekatan dengan lampu tidur. Sudah tiga hari panggilan, whatsapp, dan sms nya tidak berbalas oleh kekasih hati. Bukan dia tak tahu Anggun sengaja mengelakkan diri daripadanya tapi dia tetap berdegil mengejar cinta Anggun yang perlahan-lahan hilang dibawa angin.

Hari minggu seperti ini merupakan waktu untuk pasangan kekasih meluangkan masa bersama, tetapi dia? Hanya mengulit telefon bimbit menunggu panggilan dari sang kekasih yang tak kunjung tiba.

Call
Tak call
Call
Tak call

‘’arghhhh! Perempuan memang complicated.’’  Jerit Tengku Fayyad sendirian didalam kamarnya.
Telefon bimbit ditangan yang tadinya sunyi sepi mula bergetar dan memainkan lagi Rude-magic.

‘’hello Anggun!.’’

‘’opsss sorry kalau you tunggu panggilan dari seseorang tapi I bukan Anggun. I Edina.’’
Mendengarkan ayat si pemanggil membuatkan Tengku Fayyad  mengeluh hampa.

‘’seems like Anggun is very important to you. Sorry, mungkin I tak patut call you sekarang. Maybe next time…. By..’’

‘’Edina! Edina! Hold on. Boleh tak kita jumpa? I think I need someone to talk.’’ Tanpa sempat Edina mematikan panggilan Tengku Fayyad menghalangnya daripada berbuat demikian.

‘’sure. Bila?’’

‘’sekarang. You bersiap lah. I’ll fetch you.’’

‘’okay then. See yaa.’’



*****



Lokasi : Avillion Port Dickson

‘’you ada masalah ke?’’ tanya Edina kepada Tengku Fayyad. Kalau boleh dia mahu menjadi orang yang sangat memahami kepada Tengku Fayyad supaya semua masalah yang dihadapi lelaki itu akan diceritakan kepadanya. Supaya lelaki itu akan merasakan Edina penting dalam hidupnya.

‘’you pernah kehilangan orang yang you sayang?’’

‘’kehilangan yang macam mana?’’

‘’He left you?’’

Edina mengeluh perlahan. Daripada pengamatannya dia dapat melihat kesedihan di dalam anak mata lelaki dihadapannya itu. Anggun, kenapa kau tinggalkan lelaki sebaik ini?

‘’Yad, jujur I cakap. I tak pernah ditinggalkan sebab I’m the one yang meninggalkan. I tak pernah rasa macam mana sakitnya kena tinggal tapi sekarang ni I rasa sakit. Sakit bila lelaki yang I suka, sayangkan perempuan lain.’’

‘’Yad, letting go maybe hard but you deserve to be happy. Move on from that thing you are clinging to, especially if the thought of it makes you miserable. I tahu untuk lepaskan dia susah tapi you kena move on’’

Edina mencapai tangan Tengku Fayyad dan menggengam erat jari jemari lelaki itu seakan-akan memberi kekuatan. Ketika itu mereka bersama-sama sedang menghadap laut yang terbentang luas menantikan matahari terbenam.

‘’thank you Edina sebab ada dengan I sewaktu I betul-betul perlukan seseorang.’’ Tangan Edina yang tadi menggenggam tangannya dicapai dan dikucup mesra.

‘’don’t mention it. I rasa bertuah jadi pendengar you walaupun I bukan sesiapa untuk you.’’

‘’Edina, siapa lelaki yang you suka tu?’’

Perlahan-lahan Edina merungkaikan genggaman tangan mereka. Dia kemudian menoleh ke arah lain dan tersenyum. Dia juga bangun dan melangkah untuk meninggalkan Tengku Fayyad tapi sebelum itu dia menjawab dahulu soalan cepucemas yang ditanyakan oleh Tengku Fayyad tadi.

‘’you! You are the one.’’ Dan kemudian Edina terus berlalu. Dalam berani-berani dia pun. Dia masih ada rasa malu. Meluahkan perasaan terhadap seorang lelaki tak perlu ada dalam kamus hidupnya sepatutnya.

‘’Edina! Tunggu.’’ Tengku Fayyad mengejar Edina kemudian menarik tangan Edina dan memusingkan badan Edina supaya menghadapnya. Tangannya kemudian memegang kedua-dua belah pipi mulus Edina. Saat itu matahari mulai terbenam. Laut biru mulai disimbahi cat matahari yang kemerah-merahan.

‘’Edina, will you be my girlfriend?’’ 

Edina hanya mampu menikam anak mata Tengku Fayyad. Dia menarik tangan Tengku Fayyad yang berada dipipinya tadi kemudian digenggam erat. Tipulah kalau dia kata dia tak nak jawab ‘ya’ pada soalan yang di utarakan oleh Tengku Fayyad. Tapi baru sahaja tadi dia nampak bertapa terlukanya Tengku Fayyad dengan perlakuan Anggun. Takkan lah dia nak terima lelaki yang tak sayangkan dirinya?

‘’Anggun Herlina?’’

‘’she left me Edina.’’

‘’but you can’t have two star in one relationship. I don’t want rebound relationship Fayyad’’

‘’I akan lepaskan dia Edina. Buat apa I tunggu orang yang tak sayang  I, orang yang dah khianati cinta I. I janji dengan you yang I akan sayangkan you lebih dari I sayangkan Anggun’’

Edina hanya diam mendengarkan jawapan daripada Tengku Fayyad. Sejak pertama kali dia melihat lelaki ini, rasa sukanya terus bercambah. Kalau dari awal dia berjumpa dengan lelaki ini pasti dia akan melakukan perkara yang sama walaupun waktu itu dia tahu lelaki ini milik teman baiknya. Apa yang membuatkan hatinya memberat sekarang ini adalah untuk menerima Tengku Fayyad. Dia takut dia akan jatuh kepada lelaki ini. Dia takut untuk kecewa.

‘’Yad, if I say yes. Can you promise me something?’’

‘’yes. Of course. Anything you wish princess.’’

‘’jangan pernah tinggalkan I macam Anggun tinggalkan you. You pernah rasa sakitnya . jangan pernah bagi kesakitan tu dekat I .’’

‘’yaa, I janji. I takkan sia-siakan you.’’ Tengku Fayyad terus menarik Edina dan memeluk gadisnya itu.




****



‘’apa ni Edina?’’ Edina yang sedang bersiap untuk sesi photoshoot sebentar lagi terhenti apabila dia terdengar suara Anggun yang sedang memetir dibelakangnya. Surat khabar yang dilemparkan Anggun dicapai. Nasib baik dia lempar dekat kaki. Kalau kena kepala macam mana? Haruslah perang dunia ketiga tercetus.

‘’MODEL TERKENAL EDINA SOFEA BERCINTA DENGAN PENGARAH MEGA TOUCH HOLDING’’

Bukan hanya artikel itu sahaja yang membuatkan Anggun menjerit separuh gila. Malah beberapa keping gambar Edina bersama Tengku Fayyad yang sedang berpegangan tangan, berpelukan dan makan malam membuatkan hatinya kian membara.

‘’so? Apa masalahnya?’’ Edina yang tadinya membaca artikel itu hanya tersenyum sinis memandang Anggun. Tak sangka pula ada wartawan yang mengikutinya sampai ke Port Dickson.

‘’kau tanya aku apa masalahnya? Aku suruh kau pikat dia Edina! Bukan bercinta dengan dia.’’ Edina mendengar patah perkataan yang dikeluarkan Anggun hanya menghembus nafas dengan kasar.

‘’Mikey, postpone shoot kita harini dan jangan benarkan wartawan tahu apa yang jadi sekarang.’’ Arah Edina kepada pembantu peribadinya . Kalau ada wartawan yang tahu dia bergaduh dengan Anggun di sini banyak isu yang akan timbul. Ini berita goreng pisang panas pada mereka.

‘’jawab aku Edina!.’’ Anggun menekankan suaranya dan masih lagi menjerit kepada Edina. Panas hatinya melihat reaksi tak bersalah oleh Edina.

‘’kau nak aku jawab apa Anggun? Kau yang suruh aku pikat dia. Sekarang ni kau marah aku pula?’’

‘’aku suruh kau pikat dia Edina! Aku tak suruh kau jadi girlfriend dia. Aku ingat bila dia jumpa aku haritu minta putuskan hubungan kita orang, dia akan menyesal dengan perbuatan dia. Aku tahu dia sayang kan aku lagi. Sebab tu aku biarkan dia pergi, aku tahu dia akan kembali. Tapi tengok apa yang jadi sekarang? Dia tinggalkan aku sebab kau!’’

Edina pula hanya memandang jari telunjuk Anggun yang tepat menghala ke mukanya lalu menggeleng-gelengkan kepalanya. Sungguh dia tak faham apa yang Anggun mahukan ketika ini.

‘’salah aku ke dia tinggalkan kau Anggun? Aku ke yang curang?’’ 

‘’kau ambil kesempatan tahu tak! kau memang sukakan dia kan?’’

‘’ya aku sukakan dia! Tapi selepas kau kenalkan aku pada dia. Dia baik Anggun! selama aku kenal dia, aku sentiasa tertanya-tanya kenapa kau tinggalkan dia. Aku cuba cari jawapannya sepanjang aku dengan dia. Tapi apa yang aku dapat? Aku cuma nampak kesedihan dia sebab perempuan yang dia sayang  ada orang lain.’’

‘’aku salah Edina.. aku salah.. aku sayangkan dia Edina. Please! Pulangkan dia pada aku.’’
Dalam tangisan yang semakin menjadi-jadi, Anggun cuba menarik tangan Edina. Dia tahu dia salah tapi apa yang dia inginkan sekarang ini adalah pengertian Edina. Dia hanya tersilap percaturan, dia sangkakan dia sayang pada kekasih barunya tetapi bila Tengku Fayyad mula meninggalkannya dia rasa kehilangan.

‘’aku takkan biarkan kau sia-siakan dia lagi. Aku tak nak tengok dia sakit lagi atas perbuatan kau tu. Jangan cari dia lagi. Lupakan dia. Belajar dari kesilapan kau tu.  Dia bukan untuk kau.’’

‘’tapi Edina aku....’’

‘’sudahlah Anggun. Biarkan dia bahagia. Kau ingat lagi pada janji kau yang kau akan tunaikan permintaan aku kalau aku dapat pikat dia? Aku cuma minta satu je. aku tak nak kau kacau dia, lepaskan dia.’’ 




*****



‘’maaf Tengku. Saya dah halang dia tapi dia berdegil.’’

‘’its okay Mien. You boleh keluar.’’ Ujar Tengku Fayyad kepada setiausahanya yang tidak dapat menghalang Anggun Herlina daripada memasuki pejabatnya.

‘’Fayyad!’’ Anggun kemudian mendekat dan ingin memeluk Tengku Fayyad tapi mujur Tengku Fayyad sempat mengelak.

‘’you dah tak sayangkan I?’’

‘’huhh stop it Anggun. There is nothing between us.’’

‘’but I still love you.’’

‘’sayang apa kalau you ada orang lain? Sayang apa kalau you bermesra dengan lelaki lain dekat belakang I? sayang apa kalau curang? Enough lah Anggun. Ini yang you nak kan?’’

‘’tak. bukan ni yang I nak. I nak you’’ ujar Anggun sambil menggeleng-gelengkan kepalanya dan berjalan mendekati Tengku Fayyad.

‘’sudah lah. balik lah Anggun. Tak ada apa yang kita nak cakap lagi dah.’’ Dalam kekecewaannya Tengku Fayyad berjalan membukakan pintu supaya Anggun meninggalkannya. Dia takut dia akan termakan rayuan Anggun. Sayangnya untuk Anggun masih ada oleh sebab itu dia tak mahu berlama dengan wanita itu.

‘’I sayang you.’’ Itu sahaja yang mampu diluahkan Anggun ketika dia berjalan melepasi Tengku Fayyad yang sedang memegang pintu. Sudah tiadakah sayang untuknya lagi?

‘’Anggun!.’’ Panggil Tengku Fayyad ketika Anggun sudah beberapa langkah meninggalkannya. Anggun pula terus menoleh ke belakang dengan harapan Tengku Fayyad akan menghalangnya pergi dan membalas ucapannya tadi.

‘’terima kasih sebab you hantar Edina untuk I. maaf sebab sakiti you. Tapi sakit I, you tak tahu. I bahagia sekarang.’’

Anggun pula hanya mampu megalirkan air mata. Pedih? Sudah tentu. Dia yang memulakan semua ini, jadi memang dial ah yang patut menanggungnya.



*****



‘’sayang!.’’ Edina tersenyum gembira  apabila melihat Tengku Fayyad berjalan ke  arah nya.

‘’ohh I miss you sayang.’’

‘’I miss you too.’’

‘’so how was your day?’’ tanya Tengku Fayyad kepada Edina. Dia bahagia apabila melihat wanita dihadapannya bahagia. Kalau dulu, lama mana pun dia kenal Anggun tapi dia tak dapat merasakan kebahagiaan itu. Sekarang? Dia memang baru mengenali Edina tapi hidupnya terasa lengkap. Ya, tempoh masa perkenalan tak menjamin hubungan yang berkekalan malah tempoh masa yang lama juga tak menjamin kita benar-benar mengenali seseorang itu.

‘’my day? Great ! but I just hope tak ada gossip baru tentang I. And sorry sayang, pasal gossip kita. I betul-betul tak tahu yang ada reporter ikut I sampai PD.’’ Edina menarik tangan Tengku Fayyad yang berada diatas meja. Dia takut gossip murahan seperti itu akan merosakkan reputasi Tengku Fayyad sebagai pengarah syarikat.

‘’no lah sayang. I okay je dengan gossip tu. You tahu tak? I ada baca satu article ni and it sound ‘if the relationship you’re in has to be a secret, then you shouldn’t be in it’. So, I nak relationship ni. Kenapa kita nak rahsia kan? Kalau boleh I nak bagi tahu satu dunia yang gadis cantik depan I ni I yang punya.’’ Tengku Fayyad tersenyum lalu mengusap pipi gadis kesayangannya itu.

‘’ cheesy nya you . So you tak marah lah ni?’’

‘’tak lah. buat apa nak marah? I makin popular apa?’’

‘’ohh please.’’ Orang takut jejaskan reputasi dia, dia pulak suka sebab makin popular.

‘’miss, sir. Order?’’ perbualan mereka terhenti seketika dengan kehadiran pelayan restoran yang datang untuk mengambil pesanan mereka.

‘’Anggun ada jumpa I tadi.’’

‘’Anggun ada jumpa I tadi.’’ Ujar Tengku Fayyad dan Anggun serentak sebaik sahaja pelayan restoran itu berlalu meninggalkan mereka.           

‘’ladies first.’’  Arah Tengku Fayyad  agar Edina memulakan cerita dahulu.

‘’dia suruh I pulangkan you. Dia cakap dia masih sayangkan you.’’

‘’then you kata apa?’’

‘’I suruh dia jangan kacau you.’’

‘’thank god I dapat girlfriend macam ni. Kalau you ni baik, sanggup berkorban demi kawan, agaknya I ni dah jadi bola dah. Passing sana- passing sini.’’ Begitu bersemangat Tengku Fayyad bercakap sehinggakan kedua-dua tangannya menggerakkan jari seperti orang yang sedang mengejar bola lalu tersenyum menggoda ke arah Edina.

‘’jangan buat muka macam tu lah. ishh I waras lagi okay. Dia jumpa  you buat apa?’’

‘’sama macam you. Nak I terima dia balik.’’

‘’then?’’

‘’mestilah I terima dia balik.’’

‘’what?’’  terjerit Edina apabila mendengar jawapan Tengku Fayyad. Ada juga orang yang balik naik kerusi roda nanti kejap lagi ni.

‘’okay-okay. Joking. I cakap terima kasih dekat dia sebab temukan I dengan you. I bahagia sekarang.’’  Tengku Fayyad pula tertawa dengan reaksi yang ditunjukkan Edina. Nasib baik mata Edina masih didalam soket lagi,  kalau tak mahunya tergolek ke lantai. Terbuntang matanya tadi mendengar jawapan Tengku Fayyad.

‘’ehh ada orang pasang lagu lah.’’ tegur Edina apabila mendengar bunyi music yang dipasang tidak jauh dari mereka. Tawa Tengku Fayyad tadi hanya diabaikan begitu sahaja. Malas nak layan, makin teruk nanti dia disakat.

‘’tu.’’ tunjuk Tengku Fayyad kepada Edina dengan menghalakan jari telunjuknya.

‘’macam tengah frust je.’’

Di satu sudut restoran kelihatan seorang lelaki sedang meletakkan kepalanya diatas meja dan ditutup wajahnya dengan tangan. Riak wajahnya tidak kelihatan tapi gaya memang nampak macam tengah frust menonggeng lah.


No, I really don't think so
That you think I'd be incapable of being on my own
No, I really don't think so
That I would for a second let you back in through my door
I have spent many a nights
Even when you are by my side
I shed tears I couldn't dry
I shed tears I couldn't dry
But I should thank you for
Taking my blindfold off now
I ain't jaded no more, no more
And I take pride in being the one that said goodbye
That could only mean I am me, once more
You would turn your head the other way
So you won't have to listen to what I have to say
You assume that I needed you
But you didn't realize that I needed no one but myself
I needed no one but myself
But I should thank you for
Taking my blindfold off now
I ain't jaded no more, no more
And I take pride in being the one that said goodbye
That could only mean I am me, once more
That could only mean I am me, once more
That could only mean I am me, once more

‘’ishhh tak baik lah you ni’’

‘’but sayang, listen to the song. The lyrics was so you.’’ Edina menyuruh Tengku Fayyad focus apabila lagu yang dipasang lelaki tadi seolah-olah menceritakan pengalaman Tengku Fayyad.

‘’not anymore sayang  because I have you now.’’  


Dan mereka berdua berpandangan. Jelas kebahagiaan terpancar  di wajah mereka. Siapa kata ini rebound  relationship? Mana ada Tengku Fayyad menyebut-nyebut nama Anggun Herlina lagi? Yang ada dalam hatinya sekarang adalah Edina Sofea. Walaupun taktik memikat Edina Sofea tak adalah power sangat tapi kejujuran yang diberikan oleh Edina Sofea benar-benar membuatkan dia jatuh hati kepada gadis itu. 


nota cinta najaa// sorry for the ending. sebab bila najaa sendiri baca, najaa rasa macam ehhh macam tu je cerita dia? apa kata anda? nak sambungan?